Malaikat Yang Datang Jumpa Nabi Luth a.s

Kisah kaum Nabi Luth yang di binasakan"Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbussegala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnyadengan batu dari tanah yang dibakar".( Al-Hijr 15:74 ) Rujukan Surah

Kaum Nabi Luth A.s Yang Dibinasakan

Petikan dari surah Al-Hijr menceritakan bahawa bagaimana kaum Nabi Luth a.s 
yang ingkar serta melampaui batas fitrah kejadian telah di azab dengan azab yang sangat 
dasyat.Subhanalllah,Maha Suci Allah.Dia lah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Tiada Tuhan selain nya.Moga kita berada dalam lindunganNya.
Baiklah,memulakan topik kita pada kali ini adalah mengenang kembali kisah-kisah sejarah islam yang berlaku.

Terdapat Malaikat yang datang bertemu Nabi Luth agar segera keluar dimalam hari,ini kerana telah datang perintah dari Allah s.w.t untuk membinasakan kaum yang berlaku zalim.

Antaranya adalah kisah kaum Nabi Luth yang ingkar akan perintah Nabi nya.

Hingga akhirnya,kaum itu di binasakan sedasyat-dasyatnya.
Kaum Luth di datangkan azab Allah s.w.t dengan tempat kediaman dan kawasan meraka diami di terbalik kan serta di hujani dengan batuan keras dari tanah yang di bakar.
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami

jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang

ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu

dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
( Hud 11:82 ) rujukan surah

Sebahagian besar kaum Luth mengamalkan gaya hidup sonsang dengan 
aktiviti homosexual (hubungan seks sesama jantina lelaki dengan lelaki)
 serta merompak harta benda kafilah (pedagang atau rombongan pedagang).
perbuatan keji lagi melampaui batas ini telah menjadi darah daging mereka.

"Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu

syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk

tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang

mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya
tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek):
"Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan
itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
( Al-'Ankabuut 29:29 ) rujukan surah


Melihat akan kemungkaran yang di lakukan oleh Kaumnya,Nabi Luth a.s anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s,
telah di utuskan oleh Allah s.w.t untuk memperingatkan kepada kaum Luth a.s 
agar segera menghentikan kerja kerja mereka yang akan mendatangkan kemungkaran Allah.
Namun,kaumnya tetap enggan meninggalkan kegiatan maksiat mereka 
malah bertambah melampaui batas.
Serta mencabar Nabi Luth dalam berjihad keatas kaum yang ingkar itu.

Nabi Luth mengajak tetamu nya agar tinggal di sebuah kebun sehingga maghrib berlalu.
Disaat malam,Nabi Luth bersama tetamunya bergerak dalam kegelapan menuju rumahny.
Namun,isteri Nabi Luth melihat Nabi Luth a.s bersama sama tetamunya lalu 
keluar dan memberitahu kaum Luth tentang apa yang di lihatnya.

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Luth ia
merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak

terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya),sambil

berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".
( Hud 11:77 ) rujukan surah


Maka itu,kaumnya yang ingkar itu bergerak menuju ke rumah Nabi Luth.
Mereka ingin menemui tetamu nya.Ini menambah kebimbangan Nabi Luth.
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan

hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu

sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai

kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci
bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah
kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku
mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang
lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
( Hud 11:78 )


Kaum Nabi Luth bergegas menuju

padanya. Nabi Luth bertanya pada dirinya sendiri: "Siapakah yang memberitahu

mereka?" Kemudian ia menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari isterinya namun ia

tidak menemuinya. Maka bertambahlah kesedihan Nabi Luth.
Kaumnya berdiri di depan rumah Nabi Luth.Lalu Nabi Luth yakin bahawa kedatangan kaumnya itu hanyalah berkehendakan tetamunya.lalu Nabi Luth mencadangkan agar mereka memilih anak perempuannya yang boleh di nikahi yang halal buat mereka.
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan

hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu

sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai

kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci
bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah
kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku
mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang
lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
( Hud 11:78 )


Lalu kaumnya menjawap bahawa mereka hanya berkehendakan tetamunya.dan tidak berhajat yang lain.
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui

bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak

perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa

yang kami kehendaki."
( Hud 11:79 )


Nabi Luth merasa sangat marah dan gusar hati melihat perilaku kaumnya yang membuatnya dirinya terasa malu di hadapan tertamunya.Nabi Luth menutup pintu rumahnya.Sedang kaumnya mengetuk ngetuk pintu itu serta membuat bising di luar rumahnya.
Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang

kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang

kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan

membinasakan kamu)".
( Hud 11:80 )

