Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg IV

Setelah termenterainya perjanjian hudaibiyah,maka reaksi para sahabat kelihatan seolah tidak dapat menerima keputusan ini.Perjanjian itu kelihatan pada mata mereka sangat tidak membawa kelebihan kepada kaum muslimin

Ini memberikan kesan kepada jiwa mereka.Takkala Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka agar menyembelih haiwan Qorban,mereka tidak segera melakukanya,berbanding sebelum ini,mereka patuh dan segera melakukan dengan cukup sekali perintah.Kali ini,sungguh,walau sebanyak 3 kali diberikan arahan agar mereka menyembelih haiwan Qorban,mereka tetap tidak melakukanya.

Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg IVMereka kelihatan seperti tertanya-tanya,untuk apakah haiwan qorban disembelih,sedangkan tidak melakukan umrah sedikitpun.Mereka binggung keadaan ini.Sedang dilanda percampuran perasaan sedih,kecewa dan juga keliru pada masa yang sama.

Rasulullah s.a.w sejurus selesai mementerai perjanjian itu,baginda s.a.w memerintahkan agar para sahabat bangun dan menyembelih haiwan qurban.

"Bangkitlah dan sembelih haiwan Qorban!".

Demi Allah,tidak ada seorangpun orang muslim yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w walaupun baginda s.a.w mengulangi arahan itu sebanyak 3 kali.Lalu Rasulullah s.a.w masuk kerumah Ummu Salamah r.a.

Baginda s.a.w menceritakan apa yang dilakukan oleh para sahabatnya.Ummu Salamah berkata,"Wahai Rasulullah,apakah kamu suka hal itu terjadi ? keluarlah dan engkau tak perlu mengeluarkan sepatah kata pun kepada seseorang sehingga engkau menyembelih unta qurban dan meminta seorang pencukur untuk mencukur rambut engkau."

Ummu Salamah menyarankan agar baginda s.a.w keluar dan melakukan hal demikian tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.Lalu Rasulullah s.a.w menerima saranan Ummu Salamah,lalu baginda s.a.w pun keluar semula lantas melakukan hal tersebut.

Pada saat para sahabat melihat kelakuan Rasulullah s.a.w itu,mereka pun segera bangkit dan mengikutinya.Mereka saling mencukur dan menyembelih haiwan qorban.Satu ekor unta untuk tujuh orang,begitu pula sapi.

Rasulullah s.a.w menyembelih sapi yang dulunya adalah milik Abu Jahl,yang di hidungnya ada cincin perak,dengan maksud untuk memancing kejengkelan kaum musyrik.Baginda s.a.w memohon doa,memohon keampunan sebanyak tiga kali bagi orang yang sudah menyembelih haiwan qorban dan bagi mereka yang telah melaksanakan cukur rambut.






Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg IV Fathul Mekah فتح مكة (Pembebasan Kota Mekah) Bhg IV Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 06:53 Rating: 5

No comments