Haiwan Yang Bercakap Di Akhir Zaman

Dabbat Al-Ard 

Dabbat Al-Ard Haiwan Yang Fasih Bercakap Dengan Manusia ?

Assalamualaikum.Binatang melata yang (akan) muncul sebelum hari Kiamat adalah bernama dabbat al-ard.Binatang melata ini mampu bercakap dengan fasih serta akan menjadi salah satu tanda kiamat akan muncul.

Dabbat al-ard ini akan bercakap dengan dua kelompok golongan.Golongan pertama adalah yang kafir,serta golongan yang kedua disamping wajah yang cerah berseri adalah golongan yang beriman.Wajah-wajah orang yang kafir adalah suram dan gelap kerana telah di tandai yang mana tanda ini mampu dikenal oleh antara satu sama lain samaada ketika sedang duduk makan bersama mahupun sedang berurusan dalam perbagai hal.

Munculnya dabbat al-ard ini dengan membawa barangan sepeti tongkat nabi Musa a.s dan juga cincin nabi Sulaiman a.s. dan keluar ke khalayak ramai bertemu dengan orang-orang di bandar-bandar serta kampung-kampung..Apabila binatang ini bertemu orang,ia akan menandakan setiap orang yang ia jumpa di wajahnya dengan tongkat dan cincin yang ia Bawa bersama.

Adapun dalam surah al-quran yakni surah an-naml ayat 82,Allah swt berfirman berikut:

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia,Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi,yang akan menyatakan kepada mereka,bahawa manusia telah tidak menyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran kami.

Keluarnya dabbat al-ard adalah untuk menyatakan bahawa ada manusia sudah tidak memperdulikan lagi ajaran-ajaran yang disampingkan Nabi dan Rasul yang di utuskan sebelum ini serta tidak lagi menggunakan al-quran sebagai panduan hidup di bumi.

Dari kitab Asyrootussaa"ah karangan Syaikh Yuusuf Abdillaah,beriman kepada dabbat al-ard adalah sesuatu yang tidak dapat di pisahkan dari keimanan kita selaku umat islam yakni umat Nabi Muhammad sebagai mana turunnya ayat ke-82 an-naml tersebut di dalam al-quran kepada Baginda s.a.w.

Ia sebagai mana kita menyakini terhadap adanya syurga dan neraka,maka kita juga wajid menyakini bahawa akan keluar juga binatang yang seperti mana telah diterangkan di dalam surah an-naml ayat ke-82.Ia adalah peristiwa-peristiwa akhir zaman yang pasti akan berlaku sedang rahsia ketetapan itu adlaah dalam pengetahuan-Nya.

Syaikh Yuusuf Abdillaah didalam kitab karangannya turut menyatakan bahawa dabbat al-ard membawa makna bukanlah seekor,bahkan juga dalam bilangan yang banyak,sekelompok dan keluarnya dari tanah.Namun tidak dapat dipastikan samaada tiap-tiap yang keluar itu akan membawa cincin nabi Sulaiman a.s serta tongkat nabi Musa a.s.Akan tertapi keluarnya binatang ini adalah sesuatu yang di janjikan oleh Allah swt kelak yakni sebelum berlakunya kiamat.

Bentuk Fizikal Dabbat al-ard

Bentuk fizikal dabbat al-ard ini bermacam-macam rupa dan anggota badannya.Sebagai contoh,misalnya kucing,seekor kucing pastilah memiliki ciri-ciri yang menampakan ia adalah seekor kucing.Baik dari kakinya,ekornya,misal,mata malah kepalanya juga adalah kucing.Dan jikapun kita hanya melihat kaki kucing tanpa melihat badannya,tentulah kita sedia maklum bahawa itu adalah seekor kucing berdasarkan kakinya.Dan kita telah menjadi sangat arif bentuk fizikal kucing hingga hanya melihat telinga sahaja sudah mengetahui ia adalah pasti seekor kucing.

Untuk binatang yang di nyatakan di dalam surah an-naml ayat ke-82 tersebut tidaklah demikian.Kepalanya tidak melambangkan badannya,matanya tidak melambangkan kepalanya,bahkan ia berbeza-beza sekali anggota badan.

Dan terdapat juga dalam perbahasan yang terperinci mengenai rupa fizik bagi mengenal pasti dabbat al-ard ini,Ibnu Jurayj ada mengatakan bahawa Ibnu Zubair menyatakan dabbat al-ard ini memiliki rupa fiziknya yang demikian seperti berikut:
  • Kepadanya seperti kepala kerbau,
  • Matanya seperti mata babi,
  • Telinganya seperti telinga gajah,
  • Tanduknya seperti tanduk rusa jantan,
  • Lehernya seperti leher burung unta,
  • Dadanya seperti dada singa,
  • Warna kulitnya seperti warna kulit harimau,
  • Punggulnya seperti punggul kucing,
  • Ekornya seperti ekor biri-biri jantan,
  • Juga memiliki kaki seperti kaki unta,
  • Manakala diantara sepasang sendi adalah dengan jarak 12 ukuran garis lurus.
Ia adalah cuma sebagai perbahasan dalam menyatakkan hal berkaitan keluarnya dabbat al-ard ini di akhir zaman kelak.Ia ekoran sehingga kini masih belum dapat menjumpai tentang hadist-hadist sahih yang menyatakan hal berkaitan dengn rupa fizik binatang dan juga sifat-sifat pada binatang tersebut.

