Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu - wannursyarifah

Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu

Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu 

Terdapat suatu kisah nostagia yang lama dimana ada sahabat saya menceritakan kisah halnya dimasa-masa zaman sekolah dahulu.


Kisah dimana dia menulis satu surat dan diletakan bedak didalam surat tersebut.Kisah ini menurutnya berlaku pada tahun 2003 sewaktu dia di tingkatan 5.Dikisahkan semula setelah lebih 13 tahun berlalu,kini dia teringat pula akan kisah itu.

Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu Untuk itu mari kita membaca tentang kronologi mengenai 'Bedak Dalam Surat Cinta'

Entah secara tiba-tiba aku mendapat idea untuk menulis surat.Satu surat yang aku tidak pernah menulis tentangnya.Surat yang aku langsung tidak pernah aku belajar menulis formatnya.

Lalu,aku mencapai buku nota aku dan sebatang pen.Aku terus berlatih menulis ayat-ayat rangkap yang membuat orang yang membacanya berasa suka.

Selalunya,aku mengutus surat dengan sahabat aku setiap tahun apabila masuk bulan ramadhan.Kini aku menulis pula surat kepada seseorang gadis.Maka aku pun berlatih menulis agar tulisan aku kelihatan cantik dan kemas.

Kini,tulisan yang aku tulis tampak kemas,walaupun agak comot,namun itulah tulisan yang paling cantik pernah aku tulis.Lalu aku koyak kertas itu,dan ku letak pula bedak yang harum.Entah mengapa aku meletak bedak didalam surat itu pula aku pun tidak tahu.

Lalu aku pun mencari-cari ruang,bagaimanakah untuk aku sampaikan surat berisi bedak ini ?Akhirnya aku menemui seseorang yang aku rasa boleh membantu.

Ada seorang rakan lelaki dari kelas sebelah yang aku rasa boleh menjadi seorang utusan (posmen) bagi menyampaikan surat cinta berisi bedak ini.

Aku dan dia mengikat janji dan tawar menawar.Dengan upah sebanyak 50 sen dan tambahan kuih di waktu rehat untuk surat itu di kirimkan.Kuih yang aku beri itu adalah kuih pau sambal.

Dia pada mulanya menolak untuk menjadi utusan pengutus surat,akan tetapi,aku cuba berkali memujuk dan akhirnya dia bersetuju.

Lalu dia pun bertanya,siapakah yang mahu aku tujukan surat ini ? aku lantas menjawab,engkau kenal akan orang itu.

Dia bertanya.siapakah ? lalu aku membalasnya,orang itu satu kelas dengan engkau.Namanya Nurxxxxxxxxxx.

Seterusnya dia menganguk sahaja.Kami hanyalah bersebelahan kelas.Tidak pun sukar.Aku akan melalui kelasnya dahulu kerana kelas aku terletak dihujung sekali.

Akhirnya surat itu sampai ketangan gadis itu.Maka bermula aksi dramatik dimana gadis itu telah memanggil sekutu-sekutunya yang ramai untuk menyoal utusan aku.Maka,dek kerana utusan aku tidak mempunyai pilihan,akhirnya dia telah menyampaikan kepada aku bahawa dia telah dimarahi oleh gadis itu dengan rakan-rakan gadis itu yang ibarat diseru,maka keluarlah sekutu-sekutunya yang ramai.

Pada masa itu,aku merasa sangat pelik,bukankah dia seorang gadis yang pemalu ? bagaimana pula boleh memiliki geng yang sangat ramai ? akhir gadis itu menunggu waktu sesuai untuk menemui aku.

Pada awalnya,aku berfikir,tentu sekali aku akan dimarahi olehnya.Dia daang menemui aku dengan seorang penemanya yang agak tinggi lampai.Kami memang kenal lama.Kami bertiga pernah duduk dalam satu kelas semasa di tingkatan 1 dan tingkatan 2.

Lalu penemanya itulah yang banyak bertanyakan aku mengenai surat itu sedang gadis itu langsung tidak bercakap sepatah pun.Semenjak aku kenal dia,tidak pernah aku dengar suaranya.Dia tidak bisu tapi suaranya tidak pernah ku dengari pun.Kebanyakan pertanyaan adalah menerusi temanya yang bertanya kepada ku.Mungkin dia pemalu.

Dia seorang gadis yang sangat cantik,sopan dan pemalu.Sejak itu,iaitu ketika aku menulis surat kepadanya,kawanya itu berkata kepada ku,bahawa dia memang sudah lama meminati aku.Dan sejak itu aku sangat berasa segan untuk melalui kelasnya.

Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu
Aku pula merasa segan hingga kadang kala memilih jalan lain untuk ke kelas iaitu jalan belakang yang sedikit jauh.

Dia gadis yang sangat baik.Yang paling menarik tentangnya,aku tidak pernah bercakap denganya dan dia tidak pernah rasanya bercakap secara langusng dengan ku melainkan melalui seorang temanya itu.

Memang tidak ku pernah jumpa gadis sepertinya,mahu bercakap pun perlu ada perantara.Kini sudah hampir 13 tahun berlaku,dan aku teringatkan kisah nostagia sewaktu zaman sekolah dulu.Dengan duit 50 sen,pau sambal,gadis itu.......

Tulisan Asal Syed Muhd
Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu Kisah Surat Cinta Untuk Gadis Itu Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 3/12/2016 08:51:00 PM Rating: 5

No comments