Masjidil Haram Dan Kaabah حرام والكعبة المشرفة

Masjidil Haram Dan Kaabah 

حرام والكعبة المشرفة

Masjidil Haram Dan Kaabah حرام والكعبة المشرفة
Foto-foto didalam masjidil haram di Mekah al-Mukarramah.

Rindu tak nak pergi melihat kaabah lagi ? tentu rindukan.Yang tidak pernah pergi terasa ingin pergi.Manakala yang dah pergi pun masih mahu pergi disebabkan rindu dihati.



Masjidil Haram Dan Kaabah حرام والكعبة المشرفة
Oleh kerana rindu,maka saya kongsikan foto-foto sekeping dua keadaan di dalam masjidil haram.Nampak agak lengankan ?
Sekarang bukan musim haji lagi,walaubagaimanapun,tetamu Allah tidak pernah-pernah putus yang hadir.Allah s.w.t senangtiasa menerima tetamu-tetamu dari hamba-Nya.Allah tidak jemu-jemu pun dengan 

hamba-Nya.Senangtiasa ada ruang dan waktu selagi mana kita mampu.

Sebenarnya,melihat kaabah kita akan memperolehi ganjaran pahala.Saya percaya,kita dah ada perancangan untuk berumrah dan menunaikan haji di mekah sama ada dalam waktu terdekat ini,ataupun dalam waktu jangka masa panjang akan datang.Ialah,kalau semua dapat pergi serentak,maka sesaklah keadaan disana.

Maka itu,Allah sudah ada jadual perancangan-Nya.Setiap hamba-Nya ada ditetapkan waktu masing-masing.inn syaAllah,niat kita tu pasti akan tertunai juga.Istiqomah selalu.


Suka Melihat Tetamu Allah 

Saya suka melihat tetamu-tetamu Allah datang.Jika Allah suka,mengapa saya tidak ? paling suka mereka bertawaf,buat tawaf 7 pusing.Kemudian suka melihat mereka (paling seronok bulan ramadhan),waktu itu masjidil haram penuh hingga ke jalanan orang-orang membentangkan sejadah untuk solat tarawih.Penuh sepenuhnya.Melihat saf-saf hitam putih.Sangat indah.Lebih indah dari 1000 bintang dilangit.

Ganjaran solat di masjidil haram sangat besar.Selain masjidil haram,masjid nabi s.a.w serta masjid al-Aqsa di palestin.

Foto-Ukhtie Aisyah Ismael
Masjidil Haram Dan Kaabah حرام والكعبة المشرفة Masjidil Haram Dan Kaabah حرام والكعبة المشرفة Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 23:33 Rating: 5

No comments