Turun al Sakinah Kepada Pembaca Surah al Kahfi - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2017-11-11

Turun al Sakinah Kepada Pembaca Surah al Kahfi

Turunnya al-Sakinah atas sesiapa yang membacanya

Hadits al-Barra’: Turunnya al-Sakinah atas sesiapa yang membacanya:
Seorang lelaki membaca surat al-Kahfi, pada waktu itu di sisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali, lelaki itu terlihat di atasnya terdapat awan (kabus) yang menaunginya. Awan (kabus) itu mendekat dan semakin mendekat sehingga membuatkan kudanya ingin lari beranjak. Apabila telah pagi, lelaki itu pun mendatangi Nabi SAW dan menceritakan kejadian yang dialaminya itu, maka Nabi SAW pun bersabda: "Itu adalah al- Sakinah yang turun kerana al-Qur’an” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari (no. 5011) dan Muslim (no. 795)).

Hadits Abi al-Darda’: Terselamat daripada fitnah al-Dajjal
Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat awal surah al-Kahfi, maka dia akan terselamat daripada al-Dajjal” (Dikeluarkan oleh Muslim (no. 1919)


Makna al-Sakinah



Penggunaan nama sakinah pasti diambil dari al Qur’an surah 30:21, litaskunu ilaiha, yang ertinya bahawa Tuhan menciptakan perjodohan bagi manusia agar yang satu merasa tenteram terhadap yang lain.Dalam bahasa Arab, kata sakinah di dalamnya terkandung erti tenang, terhormat, aman, penuh kasih sayang, mantap dan memperoleh pembelaan.
Ayat 21 surah ar-Rum seperti berikut:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


No comments:

Post a Comment