Supermoon Di Masjidil Haram Mekah - wannursyarifah

Supermoon Di Masjidil Haram Mekah

Supermoon Di Mekah
Supermoon kelihatan di sudut kaabah di Mekah.Tempat tumpuan jemaah haji dan Umrah.

Bulan yang seolah mahu mendekat,atau mahu lebih dekat lagi dengan rumah Allah,Baitullah.Namun,telah berlaku ketetapan yang indah,agar tetaplah dia terapung beredar dari luar mengeliling bumi ciptaan Allah.

"Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni".(Az-Zumar 39:5)

Sebagaimana supermoon dapat dilihat di Madinah (berhampiran Masjid an-Nabawi),bulan yang kelihatan besar dari biasa ini menambahkan seri keindahan tanah suci mekah dan madinah.

Bulan seakan tunduk,dan memanglah ia akan patuh kepada ketetapan dan peraturan alam.Semuanya itu untuk manfaat-manfaat dan faedah kehidupan umat manusia.Setiap kejadian alam,adalah tanda-tanda kekuasaan Maha Pencipta.

Bulan tidaklah sekadar perhiasan didalam gelap malam,ia sungguhpun jauh,namun memberi manfaat-manfaat yang diperlukan seolah,seseorang itu dapat merasai bulan itu dekat dengan dirinya (kerana manfaatnya).

Foto Kredit:HajjNaseeha
Supermoon Di Masjidil Haram Mekah Supermoon Di Masjidil Haram Mekah Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 11/15/2016 02:52:00 PM Rating: 5

No comments