Cara Membayar Dam Takhyir Taqdir

Assalamualakum warah matullahi wa barakatuh
Cara Membayar Dam Takhyir Taqdir

Cara membayar Dam Takhyir Taqdir ini khusus bagi jemaah haji yang telah melakukan perkata-perkara seperti yang tersenarai dibawah (senarai ringkat bagi perkara dam takhyir taqdir).


Takhyir membawa maksud seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang diwajibkan. Takdir pula merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh syarak. 

Taqdir bermaksud kadar dam yang ditetapkan oleh syarak sebagai barangan yang boleh diganti.





KESALAHAN

  • Memotong kuku
  • Mencukur rambut
  • Memakai wewangian

Denda atau dam yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Menyembelih 1 ekor kambing
 atau
  • Memberi fidyah kepada fakir miskin senilai 1 kambing itu,
 atau

  • Hendaklah berpuasa 10 hari (tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari apabila telah pulang ke keluargannya),

Untuk senarai jenis-jenis Dam atau Denda ketika menunaikan ibadah haji,bolehlah membaca di ruang ini Senarai Dam Haji.

Tentang Dam Takhyir ini merupakan fidyah pilihan dimana jemaah dibenarkan untuk memilih dengan cara seperti apa melakukan fidyahnya.Fidyah ini boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu dengan berpuasa tiga hari, yang kedua adalah dengan memberi makan fakir miskin sebanyak 6 orang, masing-masing mendapatkan setengah sha’ makanan di Negara tersebut. Dan yang terakhir adalah dengan menyembelih kambing, dagingnya dibahagikan kepada fakir miskin di tanah haram.

Sebab-Sebab Dam Fidyah Takhyir Taqdir

Dilakukan kerana jemaah melakukan hal-hal yang tidak diperbolehkan pada saat melaksanakan ihram seperti:
  • Memotong kuku
  • Mencukur rambut
  • Memakai wewangian
  • Memakai penutup kepala
  • Berhubungan badan (Pasangan Suami Isteri) 


sebelum tahallul kedua. Jika salah satu hal tersebut dilakukan maka harus membayar fidyah dengan memilih salah satu dari tiga cara diatas.



Cara Membayar Dam Takhyir Taqdir Cara Membayar Dam Takhyir Taqdir Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 19:07 Rating: 5

No comments