Budak Kecil Jadi Imam - wannursyarifah

Budak Kecil Jadi Imam

Kanak-kanak Lelaki Jadi Imam Solat

Kami akan kongsikan kemuskilan ini.Ialah,ini sudah tentu sekali memberikan banyak persoalan.Lebih-lebih lagi ianya adalah solat fadhu dan bukan solat sunat.Jika solat sunat,bagaimana?..marilah kita mengambil sedikit panduan hasil perkongsian dari beberapa laman lain yang tersedia menyatakan perkara ini.

SAH SOLAT BERIMANKAN KANAK-KANAK LELAKI ?

Dari hasil pembacaan saya,maka sah atau tidak solat itu kita perlu lihat keadaan atau status kanak-kanak itu sendiri.Jika telah cukup mumaiyyiz yakni dalam 7 tahun atau lebih,maka sah lah di samping kita melihat (mendengar bacaan) bacaannya adalah benar dan betul serta layak di jadikan imam bagi solat fadhu.Bagi kanak-kanak lelaki yang sudah biasa dibesarkan dikalangan orang-orang yang cukup baik (punyai ilmu agama dan hukum yang luas),ia sudah tentu tidak punyai masalah untuk mempersiapkan dirinya atau didikan yang baik dalam hal keagamaan yang mana dirinya sudah seringkali diberikan pengetahuan yang membolehkan ia layak menjadi imam bagi jemaah di solat fadhu.

Untuk memastikan bahawa kanak-kanak lelaki yang mumaiyyiz  yakni dalam lingkungan 7 tahun keatas,yang paling layak menentukannya adalah yang paling hampir dengan kanak-kanak lelaki itu (ibu bapa atau penjaga) kerana mereka tahu kedudukan (ilmu pengetahuan) yang ada anaknya.Jadi samaada ibu bapa itu merasakan bahawa anaknya itu mampu (cukup syarat),maka ia membenarkan.


Dan keduanya mereka yang layak menilainya adalah dikalangan para ahli alim ulama,juga anak-anak buahnya (yang diakui oleh gurunya),juga dikalangan para ilmuwan dalam hal hukum-hukum islam (seperti majlis fatwa) yang menjadi tempat rujukan akan sesuatu permasalah umat islam.





Nota:Penulis Asal Syarifah Amiera
Rujukkan:Berjemaah Dengan Anak Yang Belum Akil Baligh
Budak kecik nie comel jew,rasa nak buat menantu pula ^_^
Tengoklah dia solat ! Kecomelan apakah ini ?!

Budak Kecil Jadi Imam Budak Kecil Jadi Imam Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/29/2016 10:08:00 AM Rating: 5

No comments