Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II - wannursyarifah

Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II

Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II
Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II

Sambungan Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II

Mereka 17 orang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


  1. Abdullah bin Sa'd;Sebelum ini ia merupakan seorang muslim yang diperintahkan menulis kumpulan firman-firman Allah s.w.t,namun ia berkianat dan bergabung dengan pemberontak.Setelah pembebasan kota mekah,ia dijatuhkan hukuman mati.Namun ia cuba mendapatkan keampunan menerusi saudaranya Utsman bin Affan r.a.Lalu Utsman bin Affan membawa ia ke hadapan Rasulullah s.a.w dan memohon keampunan untuknya.
  2. Abdullah bin Khatal;Termasuk juga yang sebelum ini seorang muslim yang diperintahkan Rasulullah s.a.w untuk mengutip pajak bersama seorang budak dari kaum Anshar.Ketika mereka beristirehat dalam perjalanan,ia memerintahkan budak anshar tersebut memasak ayam untuknya.Namun budak tersebut tertidur lalu ia dibunuh oleh Abdullah bin Khatal kerana sangat marah.Kerana takut perkara itu menimbulkan kemarahan Rasulullah s.a.w,ia pun membelit dan menyertai pemberontak.(Ayam jew pun,sampai pergi bunuh budak pula ini si Abdullah bin Khatal).Selain dari itu,Abdullah bin Khatal sering-sering menghina Rasulullah s.a.w melalui puisi karanganya.Namun,setelah pembebasan mekah,ia membungkus dirinya dengan tirai kaabah.(Apakah si Abdullah bin Khatal ini cuba lakukan dengan tirai kaabah ? sungguh hairan betul si Abdullah ini !!!).Perkara ini diketahui oleh Rasulullah s.a.w lalu baginda s.a.w perintahkan agar Abdullah bin Khatal dibunuh disana.Tugas melaksanakan hukum tersebut dipikul oleh Abu Burzah dan Sa'id bin Harits.Abdullah bin Khatal pun dihukum bunuh diantara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.(Haruslah begitu).
  3. Fartana;Ia adalah seorang budak wanita Abdullah bin Khatal.Fartana tidak kalah juga pada Abdullah bin Khatal.Sering-sering dia mendendangkan puisi yang menyindir dan memburuk-burukan Rasulullah s.a.w.Tarianya selalu menampakan gerak lenggok orang-orang Quraisy yang sedang mabuk dan melakukan gerakan cabul.(Apakah hukuman untuk Fartana ini ?).Dia turut dihukum bunuh bersama Abdullah bin Khatal.
  4. Quraibah;Juga budak suruhan Abdullah bin Khatal.Adakalanya dia juga melakukan apa yang fartana lakukan.Hukum mati kepadanya telah di berikan oleh Rasulullah s.a.w,namun kerana dia telah datang menghadap baginda s.a.w,lalu meminta pengampunan,maka permintaanya dikabulkan oleh Rasulullah s.a.w lalu dia masuk islam.(Itulah yang terbaik untuk dirinya).
  5. Huwairits bin Nafidz bin Wahad;Seorang pujangga.Sangat terkenal kerana penghinaanya yang besar terhadap Rasulullah s.a.w dan kebencianya yang mendalam terhadap islam.Ketika Abbas bin Abdul Muthalid bersama Saidatina Fatimah r.anha dan juga Saidatina Ummi Khultsum r.anha sedang dalam perjalanan dari mekah ke madina dengan menaiki unta,ia mengekori unta tersebut dan menusuk punggung unta itu dengan lembing,ia menyebabkan unta tersebut melonjak kesakitan dan terkejut.Lalu Saidatina Fatimah r.anha terjatuh dari punggung unta.Maka kerana kezaliman ia menjadi-jadi,hukuman mati untuknya dilaksanakan oleh Saidina Ali r.a.
  6. Miqyas bin Subabah;Seorang saudara lelaki Hisyam bin Subabah.Ketika penyerbuan Dzu Qarad,seorang anshar secara tidak sengaja telah membunuh Hisyam.Setelah kejadian itu,Miqyas pindah ke madina dan menjadi islam.Ia meminta ganti rugi kepada Rasulullah s.a.w atas kematian kakaknya.Permintan tersebut akhirnya dipenuhi.Namun,dalam beberapa hari kemudian,Miqyas ia pula membunuh orang yang membunuh kakaknya dan setelah itu dia melarikan diri ke mekah lalu memberontak.Akhirnya,hukuman mati dijalankan kepadanya oleh Abdullah Laitsi dengan memenggal kepala Miqyas.
