Memperbanyakan 4 Perkara Dibulan Ramadhan

Memperbanyakan 4 Perkara Dibulan Ramadhan 


Memperbanyakan 4 Perkara Dibulan Ramadhan

Ahlan wa Sahlan Yaa Ramadhan


Terlebih dahulu hendaklah kita menzahirkan lafaz kalimat Alhamdulillah kerana Allah s.w.t telah menyampaikan kita (mengurniakan) kita hamba-Nya ini bulan yang mulia bulan yang berkat yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain melainkan ada dalam bulan ramadhan al-Mubarak.




Dan sesuai juga dengan bulan ramadhan bulan ibadah,maka kita tidak dapat lari dari berhajat akan syurga milik Allah s.w.t,dan memohon dari terhindarnya azab api neraka.

Kita perlukan syurga sebagai suatu tempat tinggal diakhirat kelak.Hanya ada dua tempat sahaja di akhirat untuk kita,syurga atau neraka.Tidak boleh tidak kita amat memelurkan syurga-Nya itulah tempat tinggal sebaik-baiknya.Jadi kita memohon agar dikurniakan tempat tinggal didalam SYURGA Allah.

  • Memperbanyakan melafazkan syahadah لا اله إلا الله
  • Memperbanyak istigfar kepada Allah s.w.t
  • Memohon syurga-Nya
  • Berlindung kepada-Nya dari api neraka

Kitab sahih ibnu khuzaimah

Di dalam sebuah hadits diriwayatkan oleh Sayyidina Salman رضي الله عنه , 4 perkara yang dianjurkan untuk diamalkan di dalam bulan Ramadhan:

وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ، وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهُمَا، فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ: فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا اللَّتَانِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهمَا : فَتُسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ، وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النَّارِ

Ertinya: Dan perbanyaklah padanya daripada empat hal (perkara), yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki). Dua hal yang pertama adalah syahadat bahawa tiada Tuhan selain Allah (لا اله إلا الله), dan yang kedua adalah kalian beristighfar kepadaNya. Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padaNya daripada api neraka.(Hadits riwayat Ibn Khuzaimah didalam Shahihnya; al-Baihaqi didalam Syu’abul Iman dan Fadhail al-Auqaat; Ibn Abi Dunya di dalam kitab Fadhail Syahr Ramadhan;Ibn Syahin di dalam kitab Fadhail Syahr Ramadhan, Ibn Hibban;al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Mathalibul ‘Aliyah, kitab puasa, bab kelebihan bulan Ramadhan).

Maka para ulama menyimpulkannya dengan doa dan dikir yang elok dibaca oleh mereka yang berpuasa terutamanya menjelang waktu berbuka puasa, dan boleh juga setiap kali selepas solat waktu ataupun bila-bila masa yang disukai iaitu:

Kalau dibaca bersendirian:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أّسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ – ٣X
اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّيْ يَا كَرِيْمُ

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon kepadamu (ya Allah) akan syurga dan aku berlindung denganMu (ya Allah) daripada api neraka. (3x) Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka permohonan maaf, maka maafkanlah daripada aku, wahai Yang Maha Pemurah.

Kalau dibaca beramai-ramai:

نَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، نَسْتَغْفِرُ اللهَ، نَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنَ النَّارِ – ٣X
اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا يَا كَرِيْمُ

Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, kami memohon ampun kepada Allah, kami memohon kepadamu (ya Allah) akan syurga dan kami berlindung denganMu (ya Allah) daripada api neraka. (3x) Ya Allah ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka permohonan maaf, maka maafkanlah daripada kami kami, wahai Yang Maha Pemurah.

Bacaan dhikir/doa tersebut ada disebutkan di dalam kitab Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad’iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur karya al-‘Allamah asy-Syeikh ‘AbdulHamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘AbdulQaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie.

Rujukan:
http://pembahasan-agama.blogspot.my/2011_08_21_archive.html
Memperbanyakan 4 Perkara Dibulan Ramadhan Memperbanyakan 4 Perkara Dibulan Ramadhan Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 10:10 Rating: 5

No comments