Ngaji Quran : Surah adz-Dzariyat Ayat 24 - 30 - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2018-01-14

Ngaji Quran : Surah adz-Dzariyat Ayat 24 - 30

Ngaji Quran : Surah adz-Dzariyat Ayat 24 - 30
Mengaji al-Quran kali ini mengaji bab sirah-sirah nabi terdahulu iaitu mengenai Nabi Ibrahim a.s.Didalam ayat 24-30 surah adz-Dzariyat ini menerusi tafsir Ibnu Katsir.


{هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ (24) إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلامًا قَالَ سَلامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ (25) فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ (26) فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلا تَأْكُلُونَ (27) فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلامٍ عَلِيمٍ (28) فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ (29) قَالُوا كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكِ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ (30) }

Terjemahan ayat 24-30 surah adz-Dzariyat;


Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya, lalu mengucapkan, "Salaman.” Ibrahim menjawab, "Salamun, " (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal. Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi (lembu) gemuk (yang dibakar), lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim berkata, "Silakan kamu makan.” (Tetapi mereka tidak mahu makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Janganlah kamu takut," dan mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishaq). Kemudian isterinya datang memekik (tercengang), lalu menepuk mukanya sendiri seraya berkata, "(Aku adalah) seorang perempuan tua yang mandul.” Mereka menjawab, "Demikianlah Tuhanmu berfirmankan. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Tafsir setiap ayat 24-30;


Dalam tafsir Ibnu Katsir mengungkap akan ayat ini.Didalam ayat 24 Allah berfirman:



(هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ)



Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tamu Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Adz-Dzariyat:24)

Yakni tetamu yang kedatangannya harus dihormati.
Imam Ahmad dan sejumlah ulama mengatakan bahawa wajib menjamu tamu. Sunnah pun menganjurkan hal yang sama, 

قَالُوا سَلامًا قَالَ سَلامٌ

lalu mereka mengucapkan, "Salaman." Ibrahim menjawab, "Saldmun.” (Adz-Dzariyat: 25)
Rafa' lebih kuat dan lebih kukuh daripada nasab, maka menjawab dengan memakai rafa' lebih utama daripada memulainya.Kerana itulah maka disebutkan dalam firman-Nya:

 وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا

Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). (An-Nisa: 86)
Ternyata Al-Khalil (Nabi Ibrahim) memilih yang terbaik.

Firman Allah Swt menyebutkan kata-kata Nabi Ibrahim a.s yang lahir dari dalam hati.:

قَوْمٌ مُنْكَرُونَ

(kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal. (Adz-Dzariyat: 25)
Demikian itu kerana Malaikat Jibril, Malaikat Mikail, dan Malaikat Israfil datang menemui Nabi Ibrahim dalam rupa para pemuda yang tampan disertai dengan wibawa yang sangat kuat. Kerana itulah maka Ibrahim berkata (didalam hati): (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal. (Adz-Dzariyat: 25)

Firman Allah Swt.:

 فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ

Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya. (Adz-Dzariyat: 26)
Yakni beralih ke belakang dengan diam-diam secara cepat.

 فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ

kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk (yang dibakar). (Adz-Dzariyat: 26)
Iaitu dari ternak pilihannya yang merupakan hartanya (di masa itu). Sedangkan di dalam ayat lain disebutkan melalui firman-Nya dengan ungkapan berikut:

 فَمَا لَبِثَ أَنْ جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

maka tidak lama kemudian Ibrahim menghidangkan daging anak sapi yang dipanggang. (Hud: 69)
Yakni yang dibakar di atas bara api, atau anak sapi (anak lembu) yang dipanggang secara gulingan atas api (iaitu dengan cara memutarkan daging itu daripada atas kebawah agar isinya masak didalam dan luar).

فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ

lalu dihidangkannya kepada mereka. (Adz-Dzariyat: 27)
Maksudnya, dihidangkan kepada mereka untuk memakanya.

قَالَ أَلا تَأْكُلُونَ

Ibrahim berkata.”Silakan kamu makan.” (Adz-Dzariyat: 27)
Ungkapan mempersilakan dan menawarkan dengan cara yang baik. Ayat ini mengandung etika menjamu tamu. Ibrahim menghidangkan makanan tanpa sepengetahuan para tetamunya itu dengan cepat dan tidak menawarkannya lebih dahulu kepada mereka, misalnya, "Mahu makan apa?" Melainkan Ibrahim a.s. datang dengan cepat dan tersembunyi menghidangkan makanannya yang paling enak dari hartanya yang paling berharga,iaitu sapi muda(anak sapi) yang gemuk empuk dagingnya dalam keadaan telah dipanggang (siap dimasak), lalu Ibrahim tidak meletakkannya terlebih dahulu, lalu baru mengatakan, "Kemarilah menikmati hidangan ini," melainkan ia meletakkannya langsung ke hadapan tetamunya, dan tidak memberatkan para tetamunya itu, melainkan mengatakan kepada mereka: Silakan kamu makan. (Adz-Dzariyat: 27) Yakni dengan ungkapan tawaran dan memohon dengan lemah lembut, semisal dengan perkataan orang-orang di masa kini, "Sudilah kiranya engkau berbuat baik dan bersedekah."

