Masjid Tumpuan Didalam Dunia Islam - wannursyarifah

Masjid Tumpuan Didalam Dunia Islam

Masjid-Masjid Tumpuan Dunia Islam,juga terdapat (disebutkan) didalam al-Quran,hadist juga tafsir-tafsir ulama didalam kitab mereka.

Masjid-masjid yang yang disebutkan ini adalah masjid yang terdapatnya peristiwa,kisah-kisah sejarah,kiblat bahkan juga kelebihan tersendiri yang ada padanya.Seperti Masjidil  al-Haram di Mekah al-Mukarramah,Masjid Nabi ataupun Masjid Nabawi di madinah al-Munawarrah,Masjidl al-Aqsa di Baitulmaqdis,dan juga Masjid yang terkenal dengan tempat turunya Nabi Isa a.s iaitu Masjid Jami Umawi di timur damsyik atau timur damakus syria.

4 Masjid Tumpuan Didalam Dunia Islam
Dengan serba ringkas,saya nyatakan disini berkaitan mengenainya:

Satu solat di Masjid Al-Haram lebih baik daripada 100.000 solat di masjid selainnya, berdasarkan hadits Jabir bin Abdillah.[H.R Imam Ahmad]

“Solat di masjidku ini lebih baik daripada 1000 solat di tempat lain, kecuali di Masjid Al-Haram.” (HR. Muslim no. 1394).

Makna Rasulullah s.a.w menerusi “...masjidku ini...” adalah merujuk kepada Masjid Nabi atau masjid Nabawi di Madinah,iaitu masjid yang kelihatan kubahnya berwarna hijau.

 ”Solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali lipat daripada solat di masjid-masjid lainnya. Solat di Masjid Nabawi lebih utama seribu kali lipat. Dan solat di Masjidil Aqsa lebih utama lima ratus kali lipat.” (HR Ahmad dari Abu Darda)

Kawasan masjid al-Aqsa Kawasan Masjil al-Aqsa ini,meliputi keseluruhan gambar disebalh termasuklah Masjid yang berkubah kuning tersebut,atau pun dikenali sebagai The Dome of Rock" iaitu bukan setakat khusus masjid al-Aqsa sahaja,tapi meliputi itu semua.Ataupun bahawa mudahnya luas daripada itu,didalam kawasan al-Aqsa.wallahualam.

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq.[Tafsir Ibnu Katsir berdasarkan Sahih Muslim]

Dan mengenai Masjid Jami Umawi,masjid ini letaknya di syria dengan lebih tepat lagi di timur damsyik atua damakus.Nama lainya adalah Masjid Umayyah,Masjid Bani Umayyah,Masjid Umayyad sebutanya tidak jauh dari itu.Di dalam bahasa inggeris disebut sebagai Great Mosque of Damascus didalam arabnya جامع بني أمية الكبير.

Satu lagi fakta mengenai masjid jami umawi ini,ianya adalah kesan peninggalan sejarah dari pemerintahan Bani Umayah.Maka,nama masjid ini tidak jauh dengan sejarah di pemerintahan Bani Umayyah itu sendiri.Wallahualam.
Masjid Tumpuan Didalam Dunia Islam Masjid Tumpuan Didalam Dunia Islam Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 8/22/2016 10:45:00 AM Rating: 5

No comments