Apakah Yakjuj Makjuj? - wannursyarifah

Apakah Yakjuj Makjuj?

Dijelaskan ringkas bahawa,kaum yakjuj makjuj itu berasal daripada Yafis bin Nuh a.s.Ertinya Nabi Nuh a.s memiliki anak bernama Yafis.Maka daripada Yafis inilah meninggalkan cucu-cucu atau keturunan yakjuj makjuj.Maka yakjuj makjuj bukanlah gunung berapi,akan tetapi adalah dari bani Adam juga,manusia.Cuma kelakukan mereka itu bersifat aneh,melakukan kerosakan dan bersikap ingin menguasai langit dan bumi.


Asal Usul Kaum Yakjuj Makjuj


Dua suku kaum ini disebut sebagai yakjuj dan makjuj.Didalam arabnya adalah يأجوج ومأجوج Yaʾjūj wa-Maʾjūj Ibrani: Gog dan Magog.Bagi yahudi,mereka juga mempercayai bahawa adanya yakjuj dan makjuj.Yakjuj makjuj juga diceritakan didalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi didalam kisah Zulkarnain yang menemui satu kaum lalu kaum tersebut meminta bantuan agar dapat membina sebuah tembok pemisah antara mereka dengan yakjuj dan makjuj.

Ibnu Katsir menerangkan bahawa mereka adalah dari keturunan Nabi Adam a.s dari keturunan Nabi Nuh a.s, dari anak keturunan Yafits yakni nenek moyang bangsa Turki.

Ya’juj dan Ma’juj adalah dua bangsa yang sangat besar jumlahnya, perbandingannya adalah 1: 999, antara manusia umumnya dengan Ya'juj dan Ma'juj. Mereka disebutkan sebagai mayoritas penghuni neraka,dan kedua suku ini disebutkan telah ada dekat pada masa Nabi Musa a.s berdakwah.

Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa salah seorang dari mereka tidak akan mati kecuali ia telah memiliki keturunan sejumlah seribu atau lebih.Yakjuj dan makjuj juga termasuk sebagai salah satu tanda kiamat besar selain munculnya dajjal.



Tasik Galile atau Tasik Tiberias
Tasik Galile atau Tasik Tiberias 

Bilangan mereka ramai,menurut riwayat,setiap 1000 orang,999 darinya adalah yakjuj makjuj.Maka bilangan yang ramai itu menyebabkan air disebuah tasik kering diminum oleh kaum ini.Tasik tiberias di Palestin (juga berhampiran dengan Bukit Golan Syria,juga Lubnan).Tasik ini juga memiliki hubungan kait rapat dengan Dajjal yang juga akan keluar terlebih dahulu sebelum yakjuj makjuj.Cuma air tasik ini akan habis diminum pada masa yakjuj makjuj.Air tasik ini hanya akan mulai susut sedikit-sedikit apabila dekat masanya dajjal akan keluar.


Lokasi Tembok Yang Dibangunkan Zulkarnain

Dalam catatan Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di, Ya'juj Ma'juj berada di belakang pegunungan Qoqaz (Kaukasus).[9] Memang ada yang berpendapat bahawa pegunungan inilah yang merupakan “benteng” dimaksud. Deretan pegunungan ini memanjang tanpa celah dari laut Hitam hingga laut Kaspia sepanjang lebih dari 1.200 km. Kecuali pada bagian kecil dan sempit yang disebut celah Darial (terletak di negara Georgia) sepanjang kurang lebih 100 meter. Pada bahagian celah itulah diduga penghalang dari Ya`juj dan Ma`juj itu dibangun.


Bahaya Yakjuj Makjuj

Yakjuj dan Makjuj ketika keluar tidaklah melewati sesuatu kecuali dirosaknya. Tidaklah melewati danau kecuali meminumnya hingga habis. Tidaklah mendapati manusia kecuali dibunuhnya sampai ketika mereka merasa menang mengatasi seluruh penduduk bumi, kemudian yakjuj dan makjuj cuba membunuh penduduk langit (dengan cara memanah).Allah kemudian membalas perbuatan mereka dengan cara mengembalikan panah mereka berlumuran tanah sebagai bentuk fitnah kepada yakjuj dan makjuj (lalu mereka merasakan telah mengalahkan penduduk langit apabila panah mereka berlumuran dengan darah lalu mereka menjadi lebih sombong dan berasa tidak dapat dikalahkan). Inilah kesombongan yang luar biasa dari Yakjuj dan Makjuj. “Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar,iaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah subhanahuwata’ala mengembalikan panah-panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.” (Hadits riwayat Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah).

Keluar Dizaman Nabi Isa a.s Telah Turun

Yakjuj dan Makjuj diperkirakan akan keluar semuanya apabila Nabi Isa a.s telah membunuh Dajjal di Bab Lubb.Maka dalam tidak berapa lama peristiwa matinya dajjal,Allah berfirman kepada Nabi-Nya Isa a.s agar bersiap sedia untuk berlindung dari malapertaka yang akan datang iaitu keluarnya yakjuj dan makjuj.

Allah perintahkan agar Nabi Isa a.s membawa kaum muslimin berlindung,lalu Nabi Isa a.s membawa sebahagian mereka berlindung di gunung thur.Kaum muslimin yang lain mungkin membuat kubu perlindungan mereka ditempat-tempat lain atau bersembunyi ditempat mereka masing-masing dan tidak ada sesiapa yang akan berani keluar menemui yakjuj makjuj.

Rasulullah S.A.W berkhutbah dalam keadaan jarinya terbalut kerana tersengat kalajengking (ketika sedang solat).Baginda s.a.w bersabda: “Kalian mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kalian akan terus memerangi musuh sampai datangnya Yakjuj dan Makjuj, lebar mukanya, kecil (sipit) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.” [Musnad Imam Ahmad (5/271)]

Selain itu Rasulullah berkhutbah dalam keadaan jarinya terbalut kerana tersengat kalajengking. Beliau bersabda: “Kalian mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kalian akan terus memerangi musuh sampai datangnya Yakjuj dan Makjuj, lebar mukanya, kecil (sipit) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai” (Hadits riwayat Ahmad).

Dalam hadits An-Nawwas bin Sam’an disebutkan bahawa Allah memberitahukan kepada Isa akan keluarnya Ya'juj dan Ma'juj yang tidak ada seorang pun mampu memerangi mereka, dan Allah memerintahkan Isa untuk menjauhkan kaum mukminin dari jalan yang ditempuh Ya'juj dan Ma'juj seraya berfirman: “Kumpulkan hamba-hamba-Ku ke gunung Ath-Thur.”Pada akhirnya mereka tewas setelah Isa memohon pertolongan kepada Allah melalui ulat-ulat yang menyerang semua leher kedua suku tersebut.


Kesimpulan 


Mengukuhkan pendapat bahawa yakjuj dan makjuj itu adalah manusia menerusi sebuah hadits bahawa setiap 1000,999 memasuki neraka.Mereka adalah kaum yang kufur.Dan bukanlah gunung berapi atau bencana alam.Sesungguhnya,gunung berapi tidak memasuki neraka,dan yang lebih hampir kepada kebenaran adalah yakjuj dan makjuj itu dari kalangan manusia juga,cuma berlainan jenis dan memiliki dua suku kaum.Allahualam.

Peristiwa ini adalah sebahagian dari tanda-tanda kiamat yang akan muncul kelak.Allahualam.


Apakah Yakjuj Makjuj? Apakah Yakjuj Makjuj? Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 8/04/2017 12:57:00 PM Rating: 5

No comments