Daripada sini,inilah satu contoh akhlak para nabi salah satunya nabi Ibrahim a.s yang perlu di ambil pelajaran dan ikutan oleh umatm manusia ketika menerima tetamu dan melayaninya.

Firman Allah Swt.:

 فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً

(Tetapi mereka tidak mahu makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. (Adz-Dzariyat: 28)

Para tetamu itu tidak mahu menikmati hidangan yang dihidangkan kepada mereka itu bukanlah kerana makanan itu tidak sedap atau apa-apa sebab yang tidak baik,bahkan mereka juga belum menyentuh hidangan itu lagi. Seperti kisah yang disebutkan dalam surat lain melalui firman Allah Swt.:

{فَلَمَّا رَأَى أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَى قَوْمِ لُوطٍ وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ}

Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut terhadap mereka. Malaikat itu berkata, "Jangan kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Luth.” Dan isterinya berdiri (di balik tirai), lalu dia tersenyum. (Hud: 70-71)

Iaitu merasa gembira dengan akan dibinasakannya mereka (kaum Luth) kerana mereka membangkang dan bersikap ingkar terhadap Allah Swt. Maka pada saat itu juga para malaikat tersebut menyampaikan berita gembira kepada isteri Ibrahim akan kelahiran Ishaq dan di belakang Ishaq akan lahir Ya'qub (sebagai cucunya).

Daripada sini dapat dilihat asbab musabah kenapa para tetamu itu tidak menyentuh makanan adalah mereka itu adalah Malaikat-malaikat,dan bukan manusia yang memiliki keperluan untuk makan.Malaikat tidak memiliki manfaat daripada menikmati makanan.Kerana mereka tidak memiliki keinginan untuk makan dan tidak pernah makan.Tanpa makanan mereka dapat hidup sesuai kejadian malaikat daripada cahaya.selain itu kehadiran para tetamu itu adalah membawa dua berita,satu berita untuk nabi Ibrahim a.s dan satu lagi membawa berita kepada Nabi Luth a.s yang akan mereka kunjungi sesudah mengunjungi rumah Nabi Ibrahim a.s.Allahualam.




قَالَتْ يَا وَيْلَتَى أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ وَهَذَا بَعْلِي شَيْخًا إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ رَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Isterinya berkata, "Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak, padahal aku adalah perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh.” Para malaikat itu berkata, "Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlul bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. (Hud: 72-73)

Telah disebutkan dalam surah ini oleh firman-Nya:

وَبَشَّرُوهُ بِغُلامٍ عَلِيمٍ

dan mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishaq). (Adz-Dzariyat: 28)
Khabar  atau berita gembira (yang disampaikan oleh tetamu itu) buat Ibrahim bererti sama juga khabar gembira bagi isterinya,Ini kerana anak tersebut adalah milik keduanya dan lahir akibat hubungan keduanya. Maka keduanya mendapat berita gembira ini.

Firman Allah Swt.:

فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ

Kemudian isterinya datang memekik (tercengang). (Adz-Dzariyat: 29)
Iaitu memekik tercengang bercampur gembira.
Ibnu Abbas r.a.. Mujahid, Ikrimah, Abu Saleh, Ad-Dahhak, Zaid ibnu Aslam, As-Sauri, dan As-Saddi mengatakan bahawa pekikan atau jeritan tersebut adalah ucapannya: Sungguh menghairankan. (Hud: 72)

فَصَكَّتْ وَجْهَهَا

lalu menepuk mukanya sendiri. (Adz-Dzariyat: 29)
Yakni memukulkan telapak tangannya ke keningnya, menurut Mujahid dan Ibnu Sabit. Menurut Ibnu Abbas r.a., isteri Ibrahim setelah mendengar berita gembira itu menamparkan tangannya ke mukanya kerana merasa hairan sebagaimana wanita merasa hairan terhadap suatu peristiwa yang aneh.
وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ


seraya berkata, "(Aku adalah) seorang perempuan tua yang mandul.” (Adz-Dzariyat: 29)
Maksudnya, isteri Nabi Ibrahim adalah,beliau menerangkan bahawa mana mungkin aku dapat melahirkan anak, sedangkan aku adalah seorang perempuan tua; terlebih lagi di waktu muda aku pun mandul, tidak punya anak? pertanyaan itu terhasil secara berseloroh sebaik mendengar berita bahawa mereka akan mendapat seorang anak.Sedangkan ia satu perkara diluar kebiasaan manusia (secara fitrah bagi manusia,namun bagi Allah tidak mustahil atas izinya,kerana itu manusia diminta agar mengharapkan Allah s.w.t dan berdoa serta tidak berputus asa,kerana Allah Maha Berkuasa mengubah nasib seseorang).


قَالُوا كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكِ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ

Mereka berkata, "Demikianlah Tuhanmu menfirmankan.” Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (Adz-Dzariyat: 30)

Yakni Dia Maha Mengetahui siapa yang berhak mendapat kemuliaan dari-Nya lagi Maha Bijaksana dalam semua firman dan perbuatan-Nya.

Terjemahan oleh:
Nursyarifah

Rujukan:
http://www.ibnukatsironline.com/2015/10/tafsir-surat-adz-dzariyat-ayat-24-30.html

No comments:

Post a Comment