Lokasi Miqat Haji Dan Miqat Umrah - wannursyarifah

Lokasi Miqat Haji Dan Miqat Umrah

Miqat bermaksud Miqat Makani dan Miqat Zamani


  • Miqat makani ialah tempat kita menunaikan niat.
  • Miqat zamani pula ialah masa kita memulakan niat.Miqat makani bagi haji untuk orang yang datang dari jauh ialah 5 tempat menurut jurusan daerah masing-masing. Tempat-tempat itu tersebut dalam hadis Nabi saw. Miqat ini juga menjadi miqat umrah mereka.
  • Orang yang tinggal di Mekah atau kawasan sekitarannya miqat hajinya ialah tempat tinggalnya.Manakala bagi miqat umrahnya ialah tanah halal yang terdekat seperti Taneim atau yang jauh seperti Ja’ranah.Tidak ada miqat zamani bagi amalan umrah.Miqat zamani bagi haji ialah: mula daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Tentang hukum seseorang yang tidak menjatuhkan niat di miqat

  • Hukumnya haram. Kerana setiap orang yang menuju ke mekah dengan tujuan haji atau umrah, mesti berihram dengan niat dan dikenakan Dam jika melanggar miqat.
Lokasi Miqat Haji Dan Miqat Umrah

Lokasi Miqat Untuk Haji Dan Umrah   


NIAT BERIHRAM 

Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.



Tempat Miqat 

Terdapat 5 tempat miqat yang ditetapkan.Antaranya adalah mengikut arah jemaah masing-masing tiba:

Bir Ali disebut juga Zulhulaifah, letaknya sekitar 12 km dari Madinah, merupakan miqat bagi orang yang datang dari arah Madinah.

Al-Juhfah, suatu tempat yang terletak antara Mekah dan Madinah, sekitar 187 km dari Mekah, dan merupakan miqat bagi jemaah yang datang dari Syam (Syria), Mesir dan Mahgribi atau yang searah. Setelah hilangnya ciri – ciri Al-juhfah, miqat ini diganti dengan miqat lainnya iaitu Rabigh, yang berjarak 204 km dari Mekah.

Zatu Irqin, suatu tempat Miqat yang terletak di sebelah utara Mekah, berjarak 94 km dari Mekah, merupakan miqat bagi jemaah dari Iraq dan yang searah.

Qarnul Manazil, sebuah bukit di sebelah Timur 94 km dari Mekah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah (jika menaiki kapal terbang). Selalunya ia diumumkan dalam kapal terbang.Jemaah biasanya akan memakai awal-awal sejak dari rumah sebelum menaiki kapal terbang.Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Mekah setelah mendarat di Jeddah.

Yalamlam, sebuah bukit di sebelah selatan 54 km dari Mekah, merupakan miqat bagi jemaah yang datang dari arah Yaman dan Asia (jemaah asia yang datang menaiki kapal).

Setiap tempat miqat adalah tetap sejak zaman Rasulullah s.a.w,dan tidak ada perubahan keatasnya.Mengikut riwayat lain,miqat telah ditetapkan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a iaitu miqat Zatu Irqin terdapat dua riwayat. Menurut Bukhari miqat ini ditetapkan oleh Umar bin Khattab r.a, sedangkan menurut riwayat Abu Daud miqat ini ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebuah Miqat berlaku bagi orang-orang yang berada didaerah itu dan lainnya yang dalam perjalanannya di Mekah melalui tempat itu. Bagi penduduk Mekah maka tempat ia mulai Ihram adalah pintu rumahnya.

Allahualam.

Jika anda berasa kemuskilan tentang miqat dan ihram,rujuk pembimbing ibadah haji atau umrah anda.

Moga mendapat keberkatan dan kesempurnaan ibadah bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji dan umrah.
Lokasi Miqat Haji Dan Miqat Umrah Lokasi Miqat Haji Dan Miqat Umrah Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 11/08/2016 12:42:00 PM Rating: 5

No comments