Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg I - wannursyarifah

Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg I

Kisah Fathul Mekah atau Pembebasan Kota Mekah 


adalah salah satu peristiwa sejarat islam yang terbesar pernah berlaku suatu masa lalu.Kesan peristiwa itu masih terkesan hingga kita.Fathul Mekah merupakan salah satu contoh bagaimana kuatnya kebatilan yang cuba dikukuhkan,namun akan dipatahkan dengan haq yang sebenar-benarnya.

Bahagian I

Didalam perjanjian Hudaibiyah pada 6 hijrah yang membawa pembebasan kota mekah pada tahun-tahun berikutnya.Para sahabat sangat berat hati menerima perjanjian itu,namun,disebalik perjanjian hudaibiyah itu,yang pada asalnya digunakan oleh puak kafir Quraish yang cuba membuat tipu helah dan mengambil kesempatan dengan perjanian itu,Allah s.w.t telah membalas tipu daya mereka dengan terjadinya pembukaan kota mekah.
Kaabah tahun 1850
Allah s.w.t telah mengagalkan perancangan mereka disebalik rancangan jahat mereka,yang dilihat pada awal peringkat peristiwa ini,kelihatan seolah-olah mereka itu berjaya mendapatkan manfaat keatas perjanjian ini.Namun,mereka tidak ketahui bahawa,Allah s.w.t mempunyai perancangan yang lebih rapi,sedang mereka tidak ketahui.

Disebalik usaha-usaha jahat mereka itu,sebenarnya membawa kepada peristiwa pembebasan kota mekah yang gemilang.Mereka yang menandatangani perjanjian,dan mereka jugalah yang mengkianatinya,lalu mereka dihukum hingga Allah s.w.t memberikan kota mekah kepada muslimin di masa itu.

Perjanjian yang dimenterai pada 6 Hijrah itu sekaligus membawa kepada Fathul Mekah iaitu pembebasan kota mekah pada tahun 8 Hijrah.Dengan terbebasnya kota mekah dari kaum kafir Quraish,maka kota mekah dapat dibersihkan dari kesyirikan dan lambang-lambang tauhut kepada kesucian dan kota lambang cahaya keimanan yang mengkhususkan tauhid semata-mata hingga ke hari ini.

Awal peringkat perjanjian Hudaibiyah

Pada awal peringkat termenterainya perjanjian hudaibiyah ini yang matlamatnya adalah perjanjian damai (sulhu atau nama lainnya seperti shulh sulah Hudaibiyah) diantara kedua belah pihak diantaranya kaum muslimin dan kaum musyrikin mekah pada Zulkaedah 628 Hijrah.

Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
Antara manfaat bagi perjanjian ini adalah kedua-dua pihak dapat membuat genjatan senjata dimana tidak ada peperangan selama isi kandungan dijaga dan dipatuhi.

1.Genjatan Senjata Selama Tempoh 10 Tahun:
  • Dalam genjatan senjata ini,mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan             sebarang peperangan sepanjang tempoh 10 tahun termasuklah tidak boleh ada             permusuhan bagi mereka.

2.Musyikin Mekah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik:

  • Sesiapa di antara orang musyrikkin Quraisy yang menganuti agama islam tanpa               izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya,hendaklah dikembalikan kepada kaum           keluarnganya atau kembali kepada agama asalnya.  

3.Orang Islam Yang Berpihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik:

  • Pihak Musyrikin tidak perlu memulangkan semua jika terdapat dikalangan umat             islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.

4.Suku atau Kabilah Arab Bebas Menyokong Islam atau Musyrikin:
  • Setiap orang tahu bahawa kabilah bebas untuk menyokong sama ada  kaum                    Musyrikin atau Menyokong kaum Muslimin (Pihak Islam).
5.Ibadah Umrah Boleh Dilaksanakan Pada Tahun Berikutnya:
  • Ibadah Umrah bagi umat islam pada tahun itu (628masihi/6hijrah) di tangguhkan ke tahun hadapan dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di mekah tidak lebih dari 3 hari.

