Mengaji Quran:Surah al-Baqarah Ayat 120

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


                              walan tardaa 'anka alyahuudu walaa alnnashaaraa hattaa tattabi'a millat
kaabah ahum qul inna hudaa allaahi huwa alhudaa wala-ini ittaba'ta ahwaa-ahum ba'da alladzii jaa-aka mina al'ilmi maa laka mina allaahi min waliyyin walaa nashiirin.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.(Al-Baqarah 2:120)

Sebab turunya ayat 120 surah al-Baqarah

Ayat ke 120 surah al-Baqarah ini menurut dari kisah yang diriwayatkan oleh Ats-Tsa’labi yang bersumber dari Ibnu Abbas: Bahawa kaum Yahudi Madinah dan kaum Nasrani Najran mengharap agar Nabi S.a.w solat menghadap kiblat mereka. Ketika Allah SWT membelokkan kiblat itu ke ka’bah, mereka merasa berkeberatan. Mereka berkomplot dan berusaha agar Nabi Saw menyetujui kiblat sesuai dengan agama mereka. Maka turunlah ayat ini  dalam surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani tidak akan senang kepada Nabi Muhammad s.a.w walaupun keinginannya dikabulkan.




Mengaji Quran:Surah al-Baqarah Ayat 120 Mengaji Quran:Surah al-Baqarah Ayat 120 Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 14:48 Rating: 5

No comments