Membayar Zakat Fitrah Ditempat Kita Solat Aidilfitri - wannursyarifah

Membayar Zakat Fitrah Ditempat Kita Solat Aidilfitri

Membayar Zakat Fitrah Ditempat Kita Solat Aidilfitri 


Membayar Zakat Fitrah Ditempat Kita Solat Aidilfitri Membayar zakat fitrah adalah tempat di mana kita solat hari raya Aidil Fitri.Jika kita berhari raya di kampung maka bayarlah zakat fitrah di kampung. Jika kita berhari raya di taman perumahan rumah kita, maka bayarlah di kariah rumah kita. Zakat fitrah adalah zakat diri. Oleh ia hendaklah dikeluarkan di tempat di mana diri kita akan berada semasa terbenam matahari hari terakhir Ramadhan (yakni bermula malam pertama Syawal) iaitulah waktu sebenar bagi kewajipan mengeluarkan zakat fitrah menurut mazhab Syafi’ie, Ahmad dan beberapa ulamak yang lain. Walaupun waktu wajib adalah di penghujung Ramadan (iaitu apabila terbenam matahari di hari terakhir Ramadan), namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari masa tersebut.

Ketetapan waktu bagi mengeluarkan zakat fitrah mengikut menurut mazhab Syafi’ie adalah seperti berikut;

1. Waktu wajib : iaitu dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

2. Waktu harus : iaitu sebaik sahaja masuknya bulan Ramadan dan berterusan hingga ke hari raya (sebelum terbenamnya matahari). Jadi, sepanjang bulan Ramadan –menurut mazhab Syafi’ie- adalah waktu yang diharuskan untuk kita membayar zakat fitrah.

3. Waktu sunat ; iaitu pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan.

4. Waktu makruh; iaitu mengeluarkan zakat fitrah sesudah solat aidil-fitri tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya.

5. Waktu haram; iaitu melambatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas terbenam matahari pada hari raya.

Jika bimbang tak sempat bayar zakat fitrah di kampung untuk kita berhari raya boleh di bayar zakat fitrah tempat tinggal kita. Tetapi jika sempat nak bayar zakat fitrah di kampung malam hari raya berada di kampung maka lebih afdhal bayar di kampung kita.

Ramai yang keliru di antara zakat harta dengan zakat fitrah. Zakat harta lebih afdhal kita bayar di mana kita mencari rezeki tetapi bukan zakat fitrah. Ulama Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan zakat fitrah lebih afdhal kita bayar di tempat yang mana pada malam Hari Raya Aidilfitri kita berada di tempat tersebut.

Bukannya bayar malam raya, tetapi kita bayar di tempat kita menyambut hari raya. Jika kita sampai di kampung 2 hari awal maka bayarlah di tempat tersebut lebih afdhal ini pandangan ulama terdahulu. Kita di tuntut membayar zakat tempat kita cari rezeki adalah zakat harta atau zakat pendapatan bukannya zakat fitrah. 

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, "Seorang muslim mengeluarkan zakat al-Fitr di tempat yang pada satu Syawal (malam Raya) dia berada di sana. Ini kerana pengeluaran zakat bukan disebabkan puasa tetapi disebabkan berhari raya. Kerana itu disandarkan (zakat) kepada hari raya bahkan dinamakan zakat itu sebagai Zakat al-Fitr. Berdasarkan ini, jika seseorang meninggal dunia sebelum Maghrib hari terakhir bulan Ramadan, zakat al-Fitr tidak menjadi suatu yang wajib atasnya, walaupun dia telah berpuasa seluruh hari Ramadhan. Jika seseorang bayi dilahirkan selepas Maghrib hari terakhir Ramadan iaitu pada malam pertama masuknya bulan Syawal, maka ia termasuk orang yang wajib mengeluarkan zakat al-Fitr dengan Ijma’ (kesepakatan ulama). Maka ia (zakat al-Fitr) adalah zakat yang berkait rapat dengan hari raya bagi menyebarkan kegembiraan dengannya, termasuk orang-orang fakir dan miskin, kerana itu terdapat hadis yang menyebut : “Kayakanlah mereka (orang-orang fakir dan miskin) pada hari ini (hari raya).”

(Sumber : Fatawa al-Mu’asarah, Juzu’ pertama, m.s. 326)

Bila batas waktu “fitri” (zakat fitrah) ?


Dalam hal ini, ulama berbeza pendapat. Majoriti ulama Mazhab Syafi’iyah berpendapat bahawa waktu “fitri” adalah waktu sejak terbenamnya matahari di hari puasa terakhir sampai terbitnya fajar pada tanggal 1 Syawal. (Syarh Shahih Muslim An-Nawawi, 7:58)

Syekh Muhammad bin Saleh Al-Utsaimin rahimahullah pernah ditanya tentang hukum menunaikan zakat fitri (zakat fitrah) di awal Ramadan. Dalam Fatawa Arkanul Islam Syekh Ibnu Utsaimin, hlm. 434, jawaban beliau termuat, “Zakat fitri (zakat fitrah) dikaitkan dengan waktu ‘fitri’ kerana waktu ‘fitri’ adalah penyebab disyariatkannya zakat ini. Jika waktu fitri setelah Ramadan (tanggal 1 Syawal) merupakan sebab adanya zakat ini, itu menunjukkan bahawa zakat fitri (zakat fitrah) ini terikat dengan waktu fitri tersebut, sehingga kita tidak boleh mendahului waktu fitri.

Oleh kerana itu, yang paling baik, waktu mengeluarkan zakat ini adalah pada hari aidilFitri, sebelum melaksanakan solat. Hanya saja, boleh didahulukan sehari atau dua hari sebelum solat aidilfitri, kerana ini akan memberi kemudahan bagi pemberi dan penerima zakat. 

Berdasarkan keterangan ini, waktu menunaikan zakat fitri (zakat fitrah) ada dua:


Waktu harus, iaitu sehari atau dua hari sebelum hari raya.(menurut ulama di Malaysia mula 1 Ramadan sudah di bolehkan membayar zakat fitrah)

Waktu utama, iaitu pada  hari raya sebelum solat.

Adapun mengakhirkan pembayaran zakat fitri (zakat fitrah) sampai setelah solat maka ini hukumnya haram dan zakatnya tidak sah. Berdasarkan hadis Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu,

من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات

‘Barang siapa yang menunaikan zakat fitri sebelum solat maka itu adalah zakat yang diterima, dan barang siapa yang menunaikannya setelah solat maka statusnya hanya sedekah.’ (Hadis Riwayat. Abu Daud dan Ibnu Majah; dinilai hasan oleh Al-Albani)

wallahualam


Membayar Zakat Fitrah Ditempat Kita Solat Aidilfitri Membayar Zakat Fitrah Ditempat Kita Solat Aidilfitri Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 6/20/2016 01:11:00 PM Rating: 5

No comments