Isi kandungan ini mungkin kelihatan agak berat sebelah dan lihat tidak memberikan hasil yang baik kepada pihak islam,namun Rasulullah s.a.w mempunyai daya fikir masa depan yang baik.Selama 10 tahun itu,tidak sampai tempoh itu pun,kaum musyrikin Quraisy telah ada yang mengkianati isi kandunganya,iaitu tidak boleh mengangkat senjata.

Isi kandungan ini memberikan kesempatan kepada beberapa tokoh arab Quraisy yang penting,dimana nama-nama seperti Khalid al-Walid,Amr bin al-As,Uthman bin Talhah telah masuk kedalam islam semasa perjanjian hudaibiyah berjalan.Malahan,jejak mereka diikuti oleh segelintir yang lain pula untuk menganut islam tanpa risau lagi ekoran adanya perjanjian genjatan senjata dilakukan.

Ini sekaligus memberikan manfaat didalam yang tersirat disebalik yang tersurat pada perjanjian berat sebelah seperti ini,namun yang tersiratnya adalah,ada diantara tokoh-tokoh arab Quraisy dan penduduk arab Quraisy sudah lama menanti-nantikan peluang sebegini,inilah masa yang tepat bagi mereka untuk memeluk islam tanpa ada lagi sebarang penyeksaan seperti awal kedatangan islam di mekah dulu.

Dan ini juga salah satu sebab mengapa termenterainya perjanjian ini adalah Allah tahu bahawa,ada diantara orang-orang arab Quraisy yang mahu mencari-cari peluang untuk menganuti agama-Nya,maka itu Dia menciptakan satu bentuk perjalanan sebegini agar ada kesempatan dan ruang buat mereka yang memikirkan soal keselamatan adalah faktor utama mereka masih tidak dapat memeluk agama islam.Dan pada masa sama juga,ini adalah salah satu perancangan-Nya yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa yang membawa kepada pembebasan kota mekah tanpa adanya peperangan dan pertumpahan darah.Ini sekaligus membuktikan bahawa,perancangan Allah sangat halus dan sangat cantik,dalam masa yang sangat singkat (tidak perlu menjangakau 10 tahun) sudah dapat menakluki mekah tanpa ada apa-apa pertempuran pun.

Dan kita boleh bandingkan dengan perancang kita sebagai manusia,tidak ada yang sempurna seperti apa yang telah Dia aturkan dan rancangankan perjalanan itu.Masanya boleh jadi panjang,boleh jadi seringkas cuma,bahkan sekilas pandang sahaja.Ia adalah satu isyarat bagaimana Allah memberikan kemenangan kepada mereka yang telah mengikrakan janji taat setia dibawah satu pohon samrah.Janji taat setia ini diberi nama "Bai'atur-Ridhwan" sesuatu perjanjian taat yang Allah redha kepada mereka yang mengikat janji tersebut.

Perjanjian taat setia ini dicatitkan didalam al-Quran surah al-Fath ayat 18 seperti berikut:



Dalam peristiwa perjanjian hudaibiyah ini,banyak menguji kesabaran dan keimanan orang-orang muslimin disamping pimpinan Rasulullah s.a.w yang unggul.Namun,terdapat pada peringkat awal perjanjian ini,kaum muslimin seolah-olah tidak dapat menerimanya.

Tak hairan bila perjanjian ini sangat mengecewakan sebahagian kaum Muslimin.Malahan juga Saidina Umar bin Khattab r.a sempat membantah isi perjanjian ini. Ketika Rasulullah s.a.w  memerintahkan umatnya untuk menyembelih haiwan Qorban yang telah mereka siapkan sebagai tanda berakhirnya ibadah Haji, tidak ada satu pun yang bersegera mematuhinya, mungkin kerana bingung atau membantah kepada Rasulullah s.a.w.

