Anak Anak Yatim Rumah As Sakinah Belajar Solat - wannursyarifah

as-Sirah an-Nabawiyah

2017-10-16

Anak Anak Yatim Rumah As Sakinah Belajar Solat

Anak Anak Yatim Rumah As Sakinah Belajar Solat

Dari Abu Hurairah z berkata, Rasulullah n telah bersabda:
مَا مِنْ مَوُلُودٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلىَ الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتِجُ الْبَهِيْمَةُ بَهِيْمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيْهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟
“Tidaklah setiap anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orangtuanyalah yang akan menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Seperti haiwan melahirkan anaknya yang sempurna, apakah kalian melihat darinya buntung (pada telinga)?”
Hadits diriwayatkan oleh Al-Imam Malik t dalam Al-Muwaththa` (no. 507); Al-Imam Ahmad t dalam Musnad-nya (no. 8739); Al-Imam Al-Bukhari t dalam Kitabul Jana`iz (no. 1358, 1359, 1385), Kitabut Tafsir (no. 4775), Kitabul Qadar (no. 6599); Al-Imam Muslim t dalam Kitabul Qadar (no. 2658).

Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab dalam memberikan kelengkapan dan persiapan ilmu untuk anak-anak.Kerana ibu bapa adalah orang paling rapat yang terbaik untuk anak-anak.

Akan tetapi,bagi anak-anak yang kehilangan ibubapa,tugas mereka dipikul oleh orang yang di amanahkan untuk memberikan keperluan dan pembelajaran.Seperti di rumah anak-anak yatim as-Sakinah,proses pemberian ilmu diteruskan sekalipun dalam serba kekurangan.
Anak-anak akan diberikan didikan sebaik mungkin bagi melahirkan seorang insan yang beragama dan berpegang kepada agama dan mati juga dalam keadaan ada agama.

Anak Anak Yatim Rumah As Sakinah Belajar Solat

Anak Anak Yatim Rumah As Sakinah Belajar Solat

Anak Anak Yatim Rumah As Sakinah Belajar Solat

Diusia masih kanak-kanak inilah,mereka perlu diberikan sokongan dengan ilmu dan tunjuk ajar didalam mengejarkan ibadah yang di fardhukan apabila memasuki usia akil baligh kelak.Mereka juga perlu diberitahu bahawa terdapat kebaikan-kebaikan yang didapati didalam solat dan tidak memandang solat itu sebagai sesuatu yang berat sebaliknya disukai dan diminati.


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُوصِيكُمْ بِالشَّـبَابِ خَيْرًا، فَإِنَّهُمْ أَرَقُ أَفْئِدَةٍ، لَقَدْ بَعَثَنِيَ اللهُ بِالحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ، فَحَالَفَنِي الشَّـبَابُ وَخَالَفَنِي الشُّـيُوخُ.


Yang bermaksud, Rasulullah saw bersabda: Aku berpesan supaya kamu berbuat baik kepada orang muda. Sesungguhnya mereka dikurniakan Tuhan perasaan yang sangat sensitif. Ketika aku diutuskan membawa agama yang suci murni ini, kebanyakkan pemuda zamanku mendokongku dan kebanyakkan orang tua-tua menentangku.


عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4]



Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Dikiaskan juga solat dalam hadith ini ialah ibadah-ibadah lain seperti puasa, haji dan zakat bahkan hendaklah kita memberi kefahaman kepada anak-anak bahawa ibadat menurut Islam tidak terbatas kepada empat perkara ini sahaja tetapi merangkumi segala amal soleh seperti perkara halal haram sejak mereka kecil lagi sebagai didikan dan membentuk jiwa yang beragama yang dapat mengawal dirinya daripada kesesatan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menunjuk ajar anak-anak kita perbezaan baik dan buruk, masalah halal dan haram, antara hak dan batil. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menjadi tauladan seperti melakukan apa yang dihalalkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Hal ini ditegas oleh Rasulullah dengan sabdanya,

اعْمَلُوا بِطَاعَةِ الله، وَاتَّقُوا مَعَاصِى الله، وَمُرُوا أَوْلاَدَكُم بِامتِـثَالِ الأَوَامِر، وَاجْـتِنَابِ النَوَاهِى، فَذلِكَ وِقَايَة لَهُمْ وَلَكُمْ مِنَ النَّارِ

Yang bermaksud, Kerjakanlah olehmu  amalan ketaatan kepada Allah,  takutlah kamu daripada melakukan maksiat, suruhlah anak-anak kamu melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Sesungguhnya itu adalah pendinding bagi mereka (anak-anak kamu) dari dirimu daripada api neraka.



Semoga anak-anak ini kelak menjadi anak soleh dan solehah yang memberikan manfaat kepada ibubapa mereka di akhirat.

No comments:

Post a Comment