Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai - wannursyarifah

Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai

Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai  Bismillahirrahmanirrahim...

PASTI AS-SYAKIRIN Kuala Ibai Terengganu amat memerlukan sumbangan orang ramai yang perihatin bagi membantu institusi ini terus bergerak memperjuangkan pendidikan Islam awal persekolahan. Pasti ini kini telah menginjak usia 13 tahun dan telah melahirkan ramai anak-anak yang soleh solehah serta pintar.

Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai
Pasti yang digerakkan oleh 9 orang guru sukarelawan ini kini tidak mampu menerima kemasukan murid baru akibat permintaan yang tinggi. Kapasiti selesa di Pasti ini ialah 80 orang, namun kini Pasti ini sedang menampung 110 orang murid termasuk anak-anak pelarian Syria. Elaun guru-guru sukarelawan di sini antara Rm250-Rm400 sebulan setiap orang dan kerap tertunggak akibat kekurangan wang. Guru-guru ini juga memilki tanggungan masing-masing yang sudah tentu sangat tidak mencukupi. Pasti ini kini sedang mengalami masalah kewangan yang merungsingkan untuk menguruskan perjalanan hariannya. Setiap bulan mereka mengalami kekurangan/ defisit pengurusan sebanyak Rm2,000. Pada masa yang sama semua kos pengajian anak pelarian Syria dan beberapa orang anak dari keluarga susah yang belajar di sini ditanggung sepenuhnya oleh Pasti ini.

Pasti ini bercadang untuk membaiki struktur premis yang semakin usang dan menambah sudut kelas bagi menerima pertambahan murid yang dianggarkan kos berjumlah Rm60 ribu.
Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai

Kos mkanan murid makin meningkat
kos sewa dan utiliti semakin bertambah
Elaun guru tidak bertambah

Ayuh...kita bersama membantu Pasti ini dengan menyumbang sekadar yang mampu, Allah telah berjanji akan membuka seluas-luasnya jalan kepada hambanya yang membantu memudahkan urusan hamba yang dilanda kesusahan.




Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun :

Maybank Islamic
5630 6413 9831
PASTI AS-SYAKIRIN

dan emailkan info sumbangan ke email 
📧projekdanapasti@gmail.com

Sebarang persoalan atau respon boleh hubungi/whatapp ke no.

011-10693390 
(Ustaz Ikhwan, Penyelaras Pembangunan PASTI As Syakirin)

013-9820710
(Cikgu Kartini, Ketua Guru)

Terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan semua. Semoga segala sumbangan dibayar kembali oleh Allah Taala dengan balasan tak dijangka...amin

Kita juga jika ada masa-masa lapang,boleh melawat sekolah tersebut disamping melihat sendiri keadaan disana.

Rujukan:https://www.facebook.com/PASTI-As-Syakirin-Kuala-Ibai-264650210577274/
Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai Sekolah Agama Pasti as-Syakirin Kuala Ibai Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 9/14/2016 11:09:00 AM Rating: 5

No comments