  7. Sarah;Budak wanita Ikrimah bin Abu Jahal.Ia runtingnya sering menghina Rasulullah s.a.w.Maka,ia dijatuhkan hukuman mati.Namun,ia pergi mendapatkan keampunan dari Rasulullah s.a.w dan pelindungan.Permintaanya dipenuhi lalu masuk islam.Kehidupanya sehinggga masa kekhalifan Saidina Umar al-Khattab r.a.
  8. Harists bin Hisyam dan Zubair bin Abi Umayyah;Mereka termasuk diantara yang dihukum mati.Namun mereka pergi mendapatkan Ummi Hani binti Abi Jahal.Saidina Ali r.a mengikuti mereka berdua dan mereka berdua tidak di biarkan hidup oleh Saidina Ali r.a.Ummi Hani menghalangi Saidina Ali r.a dan menyelamatkan kedua pelarian tersebut didalam rumahnya.Ummi Hani segera bertemu Rasulullah s.a.w,hingga akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka dilepaskan.(Mereka belum kenal siapa Saidina Ali r.a,mujurlah ada Ummi Hani).
  9. Ikrimah bin Abu Jahal;Termasuk salah seorang pemberontak islam seperti ayahnya.Setelah pembebasan kota mekah,ia pergi dari mekah ke yaman kerana tidak akan tinggal di mekah lagi.Isterinya,Ummi Hakim binti Harist,yang sudah masuk islam memohon keampunan untuk suaminya kepada Rasulullah s.a.w.Dia memohon suaminya diampuni.Lalu diampunkan oleh Rasulullah s.a.w.Maka,dia menjemput suaminya di yaman.Setelah kembali ke mekah,suaminya masuk islam.Ikrimah meninggal di ajnadin dalam perang di masa kekhalifahan Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
  10. Habbar bin al-Aswad;Seorang yang bertanggungjawap dalam pembunuhan besar-besaran kaum muslim.Ketika Saidatina Zainab r.anha,puteri Rasulullah s.a.w dalam perjalanan menuju ke madina dari mekah,untanya ditusuk dengan linggis sehingga unta itu meronta-ronta lalu jatuhlah Saidatina Zainab r.anha.Pada saat itu,beliau yang sedang hamil tela mengalami keguguran.Rasulullah s.a.w menjatuhkan hukuman mati keatas kezaliman Habbar bin al-Aswad.Namun,dia telah meminta keampunan lalu Rasulullah s.a.w berkenan dan mengkabulkan permintaanya.
  11. Wahsyi bin Harb;Seorang yang bertangungjawab besar diatas pembunuhan Saidina Hamzah r.a dalam perang uhud.Saidina Hamzah r.a adalah bapa saudara Rasulullah s.a.w.Setelah pembunuhan kejam itu,dia menjadi takut lalu melarikan diri dari mekah ke taif.Ia telah memohon ampun kepada Rasulullah s.a.w dan masuk islam.Dia juga turut ikut dalam pertempuran dengan nabi palsu iaitu Musailamah pada masa khalifah Saidina Abu Bakar r.a, dan memancung Musailamah dengan senjata yang sama dia gunakan sewaktu membunuh Saidina Hamzah r.a.
  12. Ka'b bin Zubair;Adalah pujangga terkenal yang sering menperolok-olokan Rasulullah s.a.w dengan puisi ciptaanya.Ia pergi dari mekah ketika pembebasan mekah dan ia dijatuhkan hukuman mati.Namun,ia kemudian ke madina dan memohon keampunan dari Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w mengampuninya dan memberikan dia hadiah berupa selembar kain.
  13. Harits bin Talatil;Juga seorang pujangga.Dijatuhi hukuman mati.Saidina Ali r.a telah melaksanakan hukuman itu.
  14. Abdulah bin Zib'ari;Juga seorang pujangga.Ketika ia dijatuhi hukuman mati,ia sempat melarikan diri ke najran.Namun,kemudian ia memohon ampun kepada Rasulullah s.a.w dan baginda s.a.w menerima permohonanya.
  15. Hubairah bin Abi Wahab Makhzumi;Termasuk seorang pujangga.Melarikan diri ke najran.Hingga kematianya,tetap memberontak.
  16. Hindi binti Uthbah;Isteri kepada Abu Sufyan.Pada pertempuran Uhud,ia mengikut sesetengah riwayat bertindak kejam dengan mencabut jantung Saidina Hamzah r.a yang telah dibunuh oleh Wasyi lalu mengunyahnya.Ia turut dikenakan hukuman mati.Namun sempat memohon keampunan kepada Rasulullah s.a.w dan seterusnya masuk islam.
  17. Orang ke-17 ini sempat melarikan diri.Namun meninggal dalam usia senja.(Alangkah bagus jika dia meminta keampunan dari Rasulullah s.a.w).
Dan rentetan kisah-kisah serta penceritaan perjalanan perjanjian hudaibiyah akan saya sambung dalam bahagian III
Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/16/2016 04:40:00 AM Rating: 5

No comments