Ngaji Quran:Tafsir Surah al-Waqiah Ayat 20 - wannursyarifah

Ngaji Quran:Tafsir Surah al-Waqiah Ayat 20

Didalam surah al-Waqiah,banyak terdapat rahsia dan pelajaran yang dapat kita teliti.Antaranya tentang makan.Jika diteliti dengan baik,maka tentang makan juga ada disentuh didalam al-Waqiah.Baik penghuni syurga mahupun penghuni neraka.



Sebelum kita mengambil makanan berat seperti nasi atau daging misalnya,maka eloklah kita memakan buah-buahan dahulu seperti kurma atau apa-jenis buah sekalipun kerana tentu ada hikmat dan kelebihan sekiranya kita mengambil buah-buahan sebagai menu pembuka selera kita.

Buah-buahan adalah makanan yang pertama sebelum makan yang lain di sebut di dalam surah al-waqiah.Air adalah merupakan minuman.Jadi makanan yang pertama disebut adalah buah-buahan.



Juga terdapat di dalam hadist  (Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.

jika pun tidak ada buah-buahan,maka air bolehlah di dahulukan kerana sifatnya yang suci.

Jazzakallahu khairan
Ngaji Quran:Tafsir Surah al-Waqiah Ayat 20 Ngaji Quran:Tafsir Surah al-Waqiah Ayat 20 Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/18/2016 04:41:00 AM Rating: 5

No comments