Keadaan Di Syria - wannursyarifah

Keadaan Di Syria

Keadaan Di Syria

Keadaan Di Syria


Keganasan kemanusian oleh regim Assad dan penganas russiaBeberapa bandar di syria di himpit kepungan sebelum ini sebelum berjaya dibuka kembali oleh pasukan pejuang mujahidin syria yang menamatkan kepungan penganas oleh regim Assad dan penganas Russia yang selih berganti mengirimkan bom untuk penduduk di bandar Aleppo,Syria.

Mangsa-mangsa kepungan di bandar tersebut terdiri daripada wanita,kanak-kanak,orang-orang tua yang mengalami banyak penderitaan fizikal dan mental.


Mangsa bom gas klorin di aleppo,syria
Namun,sejurus bandar Aleppo,syria berjaya dibuka dari kepungan oleh penganas Russia dan regim Assad,sedikit sebanyak dapat memulihkan keadaan yang begitu dalam keadaan sangat tenat.

Antara bentuk serangan yang dilancarkan keatas penduduk bandar Aleppo adalah serangan keatas hospital,rumah-rumah,dan dimana sahaja tanpa mengira siapa,mahupun kanak-kanak yang sedang perjalanan ke sekolah turut menjadi mangsa keadaan (saya ada foto tersebut namun saya tidak sanggup untuk letakkannya disini),dimana dua orang kanak-kanak perempuan syria dalam perjalanan ke sekolah apabila bom yang digugurkan menuju tempat di kedudukan mereka berada jadi mereka meninggal dunia serta merta.


Lebih kurang 2 juta penduduk Aleppo menderitai kepungan tersebut yang sengaja dilakukan oleh penganas regim Assad dan Penganas Russia agar penduduk mengalami keputusan bekalan-bekalan makanan selain mengebom mereka daripada udara dengan helikopter dan jet pejuang berlegar-legar di ruang udara bandar Aleppo.

Namun dalam perkembangan terbaru ini,dikatakan akan ada genjatakan melalui pihak UN untuk pihak terbabit di syria.Cuma tawaran genjatan senjata ini hanya muncul apabila bandar Aleppo berjaya dibuka oleh pejuang mujahidin syria,sedangkan sebelumnya,ketika bandar Aleppo galak dibom dan dikepung oleh penganas regim Assad dan penganas Russia,tidak ada tawaran seumpamanya agar dihentikan kepungan dan pengeboman.

Hari ini syam (Syria) dalam keadaan sangat teruk keadaanya,pada suatu masa kelak,syam akan menjadi tempat paling aman didunia(apabila turunya Nabi Isa a.s di kota Damsyik Syria,maka baginda a.s akan menyapu bersih seluruh kezaliman yang memenuhi bumi) inn syaAllah.

Sumber:
http://syriaberdarah.blogspot.my/
https://www.facebook.com/PERSIDAM.MY/


Keadaan Di Syria Keadaan Di Syria Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 8/12/2016 05:07:00 PM Rating: 5

No comments