Didikan Dibulan Ramadhan - wannursyarifah

Didikan Dibulan Ramadhan

Didikan Dibulan Ramadhan

Didikan Dibulan RamadhanDibulan ramadhan,sesuai dijadikan bulan untuk mendidik jiwa dan kerohanian.Membiasakan apa yang sering dilakukan dibulan ramadhan walaupun setelah habis waktunya.Yang mana sebagai contohnya adalah amalan yang biasa dan sering menjadi amalan utama yang dilakukan apabila masuknya bulan ramadhan adalah solat berjemaah,bangun awal,bersedekah atau berinfak,bangun malam,mengaji Quran,maka amalan-amalan ini boleh dibiasakan di bulan-bulan yang lain.Bulan mendidik iman agar menyerlahkan lagi keimanan kepada Allah.
Inilah masanya mendidik diri sendiri agar menumbuhkan butir-butir keimanan tanpa gangguan iblis mahupun syaitan yang dirantai.Pada hari itu (ramadhan),maka kita akan lihat,siapakah diri kita ini,dan adakah sanggup untuk kita menentang diri sendiri jika diri sendiri melakukan sesuatu kesalahan.Atau mampkah kita membantah diri kita sendiri sekiranya diri kita sendiri telah melakukan kesalahan.Atau adakah kita membiarkan diri kita sendiri (di sepanjang bulan ramadhan) tanpa mengambil apa-apa perlajaran dan peluang untuk diri mengambil sedikit butir-butir keimanan yang dilimpahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya ? 
Bulan ramadhan adalah bulan untuk kembali kepada keimanan yang barangkali telah kita tinggalkan pada ramadhan yang lepas.Habis sahaja ramadhan,maka tiada lagi pakaian yang biasa kita pakai (keimanan) semasa di bulan ramadhan.Pakaian yang baik adalah taqwa.Maka kita ambil semula apa yang kita tinggalkan itu iaitu dibulan ramadhan dan setelah itu,biarlah ianya kekal didalam diri kita untuk selama-lamanya (walau sudah tidak hidup lagi didunia,pakaian itulah yang akan menjaga kita apabila datangnya beberapa ancaman-ancaman (terdiri dari malaikat-malaikat dan azab-azab seksa kubur) didalam sana yang tidak bersifat belas kasihan.Mengimbau zaman sekolah yang saya sudah tinggalkan lebih 10 tahun yang lalu (kali terakhir tahun 2003 di tingkatan 5),di sekolah itu banyak kenanganya,Seorang kawan saya,sekelas,pergi di usia 14 tahun akibat kemalangan.Mungkin ada sesetengah orang tidak sempat merasai bulan ramadhan kerana pergi dalam usia terlalu muda.Dan ketika belajar di universiti juga ada mendapat berita seorang kenalan yang saya kenali meninggal dunia disebabkan sakit jantung.Saya agak terkejut sebaik mengetahui perkara itu.Ianya secara tiba-tiba.Tidak ada walau seharipun kecuali arwah kelihatan sihat.Tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.Lepas dia pergi,baru kenalan yang lain menyedari hal itu.Hakikatnya ianya berlaku secara tiba-tiba.Samapai disitu sahajalah kisah hidup seseorang apabila tarikh rahsianya sampai iaitu waktu kematian yang rahsia.
Maka,peluang yang ada,yang akan datang ini,dalam kira-kira 2 minggu,peluang untuk kita memberikan sesuatu untuk diri kita sendiri.Beri peluang kepada diri sendiri untuk didik.Kerana kelak kita akan disoal bertubi-tubi.Lepas satu,satu lagi soalan diajukan.Jika kita ambil didikan ini,nescaya inn syaAllah kita boleh menangkis segala soalan yang diberikan (soalan maut).Saya masih ingat sabda Rasulullah s.a.w apabila para sahabat bertanyakan mengenai bagaimana rahsia mahu jawab soalan tersebut sedangkan tentulah mereka akan hilang akal (melihat malaikat yang sungguh gerun),
“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ‘ucapan yang teguh’ dalam kehidupan di dunia dan di akhirat”(QS. Ibrahim: 27)
Maka kita harus memberikan peluang untuk diri kita sendiri,kerana,peluang itu hanya datang didalam hidup kita cuma beberapa kali.Katakan usia kita sudah mengjangkau 50 tahun,ianya datang sebanyak kira-kira 50 kali sahaja (itupun tidak termasuk tarikh mula kita menyedarinya,atau tarikh terakhir kita tinggalkanya),tidak ada jaminan terlepas yang lalu,maka kita akan dapat yang baru,jika ada,nescaya manusia akan menunggu saat-saat akhir hayatnya.
Ini kerana,didikan pertama dan utama daripada Madrasah Ramadan ( مدرسة رمضان ) adalah didikan Iman. Sehubungan dengan ini Dr Muhammad al Bahi dalam kitabnya “ الاسلام فى حياة المسلم “ menyebut bahawa ‘رمضان شهر الايمان ‘ – bulan Ramadan adalah bulan Iman, kerana semua amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang yang benar-benar berpuasa di dalam Bulan Ramadan itu melambangkan amalan yang lahir daripada keImanan kepada Allah s.w.t dan memperlihatkan keteguhan Iman serta kekuatan hubungan dengan “ تعاليم إسلامية “ (ajaran Islam). Dr Muhammad al Bahi menjelaskan bahawa: kekuatan manusia bukan semata-mata terletak pada kekuatan anggota-anggota zahir tubuhbadannya, tetapi kekuatan sebenarnya terletak pada kekuatan azamnya, kekuatan ruhnya dan kekuatan Imannya yang – ان شآءالله – mampu menghadapi dan mengatasi berbagai kejadian dan masalah hidup tanpa lemah semangat dan tidak berputus asa.
Seharusnya disedari bahawa kekuatan Iman dan Taqwa itu bukan sekadar untuk kepuasan dan kelazatan diri sendiri, bahkah orang Mukmin yang memiliki kekuatan Iman dan Taqwa itu bersedia mewakafkan hidupnya untuk Islam, berdakwah kepadak masyarakat supaya kembali kepada دين الله
Ramadan – mendidik hati dan minda agar sentiasa ‘مُرَا قَبَة الله ‘ [yakni sentiasa sedar bahawa segala amalan, gerakkerja bahkan qasad ( قصد ) azam dan niat kita diketahui, dilihat dan dinilai oleh Allah s.w.t, sekaligus merasai kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, setiap masa dan dalam semua hal.]. Sebaik-baik muraqabah ialah muraqabah yang sampai ke peringkat ihsan:
Bermaksud: “ Hendaklah kamu memperhambakan diri (beribadah) kepada Allah, seolah-olah kamu melihatNya (Allah) dan sekiranya kamu tidak dapat melihatNya (dengan mata kasar), maka sedarlah bahawa Allah s.w.t melihat kamu. “
Jika ada rasa مُرَا قَبَة الله itu maka tidak timbullah penyakit-penyakit masyarakat di kalangan orang-orang yang berIman. Tidak timbul pengkhianatan, tidak timbul pecah amanah, tidak timbul rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya yang dilaknat Allah. Tetapi sebaliknya akan lahir sifat-sifat yang terpuji, sifat-sifat yang mulia seperti jujur, amanah, bercakap benar, menepati janji, adil, tawadhu’ dan sebagainya yang sememangnya dikehendaki dalam ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Wallahualam

Dari-Usrah
Didikan Dibulan Ramadhan Didikan Dibulan Ramadhan Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 5/20/2016 03:20:00 PM Rating: 5

No comments