Lailatul Qadr Senilai Seribu Bulan - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-06-01

Lailatul Qadr Senilai Seribu Bulan

Lailatul Qadr Senilai Seribu Bulan



Islam agama yang penuh rahmat.Lailatul Qadar adalah salah satu tanda rahmat Allah yang melimpah-limpah kepada umat ini yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu.

Lailatul Qadar adalah senilai seribu bulan yang apabila di lakukan kebajikan amal soleh,amal soleh itu diganjari balasan senilai pula 1000 bulan.

ALLAH Berfirman: لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ 

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk membawa) segala urusan, Selamatlah malam itu hingga terbit fajar. -Surah Al Qadr Ayat 1-5 .

Kebenaran akan malam Lailatul Qadar ini dijelaskan didalam beberapa hadis dimana Rasulullah s.a.w ada bersabda sebagaimana dikatakan oleh Ubay bin Ka’b: 

بِالْعَلاَمَةِ أَوْ بِالآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

 Dengan tanda yang pernah Rasulullah s.a.w khabarkan kepada kami, Iaitu (matahari) terbit (pada pagi harinya) tanpa sinar (yang terik). -Musnad Ahmad, Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hambal Asy Syaibani (164-241), Mu’assasah Qurthubah, Mesir. Juga sebagaimana hadits Ibnu Abbas, Katanya: 

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ: لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلْقَةٌ لاَ حَارَّةَ وَلاَ بَارِدَةَ, تُصْبِحُ شَمْسُهَا صَبِيْحَتُهَا صَفِيْقَةً حَمْرَاءَ.

 “Sesungguhnya Rasullullah S.a.w bersabda tentang (tanda-tanda) Lailatul Qadr: “Malam yang mudah, indah, tidak (berudara) panas mahupun dingin, matahari terbit (di pagi harinya) dengan cahaya kemerah-merahan (tidak terik)” -HR Ath Thayalisi di Musnadnya hal 349 no 2680

Limpah Kurniaan Allah Amat Besar 

Sebagaimana disebutkan hadits diatas,maka telah terdapat bahawa lailatul qadar itu malam yang nyata dan perlu diraihkan,disambut dan berikan tumpuan yang lebih didalam pengisianya.

Sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w agar mencari malam lailatul qadar tersebut,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” -HR Bukhari 4/225 dan Muslim.

Aisyah r.a, ia berkata: 

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يَجْتَهِدُ فِيْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ.

 “Rasullullah s.a.w bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, yang kesungguhannya tidak seperti pada waktu-waktu lainnya” -HR Muslim (2/832 no1175).


Secara kesimpulanya,Tumpukan perhatian apa yang dikurniakan Allah kepada diri kita,dan usah menumpukan kepada individu atau kumpulan atau organisasi yang tidak ingin meraih rahmat Allah sekalipun dalam tawaran yang cukup besar.Apa yang Allah berikan cukuplah banyak dan melimpah,maka tidak ada setanding ini iaitu lailatul qadar yang begitu berkah dan rahmat.

Inilah malam-malam terakhir 10 ramadhan dengan rasa berharap memperolehi keredhaan Allah s.w.t.Usahlah menjadi sebahagian kepada mereka yang cuba mencari masalah dengan agama Allah s.w.t ini,kerana kesan yang amat dahsyat kepada mereka yang ambil bahagian menjadi musuh agama-Nya.

Isilah didalamnya dengan amalan mencari keredhaan dan perasaan ingin mendapatkan lebih banyak lagi pertunjuk dan hidayah,moga Allah memberikan keredhaan-Nya kepada hamba-Nya serta pengampunan bagi mereka yang memohon keampunan,meraih syurga-Nya bagi mereka yang menginginkanya.

Umat ini,dikurniakan rahmat melimpah-limpah,salah satunya malam seribu bulan.Rahmat ini sejalan dengan peluang yang diberikan Allah.Maka,tidak ada setanding ini sebagai rahmat dan berkah dari Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Adakah lagi setara ini yang dicari ?

Tidak!Umat terdahulu tidak diberikan.Juga umat terkemudian sudah tentu tidak ada (mereka diberikan hari kiamat!) sedang umat ini di berikan lailatul qadar ?

Sekali lagi dinyatakan,adakah lagi setara ini ?

No comments:

Post a Comment