Dajjal Sudah Ada

Namun apa yang kebanyakan orang fikirkan dan menjadi buah perbualan itu sekarang ini tersembunyi.Dan jikapun ianya zahir didepan mata,kaum muslim digesa menyelamatkan diri,kerana sesungguhnya dajjal itu sangat besar fitnah yang dibawanya.


Dajjal telah memang ada lama dahulu,semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi.Didalam satu sesi kuliah agama sejurus selesai solat berjemaah,Rasulullah s.a.w mengarahkan agar semua para jemaah tidak berganjak dari tempatnya.Ini bertujuan,memudahkan penyampaian sesuatu perkara dan pesanan kepada para jemaah tersebut.

sekadar ilusiApa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah berdasarkan daripada pemuda Tamim ad-Dari.Pemuda Tamim ad-Dari ini pada asalnya seorang nasrani,namun memeluk agama islam dan kemudian menceritakan keadaan dimana beliau telah mengalami satu sesi dialog dengan dajjal secara langsung disebuah pulau yang tidak dikenali.

Pemuda Tamim ad-Dari ini,terdampar di suatu pula,ekoran keadaan cuaca yang buruk,lebih kurang sebulan lamanya di lautan hinggalah mereka tersadai madai damparan yang membawa mereka ke sebuah pulau tidak dikenali.Maka beliau menceritakan kisah itu kepada Rasulullah s.a.w.

فلما قضى رسول الله صلى الله عليه وسلم صلاته جلس على المنبر وهو يضحك فقال ليلزم كل إنسان مصلاه ثم قال أتدرون لم جمعتكم قالوا الله ورسوله أعلم قال إني والله ما جمعتكم لرغبة ولا لرهبة ولكن جمعتكم لأن تميما الداري كان رجلا نصرانيا فجاء فبايع وأسلم وحدثني حديثا وافق الذي كنت أحدثكم عن مسيح الدجال حدثني أنه ركب في سفينة بحرية مع ثلاثين رجلا من لخم وجذام فلعب بهم الموج شهرا في البحر ثم أرفئوا إلى جزيرة في البحر حتى مغرب الشمس فجلسوا في أقرب السفينة فدخلوا الجزيرة فلقيتهم دابة أهلب كثير الشعر لا يدرون ما قبله من دبره من كثرة الشعر فقالوا ويلك ما أنت فقالت أنا الجساسة قالوا وما الجساسة قالت أيها القوم انطلقوا إلى هذا الرجل في الدير فإنه إلى خبركم بالأشواق قال لما سمت لنا رجلا فرقنا منها أن تكون شيطانة قال فانطلقنا سراعا حتى دخلنا الدير فإذا فيه أعظم إنسان رأيناه قط خلقا وأشده وثاقا مجموعة يداه إلى عنقه ما بين ركبتيه إلى كعبيه بالحديد قلنا ويلك ما أنت قال قد قدرتم على خبري فأخبروني ما أنتم قالوا نحن أناس من العرب ركبنا في سفينة بحرية فصادفنا البحر حين اغتلم فلعب بنا الموج شهرا ثم أرفأنا إلى جزيرتك هذه فجلسنا في أقربها فدخلنا الجزيرة فلقيتنا دابة أهلب كثير الشعر لا يدرى ما قبله من دبره من كثرة الشعر فقلنا ويلك ما أنت فقالت أنا الجساسة قلنا وما الجساسة قالت اعمدوا إلى هذا الرجل في الدير فإنه إلى خبركم بالأشواق فأقبلنا إليك سراعا وفزعنا منها ولم نأمن أن تكون شيطانة فقال أخبروني عن نخل بيسان قلنا عن أي شأنها تستخبر قال أسألكم عن نخلها هل يثمر قلنا له نعم قال أما إنه يوشك أن لا تثمر قال أخبروني عن بحيرة الطبرية قلنا عن أي شأنها تستخبر قال هل فيها ماء قالوا هي كثيرة الماء قال أما إن ماءها يوشك أن يذهب قال أخبروني عن عين زغر قالوا عن أي شأنها تستخبر قال هل في العين ماء وهل يزرع أهلها بماء العين قلنا له نعم هي كثيرة الماء وأهلها يزرعون من مائها قال أخبروني عن نبي الأميين ما فعل قالوا قد خرج من مكة ونزل يثرب قال أقاتله العرب قلنا نعم قال كيف صنع بهم فأخبرناه أنه قد ظهر على من يليه من العرب وأطاعوه قال لهم قد كان ذلك قلنا نعم قال أما إن ذاك خير لهم أن يطيعوه وإني مخبركم عني إني أنا المسيح وإني أوشك أن يؤذن لي في الخروج فأخرج فأسير في الأرض فلا أدع قرية إلا هبطتها في أربعين ليلة غير مكة وطيبة فهما محرمتان علي كلتاهما كلما أردت أن أدخل واحدة أو واحدا منهما استقبلني ملك بيده السيف صلتا يصدني عنها وإن على كل نقب منها ملائكة يحرسونها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وطعن بمخصرته في المنبر هذه طيبة هذه طيبة هذه طيبة يعني المدينة ألا هل كنت حدثتكم ذلك فقال الناس نعم فإنه أعجبني حديث تميم أنه وافق الذي كنت أحدثكم عنه وعن المدينة ومكة ألا إنه في بحر الشأم أو بحر اليمن لا بل من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو وأومأ بيده إلى المشرق قالت فحفظت هذا من رسول الله صلى الله عليه وسلم 

