Ramainya Orang Miskin Disyurga

Jika Engkau Kaya dan Banyak Harta,mampukah engkau membeli syurga?
Ramainya Orang Miskin Disyurga kelak adalah berdasarkan beberapa riwayat hadits Rasulullah s.a.w tentang golongan miskin didunia.Mereka adalah orang-orang lemah dan diremehkan oleh golongan lain,namun disisi Allah s.w.t dikurniakan syurga yang penuh kenikmatan.

Dari Haritsah bin Wahb radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ألا أخبركم بأهل الجنة؟ قالوا: بلي، قال: كل ضعيف متضعف، لو أقسم على الله لأبره


“Mahukah kusampaikan kepada kalian tentang ahli syurga?” Para sahabat menjawab. “Tentu.” Beliau bersabda, “Orang-orang yang lemah dan diremehkan. Andaikan orang ini bersumpah atas nama Allah (berdoa), pasti Allah kabulkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam lafaz yang lain pula,terdapat riwayat yang lebih panjang dari hadits diatas seperti:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعِّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ ، أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

“Mahukah kuberitahu pada kalian siapakah ahli syurga itu? Mereka itu adalah setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh para manusia, tetapi jika ia bersumpah atas nama Allah, pastilah Allah mengabulkan apa yang disumpahkannya. Mahukah kuberitahu pada kalian siapakah ahli neraka itu? Mereka itu adalah setiap orang yang keras, kikir dan gemar mengumpulkan harta lagi sombong” (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).


An-Nawawi dalam syarah hadis ini menyatakan:

ومعناه يستضعفه الناس، ويحتقرونه، ويتجبرون عليه، لضعف حاله في الدنيا، والمراد أن أغلب أهل الجنة هؤلاء … وليس المراد الاستيعاب

Makna hadits: “Dia diremehkan masyarakat, dianggap hina, suka disuruh-suruh. kerana dia lemah dari sisi dunianya.Maksud hadits ini adalah umumnya penduduk syurga orangnya seperti itu, bukan maksudnya seluruh penduduk syurga.” (Syarh Muslim An-Nawawi, 17:187)

Dari Usamah bin Zaid radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


قمت على باب الجنة، فكان عامة من دخلها المساكين، وأصحاب الجد محبوسون غير أن أصحاب النار قد أمر بهم إلى النار

“Saya pernah berdiri di pintu syurga, ternyata umumnya orang yang memasukinya adalah orang miskin. Sementara orang kaya tertahan dulu (masuk syurga). Hanya saja, penduduk neraka sudah dimasukkan ke dalam neraka.” (HR. Ahmad, Bukhari, dan Muslim)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


اطلعت في الجنة، فرأيت أكثر أهلها الفقراء


“Saya pernah melihat syurga, aku lihat kebanyakan penduduknya adalah orang miskin.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sikap yang tepat terkait hadits di atas adalah mengimani sebagaimana yang disampaikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.Hadits ini tidaklah menunjukkan bahawa orang kaya tidak masuk syurga, namun orang yang kaya tertahan, sebelum orang yang miskin memasukinya.Semakin banyaknya harta,semakin banyaknya yang perlu ditanya atau dihisab,hingga laluan ke syurga agak lewat atau dihukum dengan azab seksa jika dibandingkan golongan yang miskin kerana kurangnya harta untuk ditanya atau dihisab di akhirat.Dan memanglah setiap arah harta itu akan tetap di nilai serta tidak akan sama sekali terlepas daripada diberikan balasan oleh Allah s.w.t.

Berapa lamakah tempoh tersebut ? iaitu jarak waktu disana jika dilihat menerusi hadits berikut adalah setengah hari iaitu bersamaan dengan 500 tahun.Hari di akhirat adalah 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun:


Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُؤْمِنِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ الأَغْنِيَاءِ بِنِصْفِ يَوْمٍ خَمْسِمِائَةِ عَامٍ

“Orang beriman yang miskin akan masuk surga sebelum orang-orang kaya iaitu lebih dulu setengah hari yang sama dengan 500 tahun.” (HR. Ibnu Majah no. 4122 dan Tirmidzi no. 2353. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan)



Hari di akhirat jika melihat kepada ayat 47 dari surah al-Hajj,dimana Allah s.w.t berfirman bahawa:

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ ۚ وَإِنَّ يَوْمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ


Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.(Al-Hajj 22:47



Ibnu Abi Hatim berkata dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Para fuqara’ kaum muslimin (terdahulu) memasuki syurga sebelum orang-orang yang kaya dengan jarak setengah hari yang perhitungannya sama dengan lima ratus tahun.” (HR. At-Tirmidzi dan an-Nasa’i)


Allah s.w.t telah menetapkan hukum-hukum mengenai harta seperti ketetapan halal dan haram.Maka,harta-harta yang halal itu diberikan ganjaran,manakala harta yang bersumber haram,cara yang haram tentulah tidak diredha oleh Allah s.w.t lalu menerima balasan dengan seadil-adilnya tanpa mengurangi sedikitpun salah satu darinya.Setiap orang akan melalui proses ini,ada yang banyak ada yang sedikit bergantung pada usaha mereka sendiri semasa didunia.

