Bilakah Hari Kiamat Berlaku ? - wannursyarifah

Bilakah Hari Kiamat Berlaku ?

Jibril a.s malaikat yang menyerupai manusia datang dalam satu majlis ilmu agama dizaman Rasulullah s.a.w.

Pada ketika itu,Rasulullah s.a.w duduk bersama dengan beberapa orang para sahabat dan mengajarkan tentang ilmu-ilmu agama dunia dan akhirat.
Diwaktu itu,Jibril a.s datang dengan pakaian yang putih,dengan rambutnya hitam cantik berseri,pakaian yang bersih,orang-orang disitu hairan,tidak pernah melihat orang ini.Jika pun orang yang asing itu datang dari jauh,tentulah pakaianya turut berdebu atau ada kesan debu-debu,akan tetapi pakaianya indah dan bersih pula.Namun mereka cuma memehatikan sahaja gelagat orang yang asing tersebut.
bilakah hari kiamat ?
Mereka di dalam majlis itu tidak mengetahui,yang orang pada perlihatan mereka itu adalah malaikat Jibril a.s yang menyamar sebagai manusia.Datang untuk memberikan ilmu dari Allah s.w.t kepada hadirin majlis itu,dan kepada seluruh umat manusia menerusi baginda s.a.w ketika itu.Dengan ilmu tersebut,maka pengembanganya sampai ke hari ini,dan hinggalah ke hari kiamat.wallahualam (selagi mana tidak diangkatnya ilmu tersebut,inn sya Allah akan sampai ilmu yang diajarkan oleh malaikat Jibril a.s itu kepada kita semua).


Jibril a.s bertanya,"Ceritakanlah pada saya tentang hari kiamat.Bilakah akan berlaku ?"


Nabi Muhammad s.a.w menjawab pertanyaan malaikat Jibril a.s,"Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang ditanya."


Selanjutnya Jibril a.s bertanya lagi,"Berilah (beritahulah) saya tanda-tandanya."


Lalu Nabi Muhammad s.a.w menjawab,"Apabila seorang hamba melahirkan tuanya dan apabila kamu melihat orang bertelanjang kakinya dan dadanya,miskin lalu mengadu domba dan masing-masing kemudianya berlumba-lumba membina bangunan tinggi."


Saidina Umar bin Khattab yang meriwayatkan hadist ini berkata,orang itu berlalu pergi dan Nabi Muhammad s.a.w pun terdiam seketika.Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bertanya,"Saudara tahu siapa yang bertanya itu ?"



Saidina Umar r.a berkata,"Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui."


Rasulullah s.a.w kemudian memberitahu,"Beliau adalah Jibril yang datang mengajar agama kepada saudara semua."(Direkodkan oleh Muslim)


Dalam mencari jawapan bilakah hari kiamat akan berlaku,sebenarnya tidak sesiapa mengetahui bilakah ianya akan berlaku secara tepat.Melainkan Allah s.w.t menyertakan tanda kiamt itu menerusi tanda-tandanya.

Ilmu tentang hari kiamat sengaja Allah sembunyikan dari pengetahuan makhluk-Nya,namun Allah tidak menyembunyikan secara mutlak,melainkan dengan memberikan tanda-tanda-Nya.

Sebagai contoh,tidak akan berlaku kiamat hingga berlaku sekian-sekian,tidak berlaku kiamat hingga matahari naik di barat,tidak berlaku kiamat hingga al-Quran diangkat,tidak berlaku kiamat hingga keluarnya dajjal dan beberapa tanda kecil (tanda yang dah berlalu) dan tanda menyusul serta di ambang pintu (kiamat besar).Satu lagi kiamat kecil yang sering dilupai oleh kita adalah kematian.Itulah antara contoh-contoh tentang bila hari kiamat akan berlaku.

Bila lengkap tanda-tanda ini,maka tidak ada lagi tanda-tanda selain dari apa yang Rasulullah s.a.w sampaikan yang mesti di tunggu ini,di renungi,diambil pelajaran lagi melainkan kiamat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sesudah habis tanda kiamat tersebut.

Kesemua tanda kiamat tersebut tidak lain adalah agar kita bersiap sebelum datang hari yang berat,iaitu hari yang terbukanya kitab amal kita kelak.Wallahualam.

Tapi kita harus berhati-hati dengan tanda ini,tanda dimana jika belum beriman apabila berlaku tanda ini maka baru ingin beriman dan beramal soleh,maka ia tertolak dengan sendirinya.Saat sakratulmaut,terbit matahari dibarat,keluarnya dajjal.
Bilakah Hari Kiamat Berlaku ? Bilakah Hari Kiamat Berlaku ? Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 2/02/2016 08:11:00 PM Rating: 5

No comments