Kelengkapan Berumrah dan Haji - wannursyarifah

Kelengkapan Berumrah dan Haji

Pada kali ini membahaskan tentang kelengkapan untuk berumrah dan haji.Apa yang perlu disediakan untuk ke tanah suci mekah

Disini saya menghimpunkan beberapa perkara asas tentang kelengkapan untuk pergi menunaikan umrah dan haji.Bagi ibadah umrah hampir sama sahaja dengan ibadah haji,cuma tidak ada Wukuf di arafat pada 9 zulhijrah,berdiam atau bermalam di Muzdalifah dan melempar batu jumrah di mina.

Secara lazimnya,kelengkapan yang wajar bagi kita menyediakan keperluan dan kelengkapan dari segi pakaian untuk umrah dan haji,malahan selain itu perlu juga mempertimbangkan kelengkapan mandian seperti tuala,sabun,syampu.Ini kerana,bukan semua tempat penginapan di mekah,menyediakan kelengkapan seperti ini.

Memehati jemaah melakukan tawaf Jadi,jika kita yang pertama kali ingin kesana,maka harus mempertimbangkan perkara-perkara seperti ini.Tentang jumlah pakaian,jubah,seluar,itu mungkin tidak menimbulkan masalah,sama ada kita mahu membasuhnya disana,atau menghantar ke dobi sahaja.

Antara lain,adalah keperluan seperti ubat-ubatan,suplement,kelengkapan peribadi seperti gunting,pengetip kuku dan sebagainya agar keterampilan menjadi kemas dan bersih.

Buku-buku panduan,simkad untuk jemaah juga perlu.Cuma simkad untuk kegunaan ini kita perlu bertanyakan kepada agen urusan umrah/haji,sama ada tersedia atau kita kena dapatkan (membeli sendiri apabila telah berada di tanah suci).

Jadi haruslah mempertimbangkan mengenai perkara-perkara ini seperti keperluan peribadi kita disana kelak.Baju sejuk (ketika musim sejuk di mekah),baju tidur,ubat-ubatan,suplement,sabun,syampu,tuala,selipar,buku panduan,Quran serta juga simkad (yang ini pilihan atas kita,maknanya tidak memberi kesan sangat kalau tidak ada,kalau ada sudah baik,kerana boleh menghubungi talian-talian penting disana).

Dan jika masih terdapat kemuskilan,kita boleh bertanya kepada yang berpengalaman,supaya menjadi teratur urusan kita kelak.Inn syaAllah.

Kelengkapan Berumrah dan Haji Kelengkapan Berumrah dan Haji Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/21/2016 04:23:00 AM Rating: 5

No comments