Surah Kegemaran Dalam al-Quran

Menyatakan surah kegemaran,tentulah ada.Namun sudah alang-alangkan dalam bab surah ni saya nak kongsi serba sedikit satu lagi fiqh solat.

Iaitu tentang membaca surah yang sama pada rakaat yang ke 3 dan rakaat ke 4.Maksudnya begitu,katakan kita solat zuhur,surah yang kita baca setelah al-fatihah di dua rakaat pertama adalah surah al-ikhlas,dan surah al-ikhlas itu jugalah yang kita baca di rakaat ke tiga dan ke empat.

Jadi disini apakah dibolehkan ? hukumnya ? 

Jawapanya adalah membaca surah setelah al-fatihah pada 2 rakaat pertama adalah sunnah,walaubagaimanapun,pada rakaat ketiga dan ke empat tidak disunnahkan,kecuali bagi masbuq yang ketinggalan dua rakaat awalnya tadi.

Lanatuth thalibin juz 1 hal 148-150

{و} سن آية فأكثر والأولى ثلاث {بعدها} أي بعد الفاتحة

ـ إلى أن قال ـ

{و} تسن {في} الركعتين {الأولين} من رباعية أو ثلاثة ولا تسن في الأخيرتين إلا لمسبوق بأن لم يدرك الأوليين مع إمامه فيقرؤها 
(باقي صلاتهإذا تداركه
(khilaful aula)

walaubagaimanapun,terdapat juga pendapat yang perbeza dari segi hukumnya,Membaca surah setelah membaca surah al-fatihah pada rakaat ke tiga dan ke empat hukumnya makruh kecuali bagi yang masbuq 2 rakaat maka sunnah membaca surah pada rakaat ke 3 dan ke 4 , jika masbuq 1 raka'at maka sunat membacanya pada rakaat ke dua dan ke tiga. Lihat al-Muqoddimah al-Hadlromiyah Matan Minhaj al-qowimi hal 60 :

فصل: في مكروهات الصلاة"ويكره .................. وقراءة السورة في الثالثة والرابعة إلا لمن سبق بالأولى والثانية فيقرؤها في الأخيرتين

Namun menurut syarahnya iaitu Minhaj al-qowim ibnu hajar al-haitam hal 60 hukumnya tidak sunnat (bukan khilaful aula dan bukan khilafussunnah) :

"وقراءة السورة في" الركعة "الثالثة والرابعة" من الرباعية والثالثة من المغرب وهذا ضعيف، والمعتمد أن قراءتها فيهما ليست خلاف الأولى بل ولا خلاف السنة وإنما هي ليست بسنة، وفرق بين ما ليس بسنة وما هو خلاف السنة. "إلا لمن سبق بالأولى والثانية فيقرؤها" أي السورة "في الأخيرتين" من صلاة الإمام لأنهما أولياه إذ ما أدركه المأموم أول صلاته فإن لم يمكنه قراءتها فيهما قرأها 
في الأخيرتين لئلا تخلو صلاته من السورة، ولو سبق بالأولى فقط قرأها في الثانية والثالثة.

Wallahualam-

Baiklah,tadi saya ada tulis pasal surah kegemaran saya dalam al-Quran kan ? surah yang paling saya suka dan gemar adalah surah al-Waqiah,dari surah inilah saya bertambah jatuh 
cinta dengan al-Quran

LIHAT VIDEO DIBAWAH 
Surah al-Waqiah ni ada khasiat tersendiri,termasuk dalam surah-surah yang dianjurkan .oleh Rasulullah s.a.w agar selalu diamalkan.
Surah Kegemaran Dalam al-Quran Surah Kegemaran Dalam al-Quran Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 22:09 Rating: 5

5 comments

  1. Artikel sharifah mesti memberi makna...good deed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggap salah saja sebagai urus menjual beli.Kadangkala orang tidak mahu membeli apa kita jual : )

      Delete
  2. Jemput datang ke blog saya yang ni juga ya http://rahsiarezekimurah.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Bagus juga tu kongsi rahsia rezeki : )

      Delete