Dalam cubaan mengelak gangguan dari kaumnya itu,Nabi Luth berharap akan mendapatkan kekuatan sehingga dapat melindungi para tetamunya. Beliau mengharapkan seandainya terdapat benteng yang kuat yang dapat melindunginya,
iaitu benteng Allah SWT yang di dalamnya para nabi dan kekasih-kekasih-Nya dilindungi. Berkenaan dengan hal itu, Rasulullah berkata saat membaca ayat tersebut: "Allah SWT menurunkan rahmat atas Nabi Luth. Ia berlindung pada benteng yang kukuhh."Ketika penderitaan mencapai puncaknya dan Nabi Luth mengucapkan kata-katanya yang terbang laksana burung yang putus asa,para tetamunya bergerak dan tiba-tiba bangun lalu mereka memberitahunya bahawa ia benar-benar akan terlindung di bawah benteng yang kuat dan kaumnya sesekali tidak dapat membatasinya.


Tetamu itu berkata seperti di dalam surah demikian,(Mendengarkan yang demikiantetamunya berkata: "Wahai Lut!
Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum
engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan
kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari
sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan
janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang.

Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan
menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka).
Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab
kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu
sudah dekat?"
( Hud 11:81 ) rujukan surah


Jangan berkeluh kesah wahai Luth dan jangan takut. Kami adalah para malaikat,

dan kaum itu tidak akan mampu menyentuhmu. Tiba-tiba pintu terbelah. Jibril lantas bangun dan ia menunjuk dengan tangannya secara cepat sehingga kaum itu kehilangan matanya. Lalu mereka tampak serampangan di dalam dinding dan mereka keluar dari rumah dan mereka menyangka bahawa mereka memasukinya. Jibril as menghilangkan mata mereka.


Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut

mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta

(dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-

amaranKu!( Al-Qamar 54:37 ) rujukan surah

Para malaikat menoleh kepada Nabi Luth dan memerintahkan kepadanya untuk

membawa keluarganya di tengah malam dan keluar. Mereka mendengar suara yang

sangat mengerikan dan akan menggoncangkan gunung. Seksa apakah ini? Ini adalah seksa

dari bentuk yang aneh. Para malaikat memberitahunya bahawa isterinya termasuk orang-
orang yang menentangnya. Isterinya adalah seorang kufur seperti mereka, sehingga jika
turun azab kepada mereka, maka ia pun turut akan menerimanya.

Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin

ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi

Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar

dari situ) pada waktu jauh malam,
( Al-Qamar 54:34 ) rujukan surah


Nabi Luth lalu keluar di waktu malam sehingga subuh menjelma.maka saat subuh iu,datanglah perintah Allah.


Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami

jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang

ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu

dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
( Hud 11:82 )


Di waktu terjadinya azab yang di janjikan Allah,Jibril melaksanakan tugasnya dengan memterbalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. Saat terjadi kebinasaan dasyat itu, langit menghujani mereka dengan batu-batu dari neraka Jahim. Iaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. Neraka Jahim terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Luth musnah semuanya. Tiada seorang pun di sana. Semua bandar hancur dan ditelan bumi sehingga terpancarlah air dari bumi. Hancurlah kaum Nabi Luth dan hilanglah kota-kota mereka.

Nabi Luth mendengar suara-suara yang mengerikan.Isterinya melihat sumber suara dan dia pun musnah.Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan

mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim
itu.( Hud 11:83 ) rujukan surah 


(Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ

melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari

orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).

( Adz-Dzaariyaat 51:36 ) rujukan surah
Peristiwa ini sebagai kekuasaan Allah s.w.t terhadap para hambaNya sebagai peringatan dan rasa keinsafan supaya memperbanyakkan mengikati Allah dalam setiap perkara.
Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah

menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang

mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut

kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( Adz-Dzaariyaat 51:37 )



Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus

segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya

dengan batu dari tanah yang dibakar.
( Al-Hijr 15:74 ) rujukan surah

Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu,

terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).

( Al-Hijr 15:76 )rujukan surah

Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad):

berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka,

semasa kamu berada pada waktu pagi.

( As-Saaffaat 37:137 ) rujukan surah


KISAH KAUM NABI LUTH

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-
kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh

itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah

bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
( A-li'Imraan 3:137 ) rujukan surah


Malaikat Yang Datang Jumpa Nabi Luth a.s Malaikat Yang Datang Jumpa Nabi Luth a.s Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 05:01 Rating: 5

No comments