Hikmah Memberi Salam - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-05-12

Hikmah Memberi Salam


Hikmah memberi salam


Bunga yang layu hampir gugur kerana tidak mensapat cahaya matahari yang cukup hingga hampir-hampir ia mati.Ucapan salam itu umpama cahaya matahari dan bunga itu umpama bunga ukhuwah yang dibiarkan gugur.Ia tidak cuba dijaga dan disuburkan maka hilanglah keakraban setiap insan.Hati jauh walau saf mereka rapat.

Satu kalimat yang terus menerus diucapan sesama mereka itu adalah hak iaitu masing-masing berhak mendapatkan ucapan selamat yang mententeramkan jiwa dan hati selain menyamai kembali benih persaudaraan yang dirapuhkan oleh keduniaan.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata “ Rasulullah SAW bersabda : Demi Zat yang jiwaku didalam genggaman-Nya. Kalian tidak dapat masuk syurga hingga kalian beriman, dan kalian belum disebut beriman hingga kalian saling mencintai, Mahukah aku tunjukkan kepada kalian tentang sesuatu yang jika kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? Sebarkan salam diantara kalian.”(Hr.Muslim).

Kebaikan Memberi Salam

Salam adalah ucapan mengandungi Doa.Setiap doa yang baik akan naik ke langit untuk di pekenankan oleh Allah s.w.t.Orang-orang yang saling memberi salam mereka akan diakui sebagai beriman dimana memberi salam oleh satu orang kepada orang lain bermakna ia mengharapkan kebaikan kepada orang yang ditemuinya.Jika kebaikan yang diharapkan,maka kebaikan yang terhasil.

Memberi salam seperti Assalamualaikum atau ucapan penuhnya Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuhhendaklah sering diucapkan sesama umat dan mengurangkan ucapan sia-sia yang tidak memberi apa-apa manfaat didunia atau akhirat.Ucaplah yang baik atau diam adalah ciri-ciri orang mukmin sebenarnya yang menjadikan iman sebagai pegangan didalam hati berbanding menjadikan nafsu sebagai raja didalam hati.
Daripada Abdillah bin Amru bin Al-As R.A. “telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : Apakah amalan Islam yang terbaik? Nabi bersabda : Memberi makan, dan memberi salam kepada sesiapa yang dikenali dan tidak dikenali.”(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Anjuran memberi salam tidak mengira siapa adalah satu bentuk keindahan islam,maka inilah yang manusia perlukan secara hilmahnya iaitu kesejahteraan dan kebaikan.Andai masing-masing empunya diri memikirkan kesejahteraan akhirat pula,maka itu adalah tertentu bagi Allah (iaitu kuasa pemerintahan di akhirat mutlak milik Allah),sudah tentulah orang-orang bersedia semenjak awal (iaitu tidak berlengah) untuk bertemu Tuhan ar-Rahman ar-Rahiim (Tuhan Maha Pengasih Dan Maha Penyayang).

No comments:

Post a Comment