Keistimewaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-05-24

Keistimewaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

Keistimewaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa


Keistimewaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa terdapat beberapa ganjaran besar didalamnya tanpa mengurangkan sedikitpun kebaikan bagi orang berpuasa tersebut.

Memberi orang makan ketika berbuka adalah salah satu lagi kemurniaan agama islam dan keindahanya tidak terjangkau oleh fikiran.Amalan ini dapat memupuk sikap dan akhlah budi pekerti selain balasan yang amat setimpal keatas kebajikan yang dilakukan.

Didalam hadits,Rasulullah s.a.w ada mengungkap akan kebaikan-kebaikan yang bakal diperolehi kepada sesiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, dari Zaid bin Kholid Al Juhani. At Tirmidzi mengatakan bahawa hadits ini hasan sahih)

Al Munawi rahimahullah menjelaskan baawa memberi makan buka puasa di sini boleh jadi dengan makan malam, atau dengan kurma. Jika tidak dapat dengan itu, maka boleh pula dengan seteguk air.(Faidul Qodhir, 6/243)

Ath Thobari rahimahullah menerangkan, “Barangsiapa yang menolong seorang mukmin dalam beramal kebaikan, maka orang yang menolong tersebut akan mendapatkan pahala semisal pelaku kebaikan tadi. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi khabar bahawa orang yang mempersiapkan segala perlengkapan perang bagi orang yang ingin berperang, maka ia akan mendapatkan pahala berperang. Begitu pula orang yang memberi makan buka puasa atau memberi kekuatan melalui penyediaan makanan bagi orang yang berpuasa, maka ia pun akan mendapatkan pahala berpuasa.”

Mendapat Doa Dari Orang Berpuasa

Memberi makan untuk orang berbuka boleh mendapatkan doa dari  mereka kerana doa mereka amat mustajab ketika itu.

Ketika Rasulullah s.a.w diberikan makanan untuk berbuka puasa,
beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى
Allahumma ath’im man ath’amanii wa asqi man asqoonii” 

[Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku](HR. Muslim no. 2055)

Itulah kelebihan yang banyak selain didoakan oleh orang yang berpuasa,oa mendapat pahala yang sama dan keberkatan rezeki serta disayangi orang kerana sifat pemurah.

Sesuatu Menanti Di Akhirat

Orang yang dermawan lalu mengambil peluang dengan cara memberi orang puasa makanan disediakan tempat-tempat tinggal yang indah di akhirat bagi mengantikan kehidupan hidup didunia.

Dengan banyak berderma melalui memberi makan berbuka selain ibadah dengan berpuasa itulah jalan menuju syurga.Dari ‘Ali, ia berkata,Rasulullah s.a.w bersabda;
« إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ »
Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang arab baduwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia sedang tidur.”(HR. Tirmidzi no. 1984)
Kesimpulan

Dengan berkata benar dalam tutur kata dapat memberikan nilai persahabatan dan kemasyarakatan yang utuh.Sedang memberi makan orang adalah satu amalan terpuji.Seandainya ia seorang yang berpuasa,lalu ia juga memberi makan orang berpuasa denga menyediakan juasah berbuka,sungguh itu satu bentuk amalan yang amatlah baik sedang ia juga turut berhendak akan makanan itu,namun ia ingin sama berkongsi apa yang ia miliki dengan memberi makan sekadar apa yang mampu disediakan walau seteguk air atau sepotong roti.Ini akan mengikis sikap tamak dan ketidak peduli nasib orang lain.Beribadah ketika orang lain sedang tidur adalah satu amalan yang seikhlas hanya kepada Allah s.w.t.Dari situ,tidak ada sesiapa melihatnya melainkan Dia yang tidak pernah tidur atau mengantuk malah membuka ruang seluasnya kepada sesiapa yang ingin beramal di waktu malam setelah kesibukan siang yang panjang.Maka inn syaAllah,setiap amal-amal tercatit didalam buku amalan masing-masing lalu pemiliknya diberikan balasan apa yang dijanjikan melalui Rasulullah s.a.w.Maka demikianlah kehidupan didunia ini cumalah sementara yang ada waktu sukar dan ada pula waktu lapangnya.Allahualam.

No comments:

Post a Comment