Surat Khabar Masa Depan:Berita Masa Depan

surat khabar masa depan
Mengkhabarkan tentang berita masa depan yang belum terjadi dan akan terjadi dimasa hadapan yang tidak diketahui dimasa ini.

Ianya bukan ramalan,akan tetapi berita benar yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w didalam hadist baginda s.a.w dan perkhabaran kitab al-Quran.

Setiap berita adalah diambil dan ditulis dengan teliti agar tidak berlaku kesilapan didalamnya.

Berita masa depan adalah menfokuskan tentang berita serta perkhabaran tentang akhir zaman termasuklah hari sebelum kiamat,ketika kiamat,sesudah kiamat dan seterusnya iaitu zaman yang kekal selamanya iaitu didalam syurga-Nya.Sesungguhnya,tidak akan tercipta lagi dunia sesudah waktu itu,dimana beberapa golongan yang mahu dikembalikan kedunia ini,namun permintaan mereka ditolak.Sebaliknya berlaku kepada beberapa golongan yang lain,mereka menikmati keadaan yang penuh rezeki dan naungan yang sejahtera dikurniarkan dengan perbagai kenikmatan dan kesenangan didalamnya.Tidak panas dan tidak sejuk,naungan yang temteram dan nyaman.Itulah tempat tinggal yang terbaik sebagaimana dijanjikan buat mereka oleh Allah s.w.t.

Inn sya Allah,berita lain akan dikhabarkan pula pada surat khabar masa depan kelak.Jangan lupa untuk membaca berita tersebut.Didalamnya terdapat banyak perkara-perkara masa depan yang pasti akan berlaku.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan memungkiri janji-janji-Nya,iaitu terjadinya kiamat dan mengadili makhluknya di hari pengadilan,dan menempatkan golongan beriman didalam syurga yang sejahtera.
Surat Khabar Masa Depan:Berita Masa Depan Surat Khabar Masa Depan:Berita Masa Depan Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 19:00 Rating: 5

No comments