Daging Kambing Ada Berkat - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-03-11

Daging Kambing Ada Berkat

Mengambil ibrah dan nukilan daripada beberapa hadits yang menyebutkan akan kelebihan dan keberkatan yang ada pada daging kambing atau kambing itu sendiri.

Keberkatan 


Rasulullah adalah seorang penggembala kambing kerana haiwan ini dinilai banyak kebaikan dan ada keberkahan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اتخذوا الغنم فإن فيها بركة
“ Peliharalah (manfaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah.” (HR Ahmad)
Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda;

ما بعث اللهُ نبيًّا إلا رعى الغنمَ . فقال أصحابُه : وأنت ؟ فقال : نعم ، كنتُ أرعاها على قراريطَ لأهلِ مكةَ
Daging Kambing Ada Berkat

“Tidaklah seorang Nabi diutus melainkan ia menggembala kambing. Para sahabat bertanya, apakah engkau juga?”. Beliau menjawab, “ya, dahulu aku menggembala kambing penduduk Mekah dengan upah beberapa qirath.”(HR. Al Bukhari, no. 2262)

Banyak para nabi menjadikan kambing sebagai satu pekerjaan mereka.Ini adalah kambing itu terdapat beberapa kelebihan dan barakah didalamnya.Antaranya seperti kambing haiwan yang tidak kasar tetapi lebih mudah jinak dan sesuai di gembala berbanding haiwan daging berkaki empat lain.
Kambing adalah haiwan yang lasak dan hampir dapat membiasakan pada setiap permukaan bumi panas atau gurun,berbukit atau tanah lapang.Ia adalah haiwan yang mudah,lebih ringan berbanding haiwan ternakan berkaki empat lain dan permakananya adalah mampu menerima perbagai tumbuhan hijau yang tumbuh seperti daun kelapa sawit,rumput,pucuk-pucuk kayu atau daun serta makanan sampingan lain.

Keberkatan kambing bersifat umum.Daripada hadits diatas,Rasulullah s.a.w tidak menyebutnya secara khusus dan tertentu.Keumumnan berkat ini boleh meliputi memelihara kambing,menikmati isi dagingnya,hasil daripada perutnya (susu) serta juga keperluan lain yang dapat dimanfaatkan pada seekor kambing.Inilah berkat.Iaitu sesuatu yang sedikit namun besar manfaatnya.Dan ini adalah salah satu tanda kemurahan Allah s.w.t kepada umat manusia.Maka manusia mendapatkan manfaat yang berguna bagi kehidupan mereka didunia ini.
Menukilkan hadits akan kelebihan kambing adalah ia hampir menjadi harta paling bernilai dan terbaik.
Dari Abu Said berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Hampir saja harta muslim yang terbaik adalah kambing yang digembala di puncak gunung dan tempat jatuhnya hujan. Dengan membawa agamanya dia lari dari beberapa fitnah (kemungkaran atau peperangan sesama muslim).” (HR. Bukhari)
Banyak hadits lain juga menerangkan akan kebaikan kambing dari segi makanan dan ternakan.Makan daging kambing adalah baik dan halal namun berlebihan dalam permakanan juga boleh memudaratkan kesihatan.Begitu juga permakanan yang lain,sebaiknya mengambil diet permakanan yang seimbang.Kekurangan nutrien tertentu boleh terjadi pada seseorang andai tidak mengawal permakanan yang baik.
Boleh mencontohi corak dan gaya permakanan Rasulullah s.a.w.Mencontohi adab permakanan Rasulullah s.a.w pasti memberikan cara dan kaedah lebih benar untuk menjaga kesihatan.
Kesimpulanya adalah kambing adalah haiwan yang halal dimakan.Didalamnya mengandungi barakah.Banyak manfaat-manfaat diperolehi daripada kambing ini seperti susu,kulit dan lain-lain lagi.Allah s.w.t berfirman:

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.(Al-Mu'minuun 23:21

Sungguhpun sekiranya ada seseorang yang mungkin terpaksa berpantang dalam permakanan seperti pesakit kolesterol,mereka tetap boleh mendapatkan manfaat-manfaat dariapda kambing seperti susu dan kulit kambing.Usus kambing boleh dibuat benang jahitan pembedahan didalam perubatan.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment