Hari Yang Haram Untuk Berpuasa Sunat - wannursyarifah

Hari Yang Haram Untuk Berpuasa Sunat

Hari Yang Haram Untuk Berpuasa SunatHari Yang Haram Untuk Berpuasa Sunat


Puasa ini ada hari-hari yang dilarang bagi seseorang itu berpuasa.Ada hari-harinya yang jika seseorang itu mahu berniat berpuasa,maka mungkin puasanya sia-sia,kerana hari itu haram untuk berpuasa,misalnya hari raya aidilfitri yang pertama.Pada hari itu begitu kuat untuk merayakan hari besar,tapi ada seseorang,misalnya,bertanya mahu berpuasa pada hari raya islam (aidilfitri),hari yang pertama itu 1 syawal adalah dilarang berpuasa,sebaliknya mesti meraihkan hari besar tersebut sebagai umat islam,contoh sahaja,kenapa tidak boleh,maka sebabnya begitulah.

Tidak dilarang berpuasa pada hari tersebut melainkan ada sebab berdasarkan syariat.Begitulah ketetapanya yang tidak boleh diubah-ubah lagi.Jika demikian,maka kekal ia sedemikian,namun hikmahnya pasti ada,sama ada untuk menguji umat manusia agar taat pada perintah itu,atau melanggari perintah itu,walaupun dia mampu melakukan lebih dari itu.

Puasa ini sebenarnya mengandungi banyak hikmah-hikmahnya yang tersurat dan tersirat disebaliknya,selain pahala.Sebahagian didunia,sebahagian di akhirat.wallahualam.

Amalan-amalan sunat ini juga turut mengandungi hikmahnya tersendiri,cukuplah saya membawa hadits yang turut menyebutkan ibadah sunat.Namun tidaklah terbatas kepada puasa sunat sahaja,merangkumi kesemua ibadah sunat.Allah menghargai usaha-usaha hamba-Nya dalam ibadah,dimana walaupun telah tetap ibadah fardhu,hamba-Nya masih meneruskan ibadah sunat lain.Ibadah sunat ini sebenarnya mendekatkan diri kepada Allah.Sudah selesai wajib dilakukan,maka seseorang itu masih beribadah tapi dalam konteks sunat.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:

Sesungguhnya Allah Ta’aala berfirman: Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, sungguh Aku telah mengizinkan agar dia diperangi. Tidak ada amal yang paling Aku senangi yang dipergunakan oleh hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku selain ibadah yang telah Aku fardukan kepadanya. Hamba-Ku yang senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunat (nawafil), pasti Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar; Aku menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat; Aku menjadi tangannya yang dengannya dia membuat (sesuatu); Aku menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan; jika dia memohon kepada-Ku pasti akan Ku beri; jika dia memohon perlindungan daripada Ku pasti akan Ku lindungi dia. Aku tidak pernah bimbang dalam melakukan sesuatu sebagaimana kebimbangan Ku ketika hendak mencabut nyawa seorang mukmin yang tidak menyukai sakitnya sakratul maut, sementara Aku pun tidak ingin menyakitinya.[Hadits riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Riqaaq, no:6502.]

Hari Yang Dilarang/Haram Berpuasa Umat Islam Adapun seperti;


Hari Syak

  • Haram berpuasa pada hari tersebut yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadits daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :

"Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW."

Hari Aidilfitri dan Aidiladha


  • Dua perayaan besar umat islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha disambut setiap tahun pada satu Syawal dan hari ke sepuluh Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud :

"Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."

Hari-hari Tasyrik 


  • Haram puasa pada hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah.Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud :

"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT."

Hari Haid dan Nifas


  • Ulama Mazhab Syafie berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Syaaban. Iaitu yang di antaranya terdapat hari syak, melainkan kepada mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis, bagi mereka yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Syaaban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Syaaban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Syaaban. Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

"Apabila telah tiba pertengahan bulan Syaaban, janganlah kamu berpuasa." (Riwayat Ahmad

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadis ini kerana hadis ini adalah hadis daif menurut pendapat Imam Ahmad.

Himpunan Soalan dan pertanyaan berserta jawapan,mungkin ada persamaan yang kita lalui.
Soalan-soalan kemuskilan mengenai puasa boleh dilihat disini.Soalan-soalan mengenai puasa.
Hari Yang Haram Untuk Berpuasa Sunat Hari Yang Haram Untuk Berpuasa Sunat Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 10/21/2016 03:40:00 AM Rating: 5

No comments