Namun,mereka tidak bermaksud untuk tidak membenarkan Rasulullah s.a.w,cuma mereka masih dalam suatu keadaan yang sedikit tidak dapat melihat apa yang bakal dicapai hasil perjanjian itu,maka kerana itulah mereka kelihatan seolah membantah atau tidak menyetujuinya.Walaubagaimanapu,kaum muslimin melalui hari-hari seperti biasa yang kadang kala selang-selikan dengan tuntutan hudaibiyah ini iaitu mereka yang ke madinah dan menganuti agama islam perlu di kembalikan semula ke mekah.Jadi waktu itu ada hari-hari yang tidak memihak kepada kaum muslimin,akan tetapi apabila hari demi hari berlangsung,maka berlakulah perlanggaran perjanjian hudaibiyah di pihak kaum Bani Bakar yang berpihak kepada kaum Quraisy.Maka 

Perlanggaran Perjanjian Hudaibiyah


Berlaku perisitwa dimana Bani Bakar yang bersekutu dengan kaum Quraisy telah melakukan serangan terhadap Bani Khuza'ah yang berpihak kepada kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.

Kaum Bani Bakar ketika itu telah menyerang dan memusnahkan desa bani Khuza'ah.Keadaan ini semakin meruncing apabila suku Quraisy turut membantu aktiviti serangan tersebut dengan membekalkan senjata dan beberapa orangnya membantu bani Bakar menyerang bani Khuza'ah.Beberapa orang diantaranya adalah Shafwan bin Umayyah,Huwaithib bin Abdul Abdul Izzi,dan juga Makraz bin Hafsh.

Ekoran peristiwa perlanggaran perjanjian itu,Bani Khuza'ah segera menyatakan hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w.Apabila peristiwa itu didalam pengetahuan Rasulullah s.a.w,baginda s.a.w pun segera meminta kaum muslimin melakukan persiapan untuk menakluki kota Mekah.

Persiapan kaum muslimin itu diketahui pula oleh kaum Quraisy,mereka menjadi takut dan bimbang tentang persiapan kaum muslimin untuk menakluk kota mekah.

Namun,Rasulullah s.a.w mengutuskan kepada mereka 1 dari 3 pilihan yang boleh mereka pertimbangkan untuk membuat keputusan murtamad:

  • Kaum Quraisy mesti membayar diyat (denda) kepada suku khuza'ah yang terbunuh.
  • Kaum Quraisy memutuskan persekutuan dengan Bani Bakar (Memutuskan hubungan bersekutu dengan Bani Bakar).
  • Kaum Quraisy membatalkan perjanjian hudaibiyah dan peperangan boleh berlaku.

Kaum Quraisy dilihat tidak berfikir lama,dan mengambil keputusan yang sangat mengejutkan dimana mereka telah membatalkan perjanjian hudaibiyah.Ini membawa kepada persiapan ketenteraan oleh kaum Muslimin yang membuatkan kaum Quraisy merasa sangat menyesal kerana terburu-buru.

Lantas menyedari kesilapan mereka dalam membuat keputusan dan tindakan yang agak terlanjur,mereka mengutuskan  Abu Sufyan ke Pusat pemerintahan kaum muslimin di madina dengan harapan agar dapat dihidupkan kembali perjanjian hudaibiyah yang telah mereka batalkan itu.

Usaha-usaha kaum Quraisy yang diwakili oleh Abu Sufyan ke madina tidak membuatkan hasil.Namun Rasulullah s.a.w menolak dan tidak menerima hasrat kedatanganya untuk menghidupkan kembali perjanjian tersebut.


Terbatalnya Perjanjian Hudaibiyah


Ketika terbatalnya perjanjian hudaibiyah ini,Persiapan-persiapan untuk berangkat ke Mekah segera dilakukan, tetapi persiapan itu masih dirahsiakan. Tetapi salah seorang sahabat bernama Hatib bin Balta’ah menulis surat kepada kaum kafir Quraisy, ia memberitahukan segala sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Ia mengirimkan surat tersebut melalui seorang wanita. Perbuatan Hatib ini akhirnya diketahui juga oleh Rasulullah s.a.w.Lalu baginda s.a.w segera mengutus Ali bin Abi Thalib  r.a dan Zubair bin Awwam r.a untuk mengambil kembali surat tersebut. Akhirnya surat tersebut berjaya diambil sebelum dapat sampai ke mekah.

Pada bulan Ramadhan tahun 8 H, Kaum muslimin telah  mengumpulkan 10,000 tentera.  Menjelang Fathul Mekah pemimpin Quraisy iaitu Abu Sufyan menyatakan diri memeluk Islam. Sebagai penghormatan pada peristiwa Fathul Mekah Rasulullah s.a.w bersabda:"Barang siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, ia akan aman, barang siapa yang menutup pintu rumahnya ia akan aman, dan barang siapa yang memasuki Masjidil Haram ia akan aman”.