Dalam satu riwayat Muslim yang panjang dan sahih,diceritakan oleh Amir bin Syarahil yang bertanya kepada saudara perempuanya Adh-Dhahak bin Qais bernama Fatimah binti Qais.Menurut Amir,Fatimah berkata,"Saya mendengar seruan Muazin,As solaatu jaami'ah.Saya pun pergi ke masjid lalu solat bersama Rasulullah s.a.w.Saya berada di barisan wanita yang terletak selepas baris akhir orang lelaki.Sesudah solat,Rasulullah s.a.w duduk di atas mimbar.Beliau tertawa lalu berkata,'Mohon semua tetap berada di tempat masing-masing.'Lalu Rasulullah s.a.w berkata demikian,"Tahukah saudara semua mengapa saya ajak berkumpul ?'

jemaah menjawab,'Allah dan Rasulnya lebih tahu.'

Rasulullah s.a.w berkata,'Demi Allah,saya tidak mengumpulkan saudara semua bagi memberitahu berita gembira ataupun ancaman.Saya kumpulkan saudara semua tidak lain kerana Tamim ad-Dari,seorang nasrani masuk islam.Dia bercerita kepada saya tentang satu masalah yang mirip dengan apa yang pernah saya sampaikan kepada kamu mengenai al-Masih ad-Dajjal."

Dan Rasulullah s.a.w menyambut lagi,"Saudara kita Tamim bercerita yang beliau pernah menaiki perahu bersama 30 orang yang berpenyakit kulit dan kusta.Kemudian,mereka terumbang ambing di laut selama sebulan dan akhirnya terdampar di sebuah pulau di tengah lautan.Ketika matahari hampir terbenam mereka melihat seekor haiwan.Haiwan itu berbulu lebat sehingga tidak nampak mana depan dan mana belakangya kerana bulunya yang lebat itu.

"Mereka bertanya kepada haiwan itu,'celaka kamu,siapa kamu ?'

"Haiwan itu lantas menjawab,'Aku adalah al-Jassasah."

"Mereka bertanya,al-Jassasah itu apa ?'

"Haiwan itu menjawabnya,"Wahai manusia,pergilah berjumpa orang yang berada didalam bara itu kerana dia sangat merindui berita daripada kamu.'

"Menurut kata Tamim ad-Dari,ketika haiwan itu menyebutkan mengenai orang itu,mereka berasa takut kalau-kalau binatang itu adalah syaitan.Lalu mereka pun cepat-cepat pergi sehingga mereka memasuki biara itu.Mereka mendapati disitu ada seorang lelaki yang sangat besar dan tegap tubuhnya,dua tanganya terbelengu ke leher dan di antara dua lututnya.Dua kakinya terikat dengan besi rantai.Mereka bertanya,

'Kamu ini siapa ?'

"Lelaki itu menjawab,'Kamu semua sudah pernah mendengar beritaku.Jadi,beritahulah sahaja siapa kamu semua sebenarnya ?'

