Sabar Dalam Melakukan Ketaatan - wannursyarifah

Sabar Dalam Melakukan Ketaatan

Sabar Dalam Melakukan Ketaatan 


Mengenai sabar,sungguh walaupun hujan,masih tetap istiqomah ke mesjid,dan memakmurkan rumah Allah,walaupun basah kusyup,maka terus kekal (istiqomah) dan taat kepada Allah s.w.t.

Sabar Dalam Melakukan Ketaatan Hari ini ramai orang lebih sabar ketika ditimpa ujian,berbanding sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t,
sabar ketika ditimpa musibah ada diangkat beberapa darjat,sabar ketika melakukan ketaatan diangkat lebih tinggi berbanding ditimpa musibah,kerana ?
hati manusia itu berbolak balik,antara menunggu air yang masak dengan hati manusia,maka hati manusia itu lebih cepat berubah berbanding air yang berbuih mengelegak,
sesungguhnya Allah s.w.t adalah amat sabar keatas perkara-perkara mungkar yang dilakukan oleh manusia,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki.” (Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Ash‘ari)
sungguh sabar sekali Allah s.w.t melihat perilaku umat manusia,diberi nikmat-nikmat dan segala kekayaan,anak yang ramai,keturuan yang ramai,dan segala macam kemurahan-Nya,namun hamba-Nya itu masih tidak mahu mengakui Dia adalah Allah s.w.t (perkara yang ramai orang tidak dapat sabar berbanding Dia),
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah 2: 177)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh daripada iman.” (Riwayat) Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran. Iman itu bukan hanya sekadar ilmu di kepala, ucapan di mulut, tetapi adalah soal keyakinan dalam hati serta dibuktikan dengan perbuatan.
perjuangan islam di awal-awal dakwah Rasulullah s.a.w dahulu,
Ketika para sahabat Rasulullah s.a.w. diseksa begitu dahsyat di Makkah, tidak ada senjata yang diangkat untuk melawan. Semuanya dihadapi dengan pasrah dan tawakal. Daripada Khabab bin al-Arat, dia berkata: “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah saat Baginda sedang bersandar di Kaabah. Kami bertanya kepadanya: ‘Apakah engkau tidak memohon pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?’ Rasululllah s.a.w. bersabda (yag bermaksud): ‘Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan dan kepalanya dibelah dua, namun hal itu tidak menghalangnya daripada agamanya. Dan disikat dengan sikat besi sehingga mengelupaslah daging dan kulit sehingga nampak tulangnya, namun itu tidak menghalangnya daripada agamanya. “ (Riwayat al-Bukhari no. 3343)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar 39: 10)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, ‘Kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami akan dikembalikan.’ Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 155-157)
diberikan balasan syurga bagi orang yang sabar dalam agama Allah s.w.t,
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Surah al-Ra‘d 13: 23-24)
Diberikan ganti untuk hamba-Nya kurnian dari Allah keapada yang sabar untuk mereka yang kematian anaknya.
Seseorang yang diuji dengan kematian anak misalnya akan digembirakan oleh Allah menerusi janji-Nya yang disampaikan oleh baginda Rasulllah s.a.w., mafhum sabda Baginda:
“Jika anak seorang hamba mati, Allah berkata kepada malaikat-Nya: ‘Engkau telah mengambil nyawa anak daripada hamba-Ku?’ Mereka menyatakan: ‘Ya.’ Allah kemudian berkata: ‘Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku?’ Mereka berkata: ‘Ia memuji-Mu dan beristirja.’ Maka Allah berkata: ‘Dirikanlah sebuah rumah di syurga buat hamba-Ku dan berikanlah nama dengan Baitul Hamd (rumah pujian).” (Riwayat al-Tirmizi daripada Abu Musa al-Ash‘ari)
Dalam Islam, sabar itu terbahagi kepada tiga:
1. Sabar untuk taatkan perintah Allah.
2. Sabar untuk meninggalkan larangan Allah.
3. Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah.
Daripada pembahagian sabar ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah. Dengan sabar kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala-galanya.
Mari kita memperincikan ketiga-tiga peringkat sabar itu:
1. Sabar dalam Mentaati Perintah Allah
Bukan mudah untuk melakukan ketaatan kerana ia sesuatu yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang ada dalam diri kita sendiri. Usaha melakukan ketaatan samalah seperti “berperang” dengan sendiri. Namun, bagi orang yang sabar, ia melihat bahawa ketaatan itu umpama ubat – pahit tetapi itulah yang akan menyembuhkan. Walaupun betapa pahitnya mujahadah, sanggup ditempuh jua kerana mengharapkan manisnya syurga.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Perintahkanlah keluargamu supaya menunaikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya. Kami tidak akan minta rezeki kepadamu (bahkan) Kamilah yang memberikan rezeki. Dan akibat terpuji adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Taha 20: 132)
Kalau kita benar-benar mengharapkan syurga, sabarlah dalam menempuh jalan ketaatan ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan 10 orang para sahabatnya yang telah dijamin syurga. Bagaimana mereka rela berkorban dan terkorban untuk beriman dan berhijrah di jalan Allah. Mereka sanggup hidup miskin, dihina, diboikot, meninggalkan kampung halaman, hatta mengorbankan nyawa untuk mentaati Allah dan Rasul.
