Mengenai Zakat Harta - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-04-09

Mengenai Zakat Harta

Mengenai Zakat Harta


Mengenai Zakat Pendapatan


Zakat adalah rukun Islam ketiga berdasarkan banyak hadits sahih, misalnya hadits peristiwa Jibril ketika mengajukan pertanyaan kepada Rasulullah :
"Apakah itu Islam ?" Nabi menjawab :"Islam adalah mengikrarkan bahawa tidak ada
Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu melaksanakannya" (Bukhari Muslim)


Jenis-Jenis Zakat


Zakat mempunyai beberapa pembahagian didalam jenis-jenis zakat.Ia dibahagikan kepada jenis zakat-zakat seperti dibawah:


 Zakat Fitrah


Zakat Fitrah (Erti)
Zakat Fitrah (Kaedah)


Zakat Harta


Sementara zakat harta pula terurai dalam beberapa bahagian seiring terwujudnya perolehan dan bentuk serta jenis harta.Ini seperti:

 Zakat Pendapatan

 Zakat Perniagaan

 Zakat Wang Simpanan

 Zakat Emas/Perak

 Zakat Saham

 Zakat KWSP

 Zakat Pertanian

 Zakat Penternakan


 Zakat Ma’adin, Kunuz & Rikaz


Kadar  Dan Kaedah Zakat Harta


Sekalipun zakat harta memiliki cabang-cabangnya,akan tetapi kaedah pengiraan dan kadarnya berbeza diantara satu sama lain.Ini kerana,kaedah zakat pertanian contohnya tidak sama ukuranya berbanding dengan zakat perternakan.Maka dengan itu,kaedah pengiraanya berbeza-beza supaya nilai harta yang layak dizakatkan itu setara daripada perolehan atau hasil yang diperolehi.

Dalam huraian yang lebih terperinci lagi,kadar dan kaedah zakat ditentukan melalui nisab dan haul.


Cukup Nisab


Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq). Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadits.


Haul


Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pada asalnya, asas perkiraan haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah, maka praktis pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.
Haul menjadi syarat dan penyelaras dalam sistem zakat. Pensyaratan haul terhadap sesetengah harta adalah pendapat jumhur ulama dan sebahagian mereka menukilkan ijmak. Namun ulama telah menetapkan bahawa pensyaratan haul tidak meliputi seluruh sistem zakat di mana ia disyaratkan kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan. Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian dan Rikaz tidak disyaratkan haul.



Berkembang (al-Nama')


Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang al-Nama' atau istilah lainya seperti an-Numuw iaitu tumbuh dan berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya. Secara praktis, ulama sejak zaman-berzaman tidak mewajibkan zakat terhadap haiwan yang dijadikan kenderaan, rumah kediaman, perabot rumah, alat-alat pekerjaan, dan lain-lain yang sifatnya tidak berkembang kerana ia dijadikan semata-mata untuk kegunaan peribadi. Syarat ini sebenarnya selari dengan makna asal perkataan ‘zakat’ dalam bahasa Arab yang memberi maksud bertambah dan berkembang. Syarat ini diambil daripada nas hadis Rasulullah SAW (yang bermaksud):

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.” (HR Bukhari & Muslim)

Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.

Setiap Nisab dan Haul bagi zakat-zakat tersebut ditentukan berdasarkan nas dan dalil.Bagi memberikan pengiraan dan ketepatan dalam melaksanakan urusan ibadah zakat,hendaklah merujuk kepada pusat pungutan zakat di tempat berhampiran.Supaya petugas-petugas zakat akan membantu dalam menentukan berapakah kadar yang sepatutnya dikeluarkan zakat sekiranya telah cukup syarat wajib zakat.Sebenarnya,setiap individu yang memiliki perniagaan,atau yang memiliki perolehan harus merujuk kepada pusat zakat dengan itu dapat dipastikan apakah harta yang dimiliki itu termasuk dalam kategori layak dikeluarkan zakatnya.Misalnya,terdapat harta yang tidak dikenakan zakat,namun terdapat harta yang termasuk ada zakat didalamnya apabila mencapai nisab dan haul.

Kesimpulanya,harta yang dikeluarkan zakat akan memberikan sangat banyak manfaat dan faedahnya bukan sahaja kepada penerima zakat,akan tetapi pengeluar zakat itu sendiri akan tenteram jiwanya,harta diberkati Allah s.w.t,menimbulkan kasih sayang antara yang fakir miskin dan yang kaya.Mendapat redha Allah s.w.t,selain itu ekonomi beredar secara saksama iaitu tidak beredar dikalangan orang kaya sahaja.Ini kerana apabila harta beredar hanya dikalangan orang-orang kaya,ini akan mendatangkan murka Allah s.wt.Ini kerana apabila setelah ajal seseorang,Allah mahukan hamba-Nya menemui-Nya dengan amal ibadah bukan harta yang banyak,bahkan Allah tidak sedikitpun berhendakan harta yang ia miliki,maka tidak perlulah sayang akan harta hingga mengelak zakat tapi hilang cinta kepada Allah s.w.t.jadikanlah zakat itu sebagai pelaburan kita untuk akhirat yang Allah akan memberikan pulangan lumayan iaitu syurga yang luas lagi kekal abadi,inn syaAllah.

Rujukan:
http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-pendapatan/
http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/

No comments:

Post a Comment