Tempat Muncul al-Masih ad-Dajjal - wannursyarifah

Tempat Muncul al-Masih ad-Dajjal

Antara tanda kiamat yang akan muncul adalah keluarnya sang Nabi Palsu iaitu sang dajjal.Dajjal ini adapun tempat tinggalnya adalah disebuah pulau yang tidak dikenali orang.Cuma yang pernah secara sahih dan disahihkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pemuda Tamin ad-Dari bersama dengan beberapa orang yang dalam kapalnya.

Namun,dimasa-masa orang-orang mencari tempat tinggalnya,usahlah dilupa bahawa dajjal ini akan keluar disuatu tempat yang lain.Dimana tempat munculnya kita akan membahaskan tentang itu disini.

Bila munculnya dajjal disuatu tempat,ia akan diikuti pula kira-kira 70,000 orang yang berbangsa yahudi Asbahan.Sungguh ramai pengikutnya.Orang-orang mukmin menjadi sangat sedikit pada waktu itu,Terutama sangat ketara berlaku apabila peristiwa pembersihan kota Madina.

Tempat keluarnya dajjal kelak mengikut dari pesan Rasulullah s.a.w adalah dari arah timur.Menurut sebuat hadist riwayat Tirmizi,

Daerah khurasan,asbahan di iranDajjal akan muncul dari arah timur,satu daerah khurasan.Dia memiliki seramai 70,000 orang yahudi asbahan,iaitu sebuah kota di tengah iran.Rasulullah menjelaskan,"Dajjal akan muncul keluar dari bumi sebelah timur bernama Khurasan."

Waktu keluarnya dajjal itu akan turut disertai oleh 70,000 orang yahudi asbahan.Orang-orang kaum muslimin hanya mengetahui kemunculan dajjal ini apabila dajjan telah sampai disatu tempat diantara iraq dan syam (Syria).Syam ini adalah بلاد الشام (Bilad as-Syam) didalam hadist menyebutkan bahawa  sahabat mulia Zaid bin Tsabit radhiallahu’anhu, dia berkata:

 ’Kami bersama Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam sedang menulis Al-Qur’an dari pelepah kayu, kemudian Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

طُوبَى لِلشَّامِ. فَقُلْنَا : لأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
“Kebaikan pada negeri Syam.' Kami bertanya, 'Mengapa wahai Rasulullah?' Beliau bersabda: 'Kerana Malaikat rahmah (pembawa kebaikan) mengembangkan sayap di atasnya.”

Kelak pada suatu zaman,negeri syam akan menjadi negeri paling aman didunia,berbanding keadaan sekarang ini yang dihimpit dengan penganas-penganas russia dan sekutu-sekutu dajjal dan iblis.Tahukah satu masjid menara putih di damsyik (damakus) ?disanalah permulaan kepada kemenangan dan keamanan sejagat yang sebenar-benarnya.Lalu dajjal dan tentera-tenteranya lain segera berundur lalu dajjal terserempak dengan insan yang bakal membunuhnya di suatu tempat bernama al-Lud (Bab Ludd).

Namun sebelum itu,usah lekas bergembira,kerana dajjal itu belum muncul lagi.Maka harus menyambung untuk mengetahui dimana letaknya khurasan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w.

Peristiwa-peristiwa ini,berkisar di timur tengah,jazirah arab atau negeri para anbiya,Memang begitulah keadaanya.

Dajjal akan muncul dimana pengikut-pengikutnya telah sedia menunggu ketibaanya disana iaitu di Khurasan.Apabila keluarnya dajjal,maka ia membawa makna kiamat sudah dekat,cuma tinggal beberapa tanda yang akan menyusul kemudian.Ia adalah seperti buah tasbih yang putus talinya.Tanda kiamat besar adalah diumpamakan sebagai sebuah tasbih.Jika putus talinya,maka buahnya akan segera berjatuhan kebawah.Jika muncul tanda kiamat besar,maka,tanda kiamat lain akan segera turut muncul seiringan dengan peristiwa yang telah berlaku.

Haruslah ketahui bahawa,umur umat Rasulullah s.a.w hanyalah sekitar 1500 tahun sahaja,tahun ini adalah tahun 1437 hijrah,semakin kecil baki tahun yang ada,semakin rapat tanda kiamat beriringan antara satu sama lain.Segera membuat kebaikan atau menunggu-nunggukah ? 

Tidak ada jaminan yang mana muncul dulu,tapi Rasulullah s.a.w hanya berpesan,jika muncul satu,maka yang lain akan menuruti yang pertama umpama tasbih yang putus.Sesungguhnya sangat laju.Maka itulah akan ada orang yang menjerit sesudah saatnya muncul.

Tempat Muncul al-Masih ad-Dajjal Tempat Muncul al-Masih ad-Dajjal Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/12/2016 09:00:00 PM Rating: 5

No comments