Jenis Jenis Zakat Dan Contoh - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-04-06

Jenis Jenis Zakat Dan Contoh

Zakat Pendapatan

Zakat adalah rukun Islam ketiga berdasarkan banyak hadits sahih, misalnya hadits peristiwa Jibril ketika mengajukan pertanyaan kepada Rasulullah :
"Apakah itu Islam ?" Nabi menjawab :"Islam adalah mengikrarkan bahawa tidak ada
Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu melaksanakannya" (Bukhari Muslim)

Perbezaan Zakat Dan Cukai


Zakat adalah rukun Islam. Ia adalah ketetapan yang mutlak (qatie). Cukai pula perkara baharu, ia mendatang sifatnya dan hanya bersifat ijtihadi. Zaman dahulu, umat Islam hanya diwajibkan menunaikan zakat, tidak diwajibkan membayar cukai.
.
Manakala, orang-orang bukan Islam, mereka tidak diwajibkan membayar zakat; maka mereka dikenakan cukai.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (al-Baqarah: 277)
.
Oleh itu, interaksi umat Islam dan zakat adalah amat intim perkaitannya. Tidak sempurna keislaman seseorang tanpa menerima adanya zakat. Menolak zakat sebagai elemen syariat, membawa kepada kekufuran di sisi Allah SWT. Orang yang kufur atau murtad, wajib kembali kepada Islam, menerima kefarduan zakat dan tunduk patuh kepada hukum-hakam yang telah ditetapkan Allah SWT.
.
Di samping itu, tindakan segelintir manusia yang menyamakan zakatsebagai elemen cukai dalam Islam juga merupakan suatu kesalahan dan salah faham mengenainya hingga membawa tafsiran yang tidak benar. Zaman silam, seperti mana pernah dikupas di dalam kitab tafsir, ada orang Islam yang telah menyamakan zakat sebagai cukai dan akibatnya mereka dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
.
Maka, keimanan seseorang muslim itu tertakluk kepada keimanannya kepada zakatZakat mesti diyakini, difahami dan diamalkan. Tanpa zakat, seluruh keimanannya akan tertolak. Inilah ketinggian zakat di sisi umatIslam.

Jenis-Jenis Zakat


Zakat mempunyai beberapa pembahagian didalam jenis-jenis zakat.Ia dibahagikan kepada jenis zakat-zakat seperti dibawah:

 Zakat Fitrah

Zakat Harta

 Zakat Pendapatan

 Zakat Perniagaan

 Zakat Wang Simpanan

 Zakat Emas/Perak

 Zakat Saham

 Zakat KWSP

 Zakat Pertanian

 Zakat Penternakan

 Zakat Ma’adin, Kunuz & Rikaz


Kadar Zakat

Kadar zakat mungkin berbeza daripada jenis kadar zakat yang lain.Contohnya zakat fitrah adalah berbeza dengan zakat emas.Sementara itu zakat pertanian juga berbeza dengan zakat emas.

Hal ini adalah beberapa faktor seperti cara pertanian,waktu dan tempoh,dan secara umumnya boleh di bahagikan didalam huraian khususnya perbezaan kadar zakat seperti dibawah:

Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu.
Dalil syarat nisab emas, buah-buahan dan unta seperti yang dijelaskan Hadith berikut:
Daripada Abu Sa’id R.A:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسةِ أَوْسُقٍ مِنَ التَّمْرِ صَدَقَةٌ، وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ

خَمْسِ أَوَاقٍ مِنَ الْوَرِقِ صَدَقَةٌ ، وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ  خَمْسِ ذَوْدٍ مِنَ الإِبِلِ صَدَقَة

Rasulullah SAW bersabda: “Tamar yang kurang dari 5 awsuq tidak diwajibkan zakat, perak yang kurang dari 5 auqiyah tidak diwajibkan zakat, dan unta yang kurang dari 5 ekor tidak diwajibkan zakat.”
(HR Bukhari & Muslim)
Nisab menjadi prasyarat kewajipan zakat supaya dapat dipastikan bahawa kefardhuan zakat hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang memiliki kekayaan.
Sabda Nabi SAW :

لاَ صَدَقَةَ إِلاَّ عَنْ ظَهْرِ غِنَى

(رواه البخارى)
“Sesungguhnya zakat (diwajibkan) hanya kepada orang yang kaya”.
(HR Bukhari)
Nisab sesuatu harta adalah berbeza-beza berdasarkan jenis-jenis harta zakat. Nilai jumlah minimum nisab zakat telah ditetapkan dengan hadith.
Penerangan :
Segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti jumlah simpanan Tabung Haji, wang simpanan di bank-bank, jongkong/dinar emas dan lain-lain lagi digabungkan untuk mencukupkan nisab 20 mithqal.