Rasulullah SAW bersabda: "Setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk ke dalam neraka, kematian itu dibawa dan diletakkan antara syurga dan neraka, lalu disembelih. Kemudian ada orang yang berteriak: "Hai ahli syurga! Tidak ada lagi kematian. Hai isi neraka! Tidak ada lagi kematian." Kerana itu kegembiraan isi syurga bertambah dari kegembiraan yang telah ada. Sebaliknya isi neraka bertambah kesedihannya dari kesedihan yang telah ada."[Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1757].





Dalam huraian selanjutnya mengenai miskin ini,terdapat hadits disebutkan bahawa Sa’ad menyangka bahawa ia memiliki kelebihan dari sahabat lainnya kerana melimpahnya dunia pada dirinya, lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



هَلْ تُنْصَرُوْنَ وَتُرْزَقُوْنَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ



“Kalian hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian” (HR. Bukhari no. 2896).


Dalam lafazh lain disebutkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّمَا يَنْصُرُ اللهُ هَذَهِ اْلأُمَّةَ بِضَعِيْفِهَا: بِدَعْوَتِهِمْ، وَصَلاَتِهِمْ، وَإِخْلاَصِهِمْ.

“Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab orang-orang lemah mereka di antara mereka, iaitu dengan doa, solat, dan keikhlasan mereka” (HR. An Nasai no. 3178. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih)

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِى تَرُدُّهُ الأُكْلَةُ وَالأُكْلَتَانِ ، وَلَكِنِ الْمِسْكِينُ الَّذِى لَيْسَ لَهُ غِنًى وَيَسْتَحْيِى أَوْ لاَ يَسْأَلُ النَّاسَ إِلْحَافًا

“Namanya miskin bukanlah orang yang tidak menolak satu atau dua suap makanan. Akan tetapi miskin adalah orang yang tidak punya kecukupan, lantas ia pun malu atau tidak meminta dengan cara mendesak” (HR. Bukhari no. 1476).


Secara kesimpulanya bahawa,Allah s.w.t akan menilai dan memberikan hukum setiap apa yang diperolehi dari harta kekayaan sedikit atau banyak,maka hendaklah seseorang memperhatikan dengan lebih berat darimana dan bagaimana hartanya diperolehi begitu juga bagaimana dia menguruskan harta miliknya itu boleh jadi itu juga termasuk dalam amanah Allah s.w.t kepada seseorang untuk menguruskan harta dengan baik.

Dan sesungguhnya,jika ada orang terkaya didunia,Allah s.w.t Maha Kaya,di akhirat dua pilihan,neraka atau syurga.Sesungguhnya,Allah s.w.t tidak menerima emas dan perak mahupun anak-anak sebagai penebus dosa-dosa.





    Kita tidak mengetahui bagaimana rumitnya hari hisab itu,tambahan lagi,yang dihisab itu banyak.Dan jika kita sedari sebenarnya,Allah mahu uji seseorang dengan harta,sedangkan harta yang dimiliki didunia ini bukan milik mutlak,harta sebenarnya milik kita ada tersimpan disyurga yang Allah kurniakan sebagai ganjaran dan rahmat-Nya.Manakala harta dunia ini masih perlu di sucikan dengan mengeluarkan zakat atas sejumlah hak orang lain secara yang ditetapkan Allah s.w.t.Disucikan disini adalah dari sumber yang halal bukan dari sumber yang haram lalu mahu dihalalkan dengan berzakat,itu lebih teruk lagi akan dihisab kelak.Adakah kita cuba menipu Allah dengan cara demikian ? Tidak! sama sekali tidak! sekali lagi tidak!.Allah menciptakan dan mematikan,tidak kah Allah Maha Mengetahui perkara ghaib ? (yang tersembunyi).

    Allahualam.

    Rujukan:
    https://konsultasisyariah.com/12356-penduduk-surga.html
    https://rumaysho.com/10567-keutamaan-orang-miskin.html
    Tafsir Ibnu Katsir
    Ramainya Orang Miskin Disyurga Ramainya Orang Miskin Disyurga Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 14:01 Rating: 5

    No comments