Doa Yang Dianjurkan Dibaca Ketika Lailatul Qadar - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-06-05

Doa Yang Dianjurkan Dibaca Ketika Lailatul Qadar

Doa Yang Dianjurkan Dibaca Ketika Lailatul Qadar

Malam seribu bulan adalah malam lailatul qadar sebagaimana dikurniakan Allah s.w.t kepada hamba-Nya sekalian bagi memberikan peluang beramal dengan amalan yang dilipat gandakan seperti seribu bulan atau 83-84 tahun nilainya.

Doa adalah amal perbuatan ibadah dapat dilakukan pada bila-bila masa.Saat terbaik memohon keampunan adalah 10 malam terakhir yang mana,seandainya bertepatan dengan lailatul qadar,inn syaAllah dimakbulkan Allah akan dosa hamba-Nya.

Doa Memohon Keampunan

Sebagaimana diceritakan oleh Aisyah r.anha

 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ  قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

“ Aku bertanya kepada Rasulullah SAW:

Wahai Rasulullah, apa yang sebaiknya perlu aku ucapkan

jika menemukan malam Lailatul Qadar?

Baginda bersabda:

“Berdoalah… Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni

(Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan

menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku) (HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahawa hadits ini hasan sahih.

Sekalipun doa ini ringkas,makna dan pengertian didalamnya amat besar dimana permohonan dan sifar Allah yang Maha Permaaf  dan jika di pohonkan saat bertepatan denga lailatul qadar,amatlah bernilai seiringan besar dan mulianya pada waktu itu.

Hikmah Memohon Keampunan

Memohon keampunan kepada Allah terhadap kekurangan didalam ibadah,segala dosa-dosa yang lalu.Ini kerana sekalipun seseorang telah melakukan ibadah,mungkin terdapat kekurangan didalamnya,'maka setiap kali selesai ibadah bolehlah memohon keampunan di atas kekurangan itu (jika ada),dan jika tidak ada pun tidaklah salah untuk memohon ampun dosa-dosa yang lalu.Inn syaAllah.




No comments:

Post a Comment