Untuk “bersama” berada di jalan mereka, renungilah perintah Allah ini, mafhumnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaan itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi 18: 28)
Bukan mudah untuk mencari rezeki yang benar-benar halal akhir zaman ini. Apabila kita menolak riba, pendedahan aurat, rasuah, judi, arak daripada sumber-sumber yang haram dan syubhat, besar kemungkinan kita tidak dapat merebut peluang membuat kekayaan atau terlambat untuk menikmati kesenangan.
Namun mereka tetap menahan diri (sabar) kerana mengenangkan sabda Rasulullah s.a.w. ini, maksudnya: “Janganlah kamu merasakan bahawa rezekimu lambat datangnya, kerana sesungguhnya seorang hamba akan mati sehingga datang kepadanya rezeki yang terakhir (yang ditentukan untuknya), maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yakni dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Riwayat …)
2. Sabar Meninggalkan Maksiat
Walaupun meninggalkan maksiat tidak memerlukan tenaga berbanding melakukan ketaatan yang memerlukan tenaga, namun para ulama menyatakan bahawa meninggalkan maksiat jauh itu lebih berat daripada melakukan ketaatan. Contohnya, untuk meninggalkan perbuatan mengumpat, kelihatannya agak lebih mudah daripada memberi nasihat. Meninggalkan mengumpat, kita perlu “berdiam” diri sahaja. Sedangkan untuk memberi nasihat kita perlu mengeluarkan tenaga dan usaha untuk berkata-kata, mencari bahan dan masa.
Namun, hakikatnya meninggalkan perbuatan mengumpat lebih payah daripada memberi nasihat kerana ia sangat disukai oleh hawa nafsu. Menceritakan aib orang lain lebih menyeronokkan daripada mengenang aib diri. Malah sering kali kita bercerita tentang kelemahan orang lain di belakangnya untuk menunjukkan kelebihan diri kita. Jadi, dalam pergaulan sesama manusia misalnya, apa-apa yang dilarang (diharamkan) melakukannya adalah lebih utama dilaksanakan berbanding dengan apa-apa yang disuruh lakukan.
Lihat sabda Rasulullah s.a.w. ini yang bermaksud: “Jangan kamu saling marah-memarahi, jangan kamu saling berhasad dengki, jangan kamu kata-mengata.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tegasnya, tidak menimbulkan kebuntuan dalam pergaulan sesama manusia lebih perlu diutamakan daripada menghulurkan bantuan. Kata bijak pandai ini boleh dijadikan panduan: “Jika tidak dapat menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah jadi lalat yang membusukkannya.”
3. Sabar Ketika Ditimpa Musibah
Sabar jenis yang ketiga ini berada di luar ikhtiar manusia. Taat dan maksiat masih tergantung kepada kehendak manusia (masih boleh membuat pilihan), tetapi musibah datang terus daripada Allah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Taghabun 64: 11)
Manusia tidak mampu menahan musibah. Dalam hidup ini sering berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidak dijangka apatah lagi yang diharapkan. Maka ketika itu hanya dengan bersabar kita boleh berdepan dengannya. Apa yang berlaku dalam hati kita sebenarnya lebih penting berbanding dengan apa yang berlaku di luar diri kita. Jadi jika sifat sabar sudah tersemat dalam hati, musibah dari luar yang besar bagaimanapun akan dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya.
Ada pandangan yang mengatakan bahawa sabar jenis yang ketiga inilah yang paling tinggi darjatnya, justeru kepedihan yang menimpa di hati sangat pedih. Orang boleh bersabar dengan kesusahan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat, tetapi derita kegagalan, kematian, penyakit dan lain-lain musibah lebih menekan hati. Manakala ada pula yang berpandangan, musibah jenis yang pertama dan kedua lebih sukar kerana ia adalah musibah yang ikhtiyari (secara sedar dan boleh membuat pilihan), manakala kesabaran jenis yang ketiga lebih bersifat ijbari (terpaksa, tidak ada pilihan).
Mereka yang berpandangan demikian, menyatakan bahawa kesabaran Nabi Yusuf a.s. (yang menolak godaan isteri menteri Mesir) lebih tinggi daripada kesabaran Nabi Ayyub a.s. (yang ditimpa penyakit kronik). Ini kerana Nabi Yusuf mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak, tetapi Nabi Ayyub tidak boleh menolaknya lagi. Sama ada rela atau terpaksa, penyakit itu tetap menimpa.
Ilmu kita terbatas. Ilmu Allah Maha Luas. Jika sabar itu tidak indah, bukan kerana ia tidak indah, tetapi mata hati kitalah yang kabur untuk melihat keindahan itu. Sama seperti kelawar yang tidak dapat melihat siang, bukan kerana kegelapannya tetapi siang itu terlalu terang dan mata kelawar tidak mampu menatapnya.
Sabar itu sesungguhnya akan memberikan keindahan pada fizikal kita. Sabar juga akan memberi keindahan pada jiwa dan perasaan kita.
Imam al-Ghazali menegaskan bahawa sabar itu ada dua. Pertama bersifat badani (fizikal). Sabar fizikal berupa seksaan, penyakit dan kesusahan yang menimpa jasad. Yang kedua bersifat rohani (spiritual) seperti ejekan orang, perpisahan, kekecewaan, kegagalan, kematian dan lain-lain yang kebanyakannya menekan nafsu dan bertentangan dengan kehendak diri.

Sabar ini umpama menanam sesuatu untuk hasil diakhirat,sungguh sangat menguji sekali,perhatikan apakah kita sangat tidak sabar melihat tanaman kita itu yang lambat membuahkan hasil,lalui berputus asa untuk menahan sabar-Nur

Tazkirah Ramadhan 
Sabar Dalam Melakukan Ketaatan Sabar Dalam Melakukan Ketaatan Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 6/19/2016 07:52:00 PM Rating: 5

No comments