Raikan Lebaran Aidilfitri 1437H

Raikan Lebaran Aidilfitri 1437H



Raikan Lebaran Aidilfitri 1437H

Alhamdulillah,maka setelah mengharungi ramadhan,suka duka,hingga ada yang demam,sakit,dan ada juga yang nyaris-nyaris demam,namun tetap meneruskan ibadat yang wajib dibulan ramadhan selama sebulan penuh.

Kita akan keluar dari bulan ramadhan ini dengan disusuli hari kemenangan di bulan syawal.Sebagai suatu hari untuk umat islam meraihkan bersama-sama dengan keluarga dan sesama umat islam yang lain.

Namun,kita berharap,agar amal kita sepanjang pejuangan suka duka dibulan ramadhan diterima oleh Allah s.w.t.Dan andai kata kita mengetahui satu amal yang diterima oleh Allah,pasti kita tidak dapat menahan rasa.Tentu,tentu kita akan lakukanya secara berterusan sepanjang masa.Namun kita tidak dapat mengetahuinya,andai kita mengetahui,mungkinkah kita akan membuat kenduri memberi makan kepada seluruh penduduk kampung ?

Misalnya,andai kata,zikir kita dengan menyebut Subhanallah katakanlah seribu kali sehari,kita lakukan seribu kali sehari,atau ucapan lain misalnya alhamdulillah seribu kali juga,sekarang ini,andai kata kita mengetahui satu ucapan kita dari kalimat-kalimat itu diterima oleh Allah dari seribu kali itu,sebenarnya satu ucapan yang diterima itu lebih baik lagi,kerana Allah s.w.t menerimanya.Itu menunjukkan Allah s.w.t menerima amal kita walaupun satu ucapan,pasti kita merasa sangat gembira tidak terhingga.

Dan,tentulah kita akan berfikir semula,yang 999 ucapan lagi itu kenapa boleh tidak diterima.Dan hakikatnya,kita tidak mengetahuinya.

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ
Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.” 
(Surah Al-Mu’minun: 60)
‘Aisyah r.anha mengatakan,
يَا رَسُولَ اللَّهِ (وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ) أَهُوَ الرَّجُلُ الَّذِى يَزْنِى وَيَسْرِقُ وَيَشْرَبُ الْخَمْرَ قَالَ « لاَ يَا بِنْتَ أَبِى بَكْرٍ – أَوْ يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ – وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ يَصُومُ وَيَتَصَدَّقُ وَيُصَلِّى وَهُوَ يَخَافُ أَنْ لاَ يُتَقَبَّلَ مِنْهُ ».
“Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dalam ayat “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut”, adalah orang yang berzina, mencuri dan meminum khomr?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas menjawab, “Wahai putri Ash Shidiq (maksudnya Abu Bakr Ash Shidiq)! Yang dimaksud dalam ayat tersebut bukanlah seperti itu. Bahkan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah orang yang yang berpuasa, yang bersedekah dan yang solat, namun ia khuatir amalannya tidak diterima.HR. Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan oleh Al Hakim dan disetujui oleh Adz Dzahabi.
Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
Maka dihari yang mulia,hari kemenangan ini,saya mengucapkan semoga Allah s.w.t menerima amalan kita.Moga-moga diterimalah,tidak banyak satu dari 30 hari itu sudah cukup mengembirakan hati,maka,hari kemenangan ini adalah waktu untuk bergembira,dan masing-masing mengucapkan perkara yang diharap-harapkan Allah menerima penat lelah kita beribadah dibulan ramadhan.
Dan apa yang baik dibulan ramadhan itu,teruskan,istiqomah,dan Allah s.w.t sukakan perkara yang sedikit namun terus menerus.
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu
Taqabbalullah Minna Waminka
Selamat Menyambut hari raya adilfitri kepada seluruh umat islam,maaf zahir dan batin

Raikan Lebaran Aidilfitri 1437H Raikan Lebaran Aidilfitri 1437H Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 22:35 Rating: 5

No comments