Siasah Syariah - wannursyarifah

Siasah Syariah


Siasah Syariah telah menjadi perbahasan sejak zaman pemerintahan islam dibawah pimpinan Rasulullah s.a.w dan di zaman sesudah baginda s.a.w iaitu Khulafa ar-Rasyidin.Para ulama dan sarjana islam kemudian membantu pemerintahan islam untuk mengembangkanya melalui pandangan dan penulisan mereka.Ia telah mengariskan asas-asas berkaitan pengurusan hubungan diantara individu dan masyarakat.Malah,ia juga menjadikan manusia boleh ditadbir melalui sebuah pentadbiran yang patuh kepada undang-undang dan peraturan dalam syariat islam.

Istilah Siasah Syariah didalam makna adalah:


Siasah-Melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada pihak yang dipimpin.
Syariah-Hal-hal yang berpandukan kaedah syarak.

Istilah Siasah Syariah yang membawa maksud khusus  apabila majoriti para ulama islam merujuk perkataan siasah syariah kepada sesuatu tindakan khalifah atau menteri-menteri dalam urusan pentadbiran negara termasuk para pegawai kerajaan yang mendapat mandat hukum seperti hakim-hakim,gabenor,pegawai penguatkuasa dan pemegang jawatan eksekutif.


Konsep Siasah Syariah

Konsep siasah syariah adalah cara pentadbiran negara merangkumi aspek dasar polisi,perancangan,strategik,pendekatan,tindakan dan langkah-langkah dalam semua sektor kerajaan bagi menjamin kepentingan rakyat dengan syarat,tidak bercanggah dengan prinsip islam.


"Siasah ialah apa saja tindakan yang dapat mendekatkan orang ramai kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada kemusnahan,walaupun perkara itu tidak dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak dijelaskan oleh al-Quran (secara langsung)."{Ibnu Aqil}[1]

Secara dasarnya,undang-undang dan kaedan islam mengandungi dua bahagian:

Ahkam atau perintah undang-undang yang digariskan didalam al-Quran bagi tujuan kerohanian termasuklah kaedah imam dan ibadat.

Kaedah dan undang-undang yang mengawal negara,kerajaan dan komuniti serta hubungan diantara individu dan masyarakat.Ini adalah termasuk dalam kaedah perlakuan manusia,undang-undang perkembangan,undang-undang antarabangsa serta sebagainya.

Islam sangat menyatukan unsur rohani dan jasmani.Ini dapat dilihat kerajaan merupakan sebahagian daripada islam selain kepercayaan dan keimanan.Akan tetapi,pemerintah ini haruslah orang yang bertaqwa dan mendasarkan ajaran islam dalam pengucapanya.Para ulama juga membahaskan konsep Siasah Syariah melalui dalil al-Quran dan hadits seperti:

Allah s.w.t berfirman:


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."(An-Nisaa' 4:59)

terdapat juga didalam hadits menekankan hal sama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

"Wajib bagi setiap muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah),baik dalam perkara yang dia senangi mahupun yang dia benci,kecuali kalau dia diperintah dalam perkara maksiat,maka dia tidak boleh mendengar atau taat."(Hadits Bukhari)

Merujuk bidang undang-undang,"Ulul amr" bermaksud ulama dan fuqaha yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang kitab Allah,sunnah Rasulullah s.a.w dan amalan para sahabat baginda s.a.w.

Siasah syariah pembahagian hak kuasaSyariah memberi hak perundangan kepada pemerintah untuk menggubal undang-undang,akan tetapi bukan secara mutlak.Ia merupakan hak yang dihadkan selari dengan teks,roh dan prinsip am syariah.Hak ini terbahagi kepada dua bahagian (Rujuk carta sebelah).

Justeru ini,sebagai muslim yang Allah s.w.t telah kurniakan nikmat akal,hendaklah memikirkan secara bijak untuk menilai serta memandang perkara ini dengan serius.Ini kerana ia adalah melibatkan hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t tuhan sekalian alam.



Nota & Rujukan:
[1]Seorang ulama madzhab Hanbali, Abu Al Wafa‘ Ali bin Aqil bin Muhammad Al Baghdadi Al Hanbali.

Abdur Rahman I.Doi,Undang-Undang Syariah,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur,1995.
Zainuddin Ibn Nujaimm (t.t),al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqaiq,Beirut:Dar al-Kutub al-Islamiy,juz 5,h.11,Muhammad Amin,Ibn Abidin,1996.
Ibnu Al-Qayyim,al-Turuk al-Hukmiyyah fi al-Siasah al-Syariah,Beirut:Dar al-Kutub al-Illmiyyah,H.11,1995.

Penulis Asal:Nurrafizah Alleh ,Sarjana Muda Undang-Undang,UIA (Synergi 2013).
Siasah Syariah Siasah Syariah Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 11/14/2016 01:35:00 PM Rating: 5

No comments