Fathul Mekah (Pembebasan Kota Mekah)


Pada 10 Ramadan 8 hijrah (630 Masihi),Rasulullah s.a.w mengerakan pasukan muslimin dari madina menuju mekah.Seterusnya menguasai kota mekah dengan menyeluruh tanpa berlaku pertumpahan darah.

Rasulullah s.a.w beristirehat di Marr adz-Dzahran,di sana jugalah Abu Sufyan menyatakan hasrat untuk masuk islam.Dan dalam pada itu,Rasulullah s.a.w telah menjadikan bahawa rumah Abu Sufyan sebagai salah satu tempat yang penduduk mekah boleh mendapatkan pelindungan selain dari Masjidil Haram.


ketika sampai di Dzu Thuwa,Rasulullah s.a.w,Rasulullah s.a.w telah membahagikan pasukan islam kepada beberapa bahagian,antaranya:

Pasukan pimpinan Khalid bin Walid.
  • Beliau diberikan tugas agar memasuki mekah dari bawah.
 Pasukan pimpinan Zubair bin Awwam
  • Ditugaskan memimpin pasukan islam memasuki mekah menerusi bahagian atas bukit kada dan menegakkan bendera di al-Hajun.
Pasukan pimpinan Abu Ubaidah bin al-Jarrah
  • Tugas beliau adalah memimpin pasukan muslimin memasuki mekah dari tengah-tengah lembah menuju mekah.
Ketika Rasulullah s.a.w memasuki kota mekah,ada segolongan kaum Quraisy yang dipimpin oleh Shafwan bin Umayyah,Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amr mengadakan pertembungan.Bagi menghadapi ancaman ketiga-tiga pasukan Quraisy tersebut,Rasulullah s.a.w mengutuskan Khalid bin Walid bagi memimpim pasukan islam berhadapan dengan pasukan tersebut.Akhirnya pasukan Quraisy tersebut tidak dapat menandingi pasukan Khalid bin Walid lalu berundurlah mereka.
Dari al-Hajun,Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil Haram dengan dikelilingi oleh kaum Muhajirin dan Anshar.Setelah tawaf mengelilingi kaabah,Rasulullah s.a.w pun memulakan kerja-kerja menghancurkan berhala-berhala di sekeliling kaabah  yang berjumlah 360 kesemuanya dan membersihkan kaabah dari kota kesyirikan jahiliah.
Sesudah pembersihan kaabah,maka Setelah itu Rasulullah s.a.w membacakan surah al-Isra’ ayat 81 yang berbunyi : 
“Kebenaran sudah datang dan yang batil telah lenyap. Sungguh yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”. (Al-Isra:81).
Rasulullah s.a.w juga sama sekali tidak merasa dendam terhadap penduduk mekah. Sebaliknya Rasulullah s.a.w memaafkan seluruh kesalahan penduduk Mekah pada masa lalu.
Kaum muslimin sangat bersyukur atas kemenangan yang diraih kaum muslimin. Rasulullah s.a.w. segera memasuki Masjidil Haram, serta menghancurkan berhala-berhala yang ada disekeliling ka’bah yang berjumlah 360 berhala.
Namun,terdapat hukuman mati yang dijatuhkan kepada 17 orang mekah atas kejahatan mereka terhadap orang muslim.Didalam senarai 17 orang tersebut,ada diantaranya ada yang membuat tuntutan pengampunan lalu diberikan pengampunan kepada mereka serta diberi kemaafan.

5 daripada 17 individu terbabit dijatuhkan hukuman mati (mereka juga tidak membuat tuntutan pengampunan untuk diri mereka,lalu dijatuhkan keatas mereka).Seorang darinya melarikan diri meninggal dalam usia senja.


Ibnu Hisyam dan beberapa pakar biografi Rasulullah s.a.w menuliskan tentang 17 orang tersebut seperti berikut.... 

Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg II






Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg I Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg I Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/16/2016 02:54:00 AM Rating: 5

No comments