Mencabut Dan Mewarnakan Uban - wannursyarifah

Mencabut Dan Mewarnakan Uban

Mencabut Dan Mewarnakan Uban

Mencabut Dan Mewarnakan Uban

Alhamdulillah,saya sudah memiliki beberapa helaian uban.Itu tanda-tanda juga tu.Sama ada sedar atau tidak itu diri sendirilah.

Baik,saya ingin kongsi mengenai mencabut uban dan mewarnakan uban.Adakah diperbolehkan atau bagaimana,diharamkan,makhruh atau harus ?Jadi saya bawakan beberapa huraian ringkas sebagai asas mengenai hal ini.


Mukadimah

Menurut hadis, manusia yang pertama kali melihat uban di kepala adalah Nabi Ibrahim. Ketika itu, Nabi Ibrahim lantas bertanya kepada Allah, “Ya Rabbi, apakah ini?” Allah menjawab, “Ini adalah kemuliaan dan kelembutan wahai Ibrahim”. Jelaslah, uban bukan aib atau keburukan.  Rasulullah sendiri beruban. Diriwayatkan, Abu Bakar bertanya kenapa rambut beliau begitu lekas beruban. Rasulullah menjawab, “Surat Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba, dan At-Takwir, itulah yang menyebabkan rambutku lekas putih”.  Rasulullah ngeri dengan surat-surat itu Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)banyak bercerita tentang kedahsyatan kiamat dan balasan atas keingkaran umat-umat terdahulu. Rasulullah amat takut sekiranya yang menerima ayat-ayat azab itu adalah umat beliau sendiri, yaitu kita.  Maka soal uban, Rasulullah menegaskan, “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban, walau hanya sehelai, kecuali setiap ubannya akan dihitung sebagai kebaikan yang akan meninggikan derajatnya”. (Shahihul Jami’).

Mencabut Uban

Syaikh Abdul Aziz Muhammad As-Salman mengatakan jika hukumnya mencabut uban adalah makruh, atau lebih baik ditinggalkan.

Hal ini seperti yang dikatakan An-Nawawi: “Dimakruhkan mencabut uban, sebagaimana dalam hadits ‘Amr bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Janganlah mencabut uban Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374) uban adalah cahaya pada hari kiamat.

Ada pula yang mengatakan jika ada larangan mencabut uban seperti hadist dari Amru bin Su’aib, Rasulullah juga mengisyaratkan hal ini dengan sabdanya: “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat. Siapa yang memiliki sehelai uban dalam Islam (dia muslim), maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR Ahmad II/179, 210  dan lafalnya dari Abu Dawud No. 4202)

Menurut Islam
Syaikh Abdul Aziz Muhammad As-Salman ketika ditanya tentang hukum mencabut uban, beliau menjawab,Mencabut uban hukumnya makruh (dibenci) .

Begitu pula hadits dari Ka’ab bin Murrah
Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Barangsiapa yang tumbuh ubannya kerana  (memikirkan) Islam , maka
pada hari kiamat nanti dia akan mendapatkan cahaya .”[Tirmidzi No. 1634 –
dan ini lafalnya-, dan Nasa’i 3144 dengan tambahan lafal ‘fii sabilillah’]

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)

Haram mencabut uban pada jenggut

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah (beliau juga turut mensyarahkan kitab hadist ar'bain karya imam Nawawi rahimahullah)ditanya:

: ما حكم نتف الشيب من الرأس واللحية ؟

Apa Hukum mencabut uban pada rambut kepala dan jenggut? Beliau menjawab:

فأجاب: أما من اللحية أو شعر الوجه فإنه حرام؛ لأن هذا من النمص، فإن النمص نتف شعر الوجه واللحية منه ، وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه لعن النامصة والمتنمصة…أما إذا كان النتف من شعر الرأس فلا يصل إلى درجة التحريم لأنه ليس من النمص” انتهى


“Adapun pada jenggut atau rambut pada wajah, maka hukumnya haram kerana termasuk dalam “Namsh” (mencabut yang dilarang). kerana terdapat hadits bahawa Nabi ﷺ  melaknat orang yang mencabut rambut wajah dan meminta dicabutkan.

Walaubagaimanapun,saya ulangi lagi teks ini iaitu,Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374).Makhruh ini perkara yang menghampiri kepada haram,maka tidaklah perlu dilakukan,ini pendapat saya sendiri (pendapat peribadi).

wallahualam.

Mewarnakan Uban

Kita biasa mendengar mewarnakan ubat dibolehkan kecuali dengan warna asal rambut.Jika warna asal rambutnya hitam,maka diwarnakan selain dari hitam.Maka itu,kita ingin huraikanya disini menerusi beberapa hadist yang dapat diambil serta beberapa huraian penting bagi meneliti elemen-elemen sebab dan dasar larangan tersebut.

Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?


Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar. 

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan. 
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal. 
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi. 

4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM 


Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :- 

1. Makruh 
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. 

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS. 

Dalil mereka : 
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Sahih Muslim
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan. 

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya untuk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi. 

3. Harus tanpa Makruh 

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin. 

Dalil mereka : 

  • Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif



  • Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari


Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini. 

Kesimpulan Hukum 

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :


  • Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.




  • Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan sebagainya. 


wallahualam.

Rujukan:http://fenditazkirah.blogspot.my/2015/04/hukum-menghitamkan-rambut-yang-telah.html
https://almanhaj.or.id/1308-hukum-qoza-dan-mencabut-uban.html
https://rumaysho.com/789-hukum-mencabut-uban.html
http://hafizamri.com/hukum-mencabut-uban/
http://www.hambaallah.net/2014/11/benarkah-islam-melarang-mencabut-uban.html
Mencabut Dan Mewarnakan Uban Mencabut Dan Mewarnakan Uban Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 9/26/2016 06:42:00 PM Rating: 5

No comments