Dalam perbahasan yang lain turut menyatakan perincian seperti ia dabbat al-ard ini adapun binatang yang besar serta memiliki bulu yang panjang,berbulu roma pendek dan halus serta turut mempunyai beberapa kaki.

Tempat Keluarnya Dabbat Al-Ard

Tempat keluarnya binatang dabbat al-ard ini adalah di sebuah bukit safa dengan kepantasan kuda berlari selama tiga hari di mana sepertiga badannya masih belum keluar sepenuhnya.Ini adalah untuk membayangkan bahawa bertapa besarnya saiz badan yang dimiliki oleh Dabbat al-ard tersebut.

Tidak ada sumber sahih dapat menjelaskan perihal sifat dan fizik binatang tersebut seperti telah di terangkan sebelum ini.Ini kerana belum di jumpai hadist sahih yang dapat menukilkan akan sifat dan fizik yang ada pada dabbat al-ard.

Tempat yang keluar juga tidak dapat disahihkan,namun ambil dari surah an-naml ayat 82,ia adalah keluar dari bumi.Dan Bukan dari udara mahupun turun kebumi.Kemungkinan juga tempat keluarnya ia adalah di bahagian jazirah arab,boleh jadi di sekitar timur tengah.Wallahu alam.

Sebab Keluarnya Haiwan Ini

Keluarnya binatang ini di akhir zaman adalah untuk menyatakan bahawa manusia sudah ada yang tidak manu beriman lagi kepada Allah swt.Ia akan menandakkan setiap orang-orang yang ia jumpai dengan mencopkan di hidung atau di wajah mereka dan sejak itu mereka yang di tandakkan oleh dabbat al-ard ini akan mengenal samaada orang itu beriman atau tidak.

Dari Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah,beliau ada menyatakan tentang binatang ini dimana beliau berkata:

"Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia,dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah,dan ketika mereka telah menganti agama Allah.Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi.Kemungkinan dari mekah,atau yang lainya sebagaimana akan datang perinciannya.Haiwam ini akan bercakap dengan manusia tentang perkara itu."(Tafsir Ibnu Katsir [3/498]).

Waktu Dan Peringkat  Kemunculan  Dabbat Al-Ard

Didalam cerita sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w,hal ini turut menarik perhatian mereka di mana ia diriwayatkan oleh Muslim,Abu Dawud dan At-Tirmidzi dari Abu Zur'ah berkata demikian:

"Ada tiga orang kaum muslimin yang duduk di sisi Marwan bin Al-Hakam,mereka mendengarnya sementara dia menyingung tanda-tanda kiamat dengan menyatakan bahawa dajjal adalah tanda pertama yang muncul."

Maka Abdullah bin Amru berkata pula bahawa:

"Marwan tidak mengucapkan apa-apa,saya telah menghafal sesuatu hadist dari Rasulullah s.a.w yang tidak aku lupakan sesudah aku mendengarnya dari Baginda s.a.w,Tanda yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang bumi kepada manusia di waktu dhuha.Apa pun dari keduanya mendahului yang lain,maka yang lain akan menyusul tidak lama kemudian."

Maka muncul nya dabbat al-ard ini adalah waktunya dhuha,manakala peringkat berlakunya adalah hampir atau hanya dekat di antar duanya yakni sama ada terbit matahari dari barat,atau munculnya binatang yang bercakap dengan manusia tersebut.

Dua peringkat waktu ini adalah hampir antara satu sama lain,yang mana boleh jadi munculnya binatang dabbat al-ard ini terlebih dahulu untuk menyatakkan bahawa manusia sudah mulai tidak beriman kepada Allah s.w.t di ikuti bahawa terbitnya matahari dari arah bawat sebagai penutup peluang-peluang kepada mereka yang masih tidak mahu beriman kepada Allah s.w.t.

Akan tertapi boleh jadi terbitnya matahari dari barat akan mendahului keluarnya binatang tersebut,yang mana akan menutup terus pintu-pintu peluang untuk beriman sebelum keluarnya binatang itu kepada khalayak ramai untuk menyatakan tentang orang-orang sudah mulai tidak beriman dan di ikuti tanda kafir dan beriman di wajah masing-masing.Yang mana tanda ini tidak dapat di hapus kerana sudah terbit matahari dari arah barat hingga menutup pintu-pintu taubat untuk beriman apabila wajah orang yang tidak beriman sudah jelas di lihat orang.