"Mereka menceritakan perihal keadaan mereka sehingga tiba di pulau itu.

"Lelaki itu kemudian berkata,'Khabarkan kepadaku mengenai desa Nakhl Baisan.'

"Mereka bertanya,'Khabar tentang apa ?'

"Dia berkata,'Tentang kurmanya,apakah sudah berbuah ?'

"Mereka menjawab,'Ya.'

"Dia berkata,'Ketahuilah,pohon-pohon kurma itu tidak akan berbuah lagi.'Dia lantas bertanya lagi,'Ceritakan tentang danau ath Thabariyah pada ku.'

"Mereka bertanya,'cerita mengenai apa ?'

"Dajjal berkata,'Apakah airnya masih ada ?'

"Mereka menjawab,'Air masih banyak.'

"Dajjal pun berkata,'Ketahuilah airnya pasti akan habis.'

"Dajjal bertanyakan lagi,'Khabarkan padaku tentang matair Zughr.'

"Merek bertanya,'Tentang apa yang kamu tahu ?'

"Dajjal menjawab,'Apakah sumbernya masih lagi mengeluarkan air dan penduduk menggunakan airnya untuk tanaman ?'

"Mereka menjawabnya,'Airnya masih banyak dan penduduk menggunakan air itu untuk tanaman mereka.'

Dajjal seterusnya bertanya lag kepada mereka tentan Nabi Muhammad s.a.w.

"Dajjal berkata lagi kepada mereka.'Beritahuku tentang nabi yang ummi.Apa yang dilakukanya ?'

"Mereka pun menjawabnya,'Beliau berhijrah meninggalkan mekah ke madina.'

"Dajjal bertanya lagi,'Apakah orang-orang arab memeranginya ?'

"Mereka pun menjawab, 'Ya.'

Dajjal masih bertanya lagi kepada mereka.Dia seakan menunggu-nunggu adakah dia sudah boleh keluar dari tempat tinggalnya.Dia bertanyakan tentang pohon kurma,tasik dan tentang Rasulullah s.a.w.

"Dajjal lantas bertanya lagi,'Apakah yang beliau lakukan kepada terhadap mereka itu ?'

"Mereka menjawabnya,'Beliau (Rasulullah s.a.w) membantu orang-orang arab yang mengikut beliau berhijrah dan mentaati beliau.'

"Dajjal berkata,'Sungguhkah ?'

"Mereka menjawabnya.'Ya benar.'

Maka dengan itu dajjal pun memperkenalkan dirinya kepada mereka.

"Kata dajjal,'Ketahuilah,adalah baik bagi mereka mentaatinya.Sekarang aku beritahu kamu,aku adalah al-Masih(Dajjal) dan aku akan diizinkan keluar.Nanti aku akan berjalan di muka bumi.Tidak ada satu desa pun yang aku tidak singgah selama 40 malam,kecuali Mekah dan Thaibah (Madina),kerana kedua kota tersebut telah diharamkan bagiku.Setiap kali aku mahu memasuki salah satu darinya,aku akan dihalang oleh malaikat yang menghunus pedang dan disetiap pintunya ada malaikat yang menjaga."

Fatimah berkata,"Rasulullah s.a.w bersabda sambil menekankan tongkat kecilnya di mimbar,'Inilah thaibah,inilah Thaibah,inilah Thaibah,iaitu madina.Bukankah saya sudah menyampaikan kamu tentang perkara itu ?"

Lalu jemaah pun menjawab,'Ya'

Rasulullah s.a.w bersabda lagi,"Saya tertarik dengan cerita Tamim itu yang sangat serupa dengan apa yang sudah saya ceritakan kepada kalian semua,juga mengenai  Mekah dan Madina.Bukankah ia (tempat dajjal tinggal) terletak di laut Syam (Syria) atau laut Yaman ? tidak tapi dia di arah timur,dia di arah timur,dia di arah timur (dengan memberikan isyarat tangan ke arah timur).Ia (perempuan) berkata:"Ini saya hafalkan dari Rasulullah s.a.w."

Dari kitab asal شرح النووي على مسلم

Dajjal Sudah Ada Dajjal Sudah Ada Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 04:18 Rating: 5

No comments