Niat Puasa Ramadhan Dan Pengertian Puasa - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-04-17

Niat Puasa Ramadhan Dan Pengertian Puasa

Niat Puasa Ramadhan Dan Pengertian Puasa
Niat puasa ramadhan adalah salah satu syarat memulakan puasa.Setiap amalan ditentukan dengan niat dan diawali dengan niat dihati selain melafazkanya adalah boleh,namun yang utamanya dihati (iaitu hatinya berniat melakukan sesuatu ibadah).Ibadah puasa dibulan ramadhan juga memelukan seseorang itu berniat pada waktu-waktu tertentu iaitu sehingga terbit fajar.

Puasa Ramadhan adalah salah satu kewajipan yang di fardhukan kepada setiap orang islam.Allah s.w.t berfirman mengenai kewajipan puasa dibulan ramadhan ini seperti didalam surah al-Baqarah berikut:

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

Bermula apabbila terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu
Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh)

  • Niat puasa yang dibaca sekali dalam satu bulan ketika malam pertama tarawih.


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah taala.

  • Niat puasa Ramdhan yang dibaca setiap malam 
  •  
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Mengenai Niat


Niat itu amal bagi hati.Maka,bagi hati,itulah amalnya yang tidak dapat dilihat namun disimpan yang Allah mengetahuinya.

Untuk puasa wajib, seorang muslim wajib berniat sebelum masuk waktu subuh. Hal ini berdasarkan hadis dari Hafshah radhiallahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من لم يُبَيِّتِ الصيامَ من الليل فلا صيامَ له
Barangsiapa yang belum berniat puasa di malam hari (sebelum subuh) maka puasanya batal.” (HR. An Nasa’i)
Dalam riwayat yang lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ، فَلَا صِيَامَ لَهُ
Barangsiapa yang belum berniat puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.” (HR. Abu Daud, Ibnu Khuzaimah,Baihaqi)

Niat Setiap Hari


Lebih afdal kiranya seseorang itu berniat pada setiap malamnya untuk berpuasa ramadhan supaya melahirkan ketenangan hati,selain ibadah tidak didalam situasi merunsing jiwa memikirkan apakah sahnya puasa pada hari ini?.Maka dengan niat pada setiap malam,seseorang itu mengeluarkan dirinya daripada belenggu kemuskilan dan keraguan,inn syaAllah.

Ramadhan dianggap sebagai satu kesatuan ibadah, oleh sebab itu seseorang yang berbuka puasa pada malam hari tersebut boleh menjadi niatnya untuk hari esoknya kerana dengan berbuka puasa akan melahirkan keyakinan yang kuat untuk meneruskan puasa pada keesokan harinya. Wallahua'lam


1 comment:

  1. Anonymous11/02/2018

    I'm gone to inform my little brother, that he should also
    pay a quick visit this webpage on regular basis to obtain updated
    from most up-to-date reports.

    cliqued - ,

    ReplyDelete