Allah s.w.t Maha Mengetahui - wannursyarifah

Allah s.w.t Maha Mengetahui

Ketika ana memikirkan mengenai kursy dan arsy Allah,ana teringat ayat kursy,
dan sejurus itu,ana memikirkan iblis begitu yakin dapat menyesatkan setiap anak adam dengan janji-jani manisnya kepada Allah s.w.t,
Allah s.w.t Maha Mengetahui namun,adakah iblis dan syaitan itu mengetahui bahawa,mereka tidak mudah untuk menyesatkan setiap anak adam ?
adakah mereka tahu yang Allah s.w.t akan mengutuskan (pada masa itu) Rasulullah s.a.w untuk umat ini ?
sejak itu,iaitu ketika hampir-hampir dekatnya kelahiran Rasulullah s.a.w,iblis dan syaitan dilarang mencuri dengar berita-berita pebualan malaikat dilangit,

dan juga mereka tidak tahu al-Quran ini akan diturunkan Jibril a.s kepada umat Rasulullah s.a.w,

misalnya,surah as-Sajjah dan juga ayatul kursy,mereka begitu resah hingga mencari-cari apakah lagi yang Allah s.w.t turunkan untuk hamba-Nya didunia,
mereka bertambah resah apabila mendapati ayatul kursy diturunkan oleh beribu malaikat,
lalu mereka pun begitu kecewa sangat-sangat,apakah lagi yang Allah s.w.t akan turunkan ?
mereka begitu sangat hairan,Allah begitu sangat penyayang kepada hamba-Nya,
satu demi satu surah dan ayat turun,membuatkan hamba-Nya berasa sangat tenang dan aman,merasa terlindung dan mendapat naungan yang tidak ada sesiapa mampu lawan,iaitu naungan Allah s.w.t,
kerana Allah s.w.t telah berfirman bahawa dengan maksudnya,"Iblis sesekali tidak dapat menyesatkan hamba-hamba-Ku kecuali yang menurutmu"iaitu sesiapa yang memilih mengikut iblis sebagai jalan hidup,maka mereka itu terlepas dari janji naungan Allah,
Allah beri kepada kita sehingga lengkap sempurna kitabullah (al-Quran),
didalam al-Quran,Allah perkenalkan diri-Nya,siapa Dia,kekuasaan-Nya,begitu juga siapa musuh-Nya,apa yang Dia suka,apa yang Dia benci,hukum-hukum-Nya,sifat-sifat-Nya,dan seumpama-Nya Allah terangkan didalam al-Quran dan menerusi lisan Rasulullah s.a.w,
apabila iblis menyuruh begini,Allah balas balik menerusi begini pula,
seolah 9perjanjian hudaibiyah) yang mencetuskan peristiwa fathul mekah itu pada asalnya membawa kemudhatan besar kepada kaum muslimin,namun Allah mengetahui akan sebalik kejadian sesudah perjanjian itu,sehingga segelintir sahabat kelihatan seperti memprotes keputusan Rasulullah s.a.w,
maka tidak lama selepas itu,Allah datangkan kesan buruk kepada pihak musyrikin mekah,maka barulah orang-orang menyedari bahawa perancangan Allah sangat tidak dapat ditandingi,didalam kesulitan ada kesenangan,
Allah s.w.t Maha Mengetahui segalanya,bagaimana dan caranya untuk mentadbir alam ini,dan tentulah Dia Maha Mengetahui mengenai apa yang telah diciptakanya,berupa kelemahan-kelemahan,keupayaan dan kelebihan,keperluan dan sebagainya.
Dan Allah berfirman kepada para Malaikat,"Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui"
“ Dan ingatlah ketika mana ALLAH berfirman kepada para Malaikat, sesungguhnya Aku akan meletakkan di atas muka bumi ini seorang khalifah (Adam). Malaikat lantas bertanya: Adakah Engkau akan meletakkan di atas muka bumi ini makhluk yang akan merosakkannya dan menumpahkan darah? ALLAH Taala menjawab; Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak ketahui”. [ al Baqarah: 30]
Begitu juga mengapa Allah turunkan al-Quran kepada manusia ini,adalah salah satu sebabnya manusia itu memiliki akal fikiran untuk memikirkan,akan tetapi amat sedikit yang beriman.
Adapun,mereka yang menyimpang dari jalan Allah (semasa didunia),mereka adakah tidak mengetahui bahawa akan ada satu hari pembalasan di akhirat kelak ? begitu jua Allah menciptakan dunia ini,ada dunia dan akhirat,adapun dunia tidaklah kekal,
Dan sekarang ini juga,kita tidak mengetahui bila masanya (kiamat),namun Allah s.w.t memberikan tanda-tandanya berlaku hari kiamat itu.



#Nur
Allah s.w.t Maha Mengetahui Allah s.w.t Maha Mengetahui Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 8/14/2016 06:39:00 PM Rating: 5

No comments