 Cukup Haul

Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun. Syarat haul ditetapkan dengan hadith.
Sabda Nabi SAW:

لاَزَكَاةَ فِي مَالٍ حَتَّى يَحُوْلَ عَلَيْهِ الحَوْلُ

“Tidak diwajibkan zakat atas sesuatu kekayaan sehingga berlalu masa setahun.”
(HR Darul Qutni)

 Harta Yang Berkembang

Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki (حَقِيْقِي) atau boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ). Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki (حَقِيْقِي) adalah:
i. Binatang ternakan berkaki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing.
ii. Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan seumpamanya.
iii. Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.
Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ) adalah :
i. Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas asli dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
ii. Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersial.


Contoh lain:

Bagi seorang petani yang memiliki sawah padi,ia mengusahakan sawahnya dengan jentera dan saliran berbanding seorang lain pengusaha sawah yang hanya menjadikan air hujan bagi penanaman padinya disawah.Jadi kadar zakatnya dikira berdasarkan faktor berikut.

Bagi tanaman padi yang menggunakan jentera dan saliran kadar zakatnya 5%.
.
Jika menggunakan air hujan semata-mata kadar zakat padi sebanyak 10%.

Ini berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w seperti berikut:

Sabda Nabi s.a.w.;
فيما سقت السماء والأنهار والعيون أو كان عثريا: العشر. وفيما يسقي بالسواني أو النضح: نصف العشر


“Tanaman yang diairi oleh hujan, sungai-sungai dan mata air atau yang mendapat air dari saliran (atau melalui akarnya) hendaklah dikeluarkan (zakatnya) sepersepuluh. Tanaman yang diairi dengan unta pengangkut air atau dengan penimba, hendaklah dikeluarkan seperduapuluh” (Riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin ‘Amru r.a.. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5969).

Erti dari hadits diatas adalah:

Dikeluarkan dengan kadar 1/10 atau 10% dari hasil tanaman; iaitu jika tanaman diairi dari sumber alam sepenuhnya seperti hujan, parit, sungai dan sebagainya.
Dikeluarkan dengan kadar 1/20 atau 5% dari hasil tanaman; iaitu jika ia diairi sepenuhnya dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau alat (misalnya mesin).

Contoh lainya:

Bagaimana jika tanaman diairi bercampur-campur iaitu ada masanya dengan sumber alam dan ada masanya terpaksa dengan tenaga manusia, binatang atau alat (kerana air dari sumber alam tidak mencukupi)? Dikeluarkan dengan kadar 7.5% iaitu tengah-tengah antara dua kadar di atas. Ketetapan ini menurut Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni tiada khilaf di kalangan ulamak. Selain itu, kadar 7.5% juga dipakai jika tanaman yang sama sebahagiannya diairi dengan sumber air alam dan sebahagian lagi terpaksa diairi dengan tenaga.[Lihat catatan Dr. Asy-Syabbani, hlm. 51].

Mungkin terdapat perbezaan fatwa mengenai zakat-zakat tersebut mengikut negeri-negeri.Oleh kerana itu,hendaklah merujuk kepada pusat-pusat zakat dinegeri masing-masing bagi mendapatkan lebih penjelasan yang tepat.Allahualam.

Bagi kadar zakat lain misalnya zakat pendapatan,zakat perniagaan,zakat wang simpanan,zakat kwsp,zakat saham serta zakat emas,kadarnya adalah 2.5%.

Kesimpulanya sekalipun terdapat perbezaan kadar bagi jenis-jenis zakat yang dikeluarkan oleh individu mahupun syarikat,ia adalah satu keadilan yang bagi pengeluar zakat mahupun penerima zakat.Kadar 2.5%,5% dan 10% itu ia dikeluarkan setelah adalah ketetapanya.Yang diteliti pasti akan melihat keadilan yang harmoni.2.5% kadar zakat dikeluarkan dari zakat pendapatan adalah setelah hasil tolakan kos tanggungan isteri dan anak.Manakan 5% bagi zakat yang wajibkan itu adalah kerana seseorang itu menggunakan jentera bagi menyuburkan tanah sawahnya berbanding 10% bagi zakat yang hanya menggunakan air hujan sebagai siraman semata-mata.Jadi islam telah lebih awal menerajui konsep adilan ini menerusi zakat berbanding sistem cukai.Oleh kerana ini,adalah penting seseorang itu mengetahui jumlah zakat yang lebih tepat perlu ia keluarkan bagi sesuatu jenis zakat dan tolakan tanggungan dan lebihan yang ia miliki.Allahualam.

Rujukan:
http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/syarat-umum-wajib-zakat/
http://www.wazan.upm.edu.my/seksyen/tabung_amanah_zakat/jenis_jenis_zakat-34933?L=bm
http://www.zakat.com.my/

No comments:

Post a Comment