Ngaji Quran: Surah al-Anbiya Ayat 7

Sungguh cepat masa berlalu,kini menjadilah kamu Atuk dan Nenek

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Ertinya;Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

Tafsir:Seperti orang-orang yang mengetahui isi Taurat dan Injil.[1]Dan merujuk kepada tafsir ibnu Katsir juga Maksudnya tanyakanlah kepada ahlul ilmi dari kalangan umat-umat terdahulu;seperti kaum Yahudi dan kaum Nasrani dan semua pemeluk agama terdahulu; apakah rasul-rasul yang datang kepada mereka itu manusia atau malaikat? Jawaban mereka tentu saja tiada lain adalah manusia. Hal ini merupakan nikmat Allah S.w.t yang sempurna kepada makhluk-Nya, kerana Dia mengutus rasul-rasul-Nya kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, sehingga para rasul itu dapat menyampaikan kepada mereka dan mereka dapat menerima dari para rasul.[2] 

Rujukan:
[1]Tafsir Quran
[2]Tafsir ibnu Katsir
Ngaji Quran: Surah al-Anbiya Ayat 7 Ngaji Quran: Surah al-Anbiya Ayat 7 Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 21:32 Rating: 5

No comments