Solat Memberikan Kekuatan - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-01-21

Solat Memberikan Kekuatan

Solat Memberikan Kekuatan
Setenang Air Yang Dicari

Jalan terbaik untuk mengembalikan kekuatan kerohanian diri adalah dengan mendirikan solat.

Solat antara manfaatnya adalah melatih diri untuk sabar.Setiap waktu solat membuatkan orang yang menunaikanya berasa sabar dan ketenangan hati.Permulaan terbaik dalam memperbaiki solat (bagi yang masih belajar),dan istiqomah bagi yang telah sedia maklum akan kefardhuanya.

Hikmah sabar dapat dilihat seawal mengambil wudhuk lagi.Hati dan perasaan membara akan terendam,jiwa yang panas akan menjadi sejuk apabila air-air wudhuk mengalir pada anggota badan seperti tangan yang jika diri dalam keadaan marah,boleh menjadi alat untuk menyakiti orang,maka dengan wudhuk itu,ia memadam api kemarahan dan memberikan ketenangan.Begitu juga pada peringkat seterusnya.

Apabila ia mengerjakan solat,ia menumpukan dirinya kepada tuhanya semata.Ia lantas melupakan perihal yang menyebabkan dirinya terbinasa oleh dirinya jika terus melayani karenah yang membingitkan hati.

Terdapat banyak hikmah solat,selain menjadikan minda tenteram,ia menjadikan hidup selamat dan sejahtera didunia dan akhirat.Antara masalah utama yang berlaku pada hari ini,adalah masalah hati.Tidak mengalami atau mendapatkan nikmat tenang,baik yang miskin mahupun yang berharta melimpah,ketenangan tidak dimiliki,hidup tidak tenang.Maka ketenangan itu tidak dapat dibeli,tanpa ketenangan jiwa menjadi lemah dan mudah didatangi bisikan syaitan.Ketika orang-orang tercari ketenangan dan kekuatan,mereka melupakan bahawa kekuatan itu ada didalam solat.Kesabaran itu ada disaat mengambil wudhuk.

Andai melihat pada foto diatas,akan dapat lihat bahawa,airnya tenang,tidak mengalami ombak,tenang dan damai disekelilingnya.Ingin sekali merasai ketenangan itu didalam hati.Akan tetapi ketenangan mendirikan solat jauh lebih tenang dirasakan berbanding setenang air ditasik.

“Selalunya orang yang solat,adalah orang yang sabar,dan orang yang sabar adalah orang yang kuat”


1 comment:

  1. Nice sharing sis.... Allhamdulillah.... hanya solat kekuatan iman...

    ReplyDelete