Dari periwayat hadist terbanyak yakni dari Abu Hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda demikian:

"Bersegeralah berbuat baik sebelum datangnya enam perkara:
  1. Dajjal,
  2. Dukhan,
  3. Binatang bumi (Dabbat Al-Ard),
  4. Terbitnya matahari dari barat,
  5. Kiamat,
  6. Dan kematian salah seorang dari kamu.
  • (Hr.Muslim)

Terdapat riwayat yang bersambung apabila hadist ini yang menyatakan tentang kemunculan datang iaitu dari riwayat Shahabat Abi Umamah Al Baahily r.a,riwayat ini bersambung pada Rasulullah s.a.w atau juga hadist Marfuu'an (مرفوعا),  yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad no:22362 dan menurut Syaikh Syu'aib Al Arnaa'uth dengan sanadnya adalah sahih.bahawa Rasulullah s.a.w bersabda demikian:



تخرج الدابة فتسم الناس على خراطيمهم ثم يغمرون فيكم حتى يشترى الرجل البعير فيقول ممن اشتريته فيقول اشتريته من أحد المخطمين


"Kemudian keluar ad daabbah (nama lain selain dabbat al-ard) lalu menulis pada muka (hidung dan dahi orang kafir) dan ia akan menyebarkan ke seluruh muka bumi,sehingga apabila ada seorang lelaki membeli unta kemudian di tanyakan kepada orang itu dari siapa ia membeli unta tersebut,maka ia akan mengatakan:

"Dari salah seorang yang bertanda di mukanya."

  • Hadist Marfuu seperti yang tertulis di atas adalah hadist khusus di sandarkan kepada Rasulullah s.a.w berupa perkataan,perbuatan atau taqrir beliau;baik yang menyandarkannya sahabat,tabi'ian atau yang lain;baik sanad hadist itu bersambung atau terputus.
  • Dengan berdasarkan keadaan hadist marfu itu ada yang sanadnya bersambung,sedang ada pula yang terputus.Didalam hadist marfuu tersebut,tidak di persoalkan atau pencanggahan apakah ia memiliki sanad dan matan yang baik atau sebaliknya.Bila keadaan sanadnya bersambung maka dapat di sifatkan bahawa ia hadist sahih atau hadist hasan,berdasarkan kepada kedudukan kedhabitan dan keadilan perawi.Bila sanadnya terputus hadist tersebut adalah bersabit dengan hadist dhaif mengikuti bermacam-macam putusnya perawi.

Di dalam surah an-naml ayat ke-82,perkataan  “دابة ”  di nukilkan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad,di mana Syaikh Ahmad berkata dengan berikut,

"Ayat al-quran secara jelas mengatakan dengan bahasa arab bahawa ia adalah   “دابة ” ,dan maksudnya adalah jelas dan dikenal dalam bahasa arab,tidak diperlukan ta'wil.Hadist telah menjelaskan perbuatanya.Dan banyak sekali hadist-hadist baik yang sahih atau lainya yang menyatakan datangnya tanda kiamat ini (Yakni binatang bumi) dan bahawasanya ia keluar di masa akhir zaman.

Pendapat-Pendapat Tentang Ad-Dabbah

Mengenai perkataan ad-dabbah pula,terdapat banyak perbahasan mengenainya,cuma saya menyatakan sedikit tentangnya seperti yang tertera di atas.

Juga mengenai bagaimana dabbat al-ard ini bercakap dengan manusia,seperti telah dinyatakan di atas,setakat ini belum di jumpai mengenai hadist-hadist sahih (sebagaimana yang pendapat ulama ahlul sunnah wal-jamaah)mengenainya,cuma perbahasan dikalangan tafsir sahaja dapat dinyatakan untuk menerangkan akan peristiwa ini.

Terdapat banyak sekali pendapat mengenainya,cuma tidaklah saya dapat himpunkan kesemuanya di sini,cuma sedikit darinya (yang terpilih serta rajih yakni paling hampir kepada yang benar atau benar sama sekali) telah saya sertakan di atas.

Kesimpulannya terdapat banyak juga perkara yang menjadi sebab-sebab keluarnya binatang itu,namun secara ringkasnya kebanyakan orang sudah (pada masa itu) mulai meninggalkan apa yang menjadi kewajipan bagi mereka.Dimana mereka sudah tidak lagi mengeluarkan zakat,banyaknya merubah agama islam kepada agama lain,bidaah di mana-mana serta banyak mengikut cara orang kafir sedikit demi sedikit hingga meninggalkan  agama islam.Wallahu alam.



Haiwan Yang Bercakap Di Akhir Zaman Haiwan Yang Bercakap Di Akhir Zaman Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 11:04 Rating: 5

No comments