Rumah Untuk Mu - wannursyarifah

Rumah Untuk Mu

Seorang arkitek bangunan yang sudah tua berniat untuk bersara dari kerjaya profesion yang sudah ia ceburi selama bertahun-tahun lamanya.


Rumah Untuk MuIa ingin menikmati masa tua bersama isteri dan anak cucunya.Ia tahu ia akan kehilangan pendapatan rutin mereka yang,namun bagaimanapun tubuh tuanya itu memelukan rehat dalam usia sebegini.Ia harus begitu,lumrah dalam kehidupan,bilamana seorang muda pasti menemui hari tuanya.Lalu sekian lama ia berfikir dengan lama dan teliti,ia langsung membulatkan tekad bahawa sudah waktu baginya untuk memilih menikmati hari yang ada bersama keluarga.Lalu ia pun menyampaikan hasrat yang di rancang tersebut kepada majikanya.

Majikanya setelah dimaklumkan akan hasratnya itu,berasa sedih,kerana majikanya tahu,ia bakal kehilangan seorang arkited juga pekerjanya yang terbaik yang penuh dimilikinya.Seorang arkited yang banyak jasanya bagi majikanya juga dalam pasukanya.Ia adalah istimewa,dan sukar malah majikanya tidak pernah akan terlintas untuk kehilangan seseorang yang terbaik dalam profesionya.Namun hari ini,ia harus mengakui,akan kehilangan salah seorang yang terbaik itu,dan sesungguhnya keinginan itu tidak dapat di halang  lagi.

Sebagai permintaan terakhir sebelum arkited kesayanganya itu akan mula berhenti berkhidmat,si majikan ingin sekali agar arkitednya itu melaksanakan satu tugas terakhir dengan membina sebuah rumah lagi.Majikanya berjanji,bahawa itulah tugas terakhir sebagai permintaan terakhir dari majikan kepada perkerjanya yang akan mula bersara kelak.

Dengan berat hati juga,arkited itu merasakan hari bersaranya masih jauh lagi,namun menyetujui tugas tersebut,Ialah,sebagai tugas terakhir untuknya sebelum mula berehat dari kerjayanya untuk selamanya.

Oleh kerana itu,kerja-kerjanya seperti tidak sepenuh hati,sungguh,walaupun itu tugas terakhir untuknya selesaikan.Dia melakukanya tidak seperti dahulu.Tidak dari segenap hati ketika mula memalu paku ke dinding.

Majikanya hanya tersenyum dan berkata "Lakukanlah dengan baik,dan kerjalah dengan paling dan terbaik yang pernah kamu lakukan sejak mula dulu kamu khidmat disini.Pasti aku berbangga dengan kamu.Oleh kerana ini tugas terakhir kamu,maka kamu bebas untuk memilih apa sahaja bentuk rekaan,mahupun apa sahaja yang kamu fikirkan baik terhadap rumah ini,maka buatlah.Kamu bebas memilih mengikut cara kamu.Maka binalah dari bahan-bahan terbaik yang ada."

Arkited itu lalu menyambut perkerjaan terakhirnya.Ia begitu bermalas-malasan.Kebebasan yang diberikan membolehkan ia memilih ala kadar sahaja.Ia bermalasan dalam membuat rangka struktur rumah itu.Ia juga malas mencari bahan terbaik,maka ia gunakan bahan yang mudah di cari yang sememangnya cumalah berkualiti rendah.Ia tidak seperti sebelumnya,arkited itu cuma menyiapkan dan mengakhiri kerjayanya cukup buruk sekali berbanding sebelumnya.

Ketika rumah itu siap,Majikanya datang untuk memeriksa hasil kerja tanganya itu.Ketika majikanya sampai di muka pintu rumah itu,lalu memegang daun pintu depan,ia berbalik dan berkata"Ini adalah rumahmu,hadiah dariku untukmu!"

Betapa terkejutnya si arkited itu.Ia sangat menyesal.Kalau saja sejak awal lagi ia tahu bahawa yang ia sedang bina itu adalah rumahnya sendiri,pasti ia akan mengerjakanya dengan cara paling terbaik dan bersunguh-sunguh.Sekarang inilah hadiah untuknya.Keputusan dan pilihan ia sendiri.Sekarang ia akan tinggal disini,dalam rumah ini bersama keluarganya.Rumah yang ia sudahi dengan ala-kadar sahaja.



Inilah refleksi hidup kita! 

Fikirkanlah kisah si arkited ini.Anggaplah rumah itu sama dengan kehidupan anda. Setiap kali anda memalu paku, memasang rangka,memasang keramik, lakukanlah dengan segenap hati dan bijaksana. 

Sebab kehidupanmu saat ini adalah akibat dari pilihanmu di masa lalu.Masa depanmu adalalah hasil dari keputusanmu saat ini. 

-Nukilan Penulis-
Penulis Asal-Ukthie Syarifah Amiera 
Rumah Untuk Mu Rumah Untuk Mu Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/22/2016 03:00:00 AM Rating: 5

No comments