Tasik Galilee Yang Akan Kering

TASIK GALIE


Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah

binti Qais dalam al-Fitan menyebut :


“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke

masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas
mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang
bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

TASIK GALIE kering tanda keluarnya dajjalKemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang
pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu
bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan
masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal.
Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah
samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa
berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau
menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk
menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka
pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang
sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah
melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke
tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari
lututnya sampai ke telapak kakinya.
Mereka bertanya: “Siapakah anda?”
Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah
mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula
ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa
Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu
bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami
tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya
apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini
untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan
soalan: “ Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat
di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”
Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata:
“ Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya
tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi
Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab:
“Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka
ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai
pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat
kepadanya.”
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-
Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini.
Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan
Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh
para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil
berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara
sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi.
Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya,
iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia
ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia
dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. {3}
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan.

Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali
sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras
air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada
zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut
hadith Tamim Ad-Dari ini.

Perhatikan pada ayat di bawah :

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka'
bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah
(Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang
telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam
(Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di
tasik itu.

Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas.
Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta
saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w menerusi
hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40
tahun saja lagi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari
Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim
bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;
"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."

Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat
Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang
ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal
sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.Wallahualam.

Video Permandangan tasik galilee
Tasik Galilee Yang Akan Kering Tasik Galilee Yang Akan Kering Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 09:26 Rating: 5

No comments