Penduduk Setempat Tabuk,Arab Saudi Menerima Salji - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-01-18

Penduduk Setempat Tabuk,Arab Saudi Menerima Salji

Salji Turun Di Tabuk Arab Saudi
Salji telah turun di Tabuk,Arab Saudi sejak minggu lalu.Kesempatan ini memberikan peluang warga setempat untuk bermain salji.Salji mulai turun direkodkan pada 6 januari 2018.Turunya salji di Arab Saudi sudah tidak asing lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini,wilayah utara Arab Saudi menerima salji pada bulan disember hingga januari.

Hussein Al-Qahtani, jurucakap pihak berkuasa, memberitahu Agensi Akhbar Saudi (SPA) bahawa,suhu dicatatkan berada pada bawah beku iaitu -2 celcius sekitar minggu lalu.

Dalam laporan salji terbaru iaitu pada setakat 18 januari 2018,Kawasan di sekitar bandar Haql menyaksikan hujan disertai salji pada petang Jumaat di Al-Lawz Mountain, sementara salji ringan, yang dikenali sebagai "tetamu putih", akan turun di Tabuk pada waktu petang dan reda pada waktu subuh.

Penduduk tempatan berkumpul setiap tahun untuk melihat fenomena ini. Mereka tiba di gunung awal untuk mengalu-alukan salji dan menunggu peluang itu dan menjadikan turunya salji tersebut sebagai peristiwa paling indah pada tahun ini.

Salji biasanya jatuh pada waktu malam disebabkan suhu waktu malam jauh lebih rendah dan berterusan sehingga waktu pagi; maka secara beransur-ansur hilang dari beberapa kawasan di Jabal Al-Lawz yang ditutup dengan salji.


Pasukan keselamatan, polis trafik, pertahanan sivil dan Bulan Sabit Merah hadir di kawasan itu dan jalan menuju Jabal Al-Lawz untuk mengatur trafik dan sebagai langkah berwaspada.

SubhanaAllah



Sumber Berita-http://www.arabnews.com/node/1220741/saudi-arabia

No comments:

Post a Comment